Kenapa vitamin shaklee tiada silica gel??

Selamat malam semua.. Malam ni nak cerita sikit apa kelebihan vitamin semulajadi shaklee..





Just nak share dgn anda mengenai*kelebihan vitamin SHAKLEE*berbanding dgn vitamin2 jenama lain yg boleh didapati di farmasi..Yes.. Vitamin Shaklee tiada silika gel yang biasanya diletakkan didalam botol2 vitamin lain.

Bagi vitamin/supplement, fungsi silica gel adalah bagi mengelakkan pil tersebut dari dirosakkan oleh wap air yang mungkin terperangkap di dalam botol. Silica gel adalah sejenis ‘desiccant’ iaitu ia berfungsi untuk*"menyerap lembapan"*. Sebab itulah ia berada dalam kotak2 kasut kulit bagi"*mengelakkan pertumbuhan kulat*". Dalam kotak barang elektrik, silica gel diletakkan juga untuk menghalang lembapan merosakkan alatan tersebut.


silica gel yg biasanya diletakkn dlm botol2 vitamin sintetik..dan juga dlm kotak2 kasut,kotak beg (ruang y tertutup)


JOm baca petikan artikel dibawah ini:

"Seorang rakan bertanya*, "Kenapa Shaklee? Kan ada banyak jenis vitamin di farmasi? Pilih sajalah kat situ lebih senang"*.Ya, pil vitamin memang mudah didapati, di store2 farmasi malah supermarket juga ada menjual vitamin."

"Masalahnya, bagus ke? Vitamin ni tak sama macam buah. Buah, di mana2 pun sama, kecuali mungkin dari segi rasanya. Buah strawberi di negara kita mungkin lebih masam dari strawberi di England, tapi kedua2nya masih buah yang sama dihasilkan dari pokok strawberi.""
""Tapi vitamin2 ni dihasilkan di kilang2 berbeza, dengan bahan2 berbeza.""Sesetengah vitamin yang dihasilkan secara sintetik, hanya mengandungi sedikit saja elemen vitamin, sebaliknya banyak kepada 'seakan vitamin'.

Vitamin tiruan ini adakalanya bertindak secara agresif dengan tubuh. Ada yang 'menutup' kebolehan tubuh untuk menjalankan proses2 secara semulajadi, sebaliknya memerlukan bantuan dari vitamin2 ini, barulah boleh bekerja. *Ada yang mendatangkan pelbagai reaksi seperti alahan, tekanan dalam otak dan sebagainya.


Jadi kita mesti berhati2 dalam memilih vitamin, bukan main pukul rata saja."

"Apa keistimewaan Shaklee? Shaklee dihasilkan dari bahan2 semulajadi, yang menjadikan ia sebagai vitamin natural yang tidak memberi kesan songsang pada tubuh. Satu perbezaan yang paling senang dilihat ialah ketiadaan bijian silika di dalam peket Shaklee, berbanding vitamin lain yang mengandungi silika untuk menyerap lembapan. Kenapakah? Kerana bila vitamin2 ini bertindakbalas dengan wap air (lembapan), ia akan berubah menjadi substance yang lain.

*Buktinya, cuba letakkan sebiji pil vitamin yang anda beli farmasi dan sebiji vitamin Shaklee di atas meja selama beberapa hari. Kemudian perhatikan perubahan kedua2 vitamin itu. Vitamin Shaklee masih mengekalkan keadaan asal (kecuali B-complex akan berbau sedikit tengik jika dibiarkan dalam suhu sederhana) sedangkan vitamin yang satu lagi akan bertukar hitam! *Anda boleh cuba kalau tak percaya.""

*Anda juga boleh mengambil Vita Lea, hancurkan dan letakkan dalam mangkuk berisi air dan seikat sayur yang sudah hampir layu. Buat benda yang sama pada multivitamin dari farmasi. Anda akan dapat lihat sayur dalam larutan Vita Lea akan bertambah segar sedangkan sayur dalam bekas satu lagi bertambah layu.


Mengapa kami boleh membuat trial pack untuk 30 hari makan? Bukan 14 hari? Ini kerana dalam Shaklee sendiri tiada kehadiran silika gel. Maka dengan ini, kami yakin untuk menyediakan trial pack untuk 30 hari makan.

Apa yang tidak boleh ada dalam produk yang baik?

* pewarna- artificial colours, mengapa perlu ada pewarna? Apa yang cuba disembunyikan melalui pewarna?
* perasa – artificial flavors, ianya menjimatkan kos penghasilan vitamin berbanding dengan perasa asli.
* pemanis sintetik-mengapa perlu pemanis sedangkan kita tahu ianya tidak baik untuk kesihatan sedangkan kita mengamalkan makanan kesihatan untuk mengoptimumkan kesihatan?
* vitamin E -alpha penting untuk kita belajar mengapa ada sesetengah vitamin E yang kita amalkan tidak beri kesan yang betul pada kulit dan tubuh kita. Ini kerana “I” atau “dl” adalah vitamin sintetik manakala “d” adalah asli. Asalan pengeluar menggunakan sintetik kerana ianya lebih murah dan menjimatkan kos.
* silika gel-Sebenarnya silika gel adalah antara bahan yang tidak sepatutnya ada dalam makanan tambahan vitamin khususnya. Ini kerana apabila adanya kehadiran silika gel, vitamin itu adalah dalam golongan sintetik dan tidak asli.Jika anda berkemampuan untuk menggunakan sesuatu yang lebih baik, why not get a better one? Shaklee adalah asli, tanpa pewarna tambahan, pengawet, perasa dan tanpa silika gel. Pilihan di tangan kita…Ramai yang telah mencuba dan sangat berpuashati. Anda bagaimana?Shaklee tidak mempunyai silica gel dalam mana2 produknya, kecuali produk untuk kanak2 kerana sekiranya kanak2 mengambil sendiri vitamin mereka, dikhuatiri mereka mengambilnya dengan tangan basah, jadi tak eloklah untuk pil vitamin tu (ini basah lencun bukan moist). Tapi silica gel dalam Chewable Vitamin C dan VitaLea for Children ni memang unik. ia tak sama macam silica gel yang biasa datang dalam botol supplement lain.Jadi berhati-hatilah apabila anda membeli vitamin yang datang bersama silica gel

HUBUNGI :
•. SITI ZUBAIDAH ABDULLAH
• Shaklee ID 868415
• 013-2210383 (whatsApp/sms/call)
• 2A8D0B25 (BBM)
Free consultation for every purchase

COD juga dilakukan bg kawasan SELAYANG,GOMBAK,BATU CAVES,GREENWOOD Dan KEPONG


Tekinik-teknik urutan bayi


Di sini..saya sertakan panduan untuk ibu2 mengenai cara2 urutan pada bayiyang kita boleh amalkan..insyaAllah semoga bermanfaat ntuk semua..




Pernah dengar Bayi sangat selesa apabila diurut oleh ibu atau bapanya?? Berikut Teknik urutan yang sesuai untuk si Manja anda =)

Selamat Mencuba!

1. Kaki 

Urut menghala menjauhi jantung dengan usapan bentuk C. 
Urutan bermula di buku lali, bergerak ke paha dan balik ke buku lali. Bengkok dan luruskan kaki bayi serta buat pergerakan seperti mengayuh dan lakukannya secara pelahan-lahan. Buat latihan jari dengan membengkok dan meluruskan setiap jari supaya semua sendi digerakkan. Tolak sedikit jari ke belakang perlahan-lahan.

2. Perut 

Pijatan I LOVE U. Gunakan dua tau tiga jari, yang membentuk I-L-U daripada arah bayi. Bila dari posisi kita membentuk I-L-U terbalik.
Urut kiri bayi dari bawah ke atas (huruf I). Urut melintang dari kanan bayi ke kiri bayi,kemudian turun ke bawah (huruf L).Urut dari kanan bawah bayi, naik ke kanan atas bayi, melengkung membentuk U dan turun lagi ke kiri bayi.
Semua gerakan berakhir di perut kiri bayi.

3. Tangan
Ulang proses sama seperti mengurut kaki.

4. Dada

Urut dengan menggunakan tapak tangan. Urut ke arah keluar (melintang) dari tengah dada menghala ke atas sehingga ke bahu dan turun ke tulang rusuk.

5. Muka

Membuat urutan secara bulatan kecil pada kulit kepala. Urutan ini juga boleh dilakukan ketika mandi dan memakai syampu. Usap dahi, keliling mata dan kening. Urut pipi dan usap secara melintang dari tulang pipi ke telinga. Urut secara bulatan di bawah dagu, keliling telinga dan tengkuk. Urut perlahan-lahan dengan memberi sedikit tekanan. Cara ini akan membuatkan bayi berasa lebih selesa.

6. Belakang badan

Anda perlu tiarapkan bayi anda. Gunakan minyak dan urut belakang badan dari atas tulang belakang hingga ke pangkal punggung menggunakan kedua-dua tangan. Buat urutan secara bulatan dari bahu, turun ke badan-punggung, paha dan kaki.

7. Bahu

Urut bahu menggunakan tapak tangan dan akhiri dengan satu usapan panjang dari bahu ke kaki.

Urutan ini mengambil masa antara 20 hingga 30 minit dan bayi akan lebih tenang serta segar apabila diurut.

JOM KATAKAN 'TIDAK' KEPADA JERAGAT DENGAN VITAMIN SHAKLEE




Sharing Dari majalah rapi... Vitamin2 yang boleh diamalkan untuk Kesihatan dan kecantikan kulit...

JOM Amalkan vitamin SHAKLEE.. InsyaAllah sentiasa semulajadi,sentiasa BERKESAN,dan sentiasa Selamat.. TERBAIK... Dan Menjadi Pilihan RAMAI abad INI... JOM CUBA!!! Pasti Tidak RUGI..

JOM tengok2 ckit apa fungsi2 vitamin ni terhadap badan kita..

BAGAIMANA SET KECANTIKAN SHAKLEE BERTINDAK??

Kebaikan dan fungsi Vitamin C
-Membantu pembentukan kolegen yang penting untuk menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Kolagen adalah sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit.
-antioksida yang baik
-membantu pulihkan sel akibat luka / jerawat.


Kebaikan dan fungsi Vitamin B Complex
-Mengandungi B2 iaitu Riboflavin yang dikenali sebagai beauty vitamin.
-Bagus untuk kulit berminyak, whiteheads, blackheads, parut dan kulit kering.
-atasi kelesuan

Kebaikan dan fungsi Vitamin E
-anti oksida yang penting untuk melawan radikal bebas dari memusnahkan sel
-anti aging vitamin
-merawat dan mencerahkan parut
-membantu kemusnahan vitamin A dan C
-membantu penyerapan oksigen

Untuk mendapatkan kesan yang terbaik, boleh juga tambahkan Energizing Soy Protein (ESP) secara berasingan. Fungsi ESP adalah untuk menyokong pembentukan kolagen, sekaligus menjadikan kulit lebih anjal, kenyal, gebu dan putih berseri. Ingat, protien adalah makanan kepada sel-sel badan kita.

Jika Anda ada KEKANGAN dr segi KEWANAGAN??..sy boleh sediakan mengikut bajet ANDA,jom PM sy, sy akn cuba SELESAIKAN masalah anda.

Sila add fb Saya [ct Zubaidah abdullah] dan PM Sy dahulu yer...Kalo Tidak,SaYa tak dapat reply MSG kalian..

HUBUNGI :
• SITI ZUBAIDAH ABDULLAH
• Shaklee ID 868415
• 013-2070383 (whatsApp/sms/call)
• 2A8D0B25(BBM)
Free consultation for every purchase

COD sekitar SELAYANG,GOMBAK,GREENWOOD,BATU CAVES, dan KEPONG!!!

STOCK EBM MERIAH DENGAN SET B

SIMPAN STOCK EBM CARA SHAKLEE


LAGI TESTIMONI BERJAYA KUMPUL STOCK EBM DENGAN SET PENYUSUAN (SET B)

Noor  Mashitoh
assalamualaikum,,saya pun teringin nak share dgn kawan2 semua, sy amek set b,iaitu alfafa,vitalea,vitac n b complex. Alhamdulillah dapat buat stok susu untuk anak,umur dia 5 bulan, masih full bf. harap2 dpt teruskan hingga dia 2tahun.masalah keputihan yang di alami dr zaman remaja lg jg telah hilang. pastu kulit pun makin halus dan cerah..ni pic stok untuk my baby tu.


SEDIKIT INFO PRODUK

Set penyusuan (set B)

Apa fungsinya setiap vitamin dalam set B sebenarnya ?

a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Dilengkapi dengan kesemua vitamin beserta zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...

Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.
Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.

c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit ibu dan bayi makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Alfalfa
Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bayi..susah nak kena kembung.
Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan.

Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink. Walaupun alfalfa dikenali sebagai tumbuhan yang kaya dengan micro nutrient namun ia tidak mempunyai sukatan khas yang memenuhi keperluan badan kita.
JOM GRAB SEGERA!! 
Jika anda berminat untuk mendapatkan PRODUK SHAKLEE

ATAU

 NAK TAHU lebih lanjut??

 JOM PM sy!! Harga ISTIMEWA menanti..

 Add FACEBOOK personal sy

 Feel free to visit my blog saya

 HUBUNGI :



• SITI ZUBAIDAH ABDULLAH
• Shaklee ID 868415
• fb: Ct Zubaidah Abdullah
• ct_zet89@yahoo.com
 • 013-2070383 (whatsApp/sms/call)
Free consultation for every purchase

 COD area SELAYANG,GOMBAK, GREENWOOD dan KEPONG serta kawasan sekitarnya.. Perkhidmatan

POS LAJU juga disediakan untuk penghantaran ke seluruh MALAYSIA



ANEMIA-MASALAH KEKURANGAN SEL DARAH MERAH

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
Anemia atau biasa disebut kurang darah adalah keadaan yang mana darah memilki kekurangan sel darah merah atau hemoglobin. Hemoglobin ialah bahagian sel darah merah yang mengandungi zat besi. Keadaan ini menjejaskan pengaliran oksigen dalam tubuh menyebabkan kelesuan, kelelahan dan membuatkan pengidapnya kelihatan pucat.
Beberapa penyebab anemia:
  • kemusnahan sel darah merah yang terlampau agresif – sel darah merah membentuk sel2 yang abnormal yang dipanggil sel sabit atau sel sickle
  • kehilangan darah yang banyak – dari kemalangan, kecederaan, tumpah darah atau darah haid yang terlampau banyak
  • badan yang kurang menghasilkan sel darah merah – badan yang kekurangan nutrisi
Kekurangan nutrisi yang menyebabkan anemia
  • Zat besi
  • Asid folik
  • Vitamin B12
Satu cara untuk memastikan anda menghidap anemia ialah melalui ujian darah.
Anemia amat berbahaya kepada pengidap aterosklorosis, iaitu sejenis penyakit yang mana lemak terkumpul dalam arteri. Sudahlah darahnya kurang, yang ada pun tersekat pula. Ini meninggikan risiko terkena strok.
Apakah supplement yang boleh membantu?

VITA-LEA IRON FORMULA

Mengandungi zat besi yang membantu mereka yang menghadapi masalah kekurangan zat ini. Kebiasaannya mereka yang mengalami anemia jenis ini ialah dari kalangan kanak-kanak di bawah 2 tahun, remaja perempuan (yang sudah datang haid), wanita hamil dan warga emas.
Faktor yang menyebabkan kekurangan zat besi ialah kurangnya pengambilan zat besi dalam diet harian, atau badan kurang berupaya menyerap zat besi kerana diet yang tidak betul.

VITA-C 500MG SUSTAINED RELEASED

Vitamin C membantu tubuh menyerap zat besi.Kajian menunjukkan vitamin C membantu penyerapan zat besi sehingga 2 kali lebih banyak.
Vitamin C sustained released dilepaskan secara perlahan-lahan untuk membekalkan vitamin C yang secukupnya kepada tubuh. Ini kerana Vitamin C tidak dapat disimpan oleh tubuh. Tubuh manusia normal memerlukan 500mg vitamun C setiap hari yang bersamaan dengan 7 biji oren.

B COMPLEX

Asid folik membantu mengawal dan mengelakkan anemia yang disebabkan oleh kekurangan asid folik.
Vitamin B12 mengelakkan anemia yang disebabkan oleh kekurangan Vitamin B12.
Vitamin B5 dan B6 membantu dalam penghasilan sel darah merah.
HUBUNGI :
• SITI ZUBAIDAH ABDULLAH
• Shaklee ID 868415
• 013-2210383 (whatsApp/sms/call)
• 2A8D0B25 (BBM)
Free consultation for every purchase

COD bagi Kawasan selayang,Gombak,Batu caves,greenwood, dan KEPONG!!
Sembelit di kalangan kanak-kanak

Sembelit adalah satu masalah yang kerap berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan oleh pemakanan mereka yang tidak cukup mengandungi air dan serat atau fiber, ataupun kerana faktor-faktor lain dalam persekitaran kanak-kanak tersebut.


Seseorang kanak-kanak itu dikatakan mengalami sembelit apabila ia membuang air besar kurang tiga kali seminggu; bila najis itu keras, kering dan besar atau; apabila ia menjadi sukar untuk kanak-kanak tersebut membuang air besar.

Cara Menghadapi masalah sembelit

* Berikan air yang lebih
Minum air yang mencukupi dan juga cecair lain, menolong pergerakan najis yang lebih senang melalui usus.
Keperluan air seseorang kanak-kanak ditentukan mengikut umur dan berat badan. Lazimnya kanak-kanak dalam umur persekolahan memerlukan tiga ke empat gelas air sehari.
Selain itu, boleh juga ditambah dengan satu hingga dua cawan jus setiap hari.

* Makanan kaya serat
Makanan yang mengandungi kandungan serat yang tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan roti bijirin penuh boleh membantu mengatasi masalah sembelit.
Serat ini tidak dihadam, jadi ia menolong membersihkan usus dalam pergerakan, ia melalui sepanjang usus.
Sementara itu, diet yang penuh dengan lemak, bergula atau berkanji boleh memperlahankan pergerakan usus.
Serat ini lazimnya tidak digemari oleh kanak-kanak, justeru kita boleh mencuba buah-buahan seperti epal, oatmeal, oren, pisang, kentang bakar dan dan bertih jagung.

* Senaman yang cukup
Aktiviti fizikal menggerakkan lagi usus. Jadi galakkan kanak-kanak bersenam dengan melakukan aktiviti-aktiviti mudah seperti bermain tangkap-tangkap dan berbasikal.

* Jadual pemakanan yang tetap
Makanan merupakan rangsangan asli atau semula jadi bagi pergerakan usus. Oleh itu, jadual pemakanan yang tetap menolong mewujudkan pergerakan usus yang rutin.

* Mewujudkan suatu tabiat tandas yang baik
Jika kanak-kanak itu suka menahan bila masa hendak ke tandas, kita boleh memastikan kanak-kanak tersebut duduk di tandas sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari pada waktu yang sama, sebaik-baiknya selepas makan.
Jawapan disediakan oleh Pakar Perunding Kanak-kanak, Dr. Mohd. Nazir Abu Bakar.


Foremilk dan Hindmilk


Foremilk adalah susu yang berada ‘di depan’ kilang susu ibu (bahagian dalam breast). Oleh itu bila proses penyusuan berlaku, foremilk akan keluar dulu. Foremilk lebih cair (tinggi kandungan air) dan warnanya kehijauan atau kebiruan. Ia mengandungi karbohidrat, protein dan vitamin.
Hindmilk pula ialah susu yang berada ‘di belakang’ breast. Ia lebih pekat, mengandungi kalori dan lemak yang tinggi. Warnanya berbeza dengan foremilk, hindmilk kelihatan pekat dan ‘rich’.


image.png

 Perhatikan perbezaan antara susu yang keluar semasa kita mula mengepam dan yang keluar bila dah lama sikit. Nampak kat situ kan foremilk lebih banyak, bukannya takbalance tapi sebab kena berhenti mengepam so tak dapatlah banyak hindmilk-nya.
Mana satu yang lebih penting antara foremilk (susu awal) dan hindmilk (susu akhir) ni? Jawapannya kedua-duanya sangat penting. Foremilk, seperti saya tulis di atas sana, mengandungi protein, vitamin, karbohidrat dan juga laktosa yang penting untuk perkembangan otak bayi serta tenaganya. Foremilk jugalah yang menghilangkan haus bayi kita kerana kandungan air yang tinggi (oleh sebab itu bayi menyusu badan tak perlu air masak ya.. dalam susu dah cukup airnya). Manakala hindmilk pula mengandungi lemak yang penting untuk tumbesaran dan mengenyangkan bayi kita. Kalau bayi tak dapat cukup foremilk, bayi boleh dehydrate(kurang air dalam badan), kurang hindmilk pula, bayi tak kenyang dan tumbesaran tak berapa bagus.
Sebab itu amat penting untuk menyusukan anak sehingga payudara berasa ringan, yakni sehingga anak mendapat hindmilk. Dengan ini bayi akan merasa kenyang dan mendapat semua kebaikan foremilk.
Amatlah PENTING bagi seorang ibu untuk kerap mengosongkan payudaranya (dengan cara mengepam atau menyusukan secara direct feeding) kerana menurut teori, semakin ‘sedikit’ susu yang berada dalam payudara, semakin banyak hindmilk; maknanya ia semakin pekat (tidak hairan sesetengah ibu mendapati susu lebih pekat di bulan puasa atau semasa berpuasa). Ibu-ibu yang membiarkan payudaranya bengkak dan tunggu “susu penuh” akan mendapati susunya lebih kelihatan cair apabila dipam, dan ketidakseimbangan antara foremilk dan hindmilk = foremilk lebih banyak.
Bila foremilk lebih banyak, bayi akan mendapat banyak ‘susu cair’ dan ini menyebabkan bayi tidak berasa kenyang (macam kita minum air semata, makan tidak). Tanda2 anda mengalami ketidakseimbangan foremilk-hindmilk:
  • Bayi selalu meragam
  • Bayi kembung
  • Najis bayi menjadi kehijauan
  • Bayi tak kenyang
  • Berat badan bayi tidak meningkat seperti yang sepatutnya
  • Bayi kerap sangat berak
Jadi, kalau ibu dapati bayi ada benda2 di atas, kemungkinan penyebabnya ialah:
  • Susu ibu yang tidak seimbang antara foremilk dan hindmilk – foremilk lebih banyak.
  • Ibu cepat sangat menukar payudara semasa menyusu, tak sempat baby nak dapat hindmilk.
  • Susu ibu terlalu banyak (oversupply) hingga bayi tak sempat dapat hindmilk sebab dah ‘muak’.
  • Bayi yang hisap sikit, tertidur – tak sempat dapat hindmilk.
Jadi, apa yang ibu boleh buat?
  1. Susukan bayi dengan sebelah payudara saja. Yang lagi sebelah lagi pam.
  2. Ibu yang mengalami milk oversupply boleh mengepam secara rutin dan menyusukan bayi di antaranya.
  3. Mengepam sedikit sebelum menyusukan bayi supaya bayi mendapat hindmilk.
  4. Mengepam secara konsisten agar lebih kerap payudara dikosongkan- mengurangkan tindakbalas osmosis yang menjadikan susu lebih cair.
  5. Mengambil makanan yang tinggi protein dan serat.
Jadi ibu-ibu terutama ibu baru, jika menghadapi masalah2 seperti di atas, periksa penyebab seperti yang saya senaraikan, adalah antara penyebab tersebut yang ‘kena’ dengan anda. Jangan cepat putus asa bila tengok bayi macam tak kenyang, berat badan tak naik, poo-poo hijau… bukan tanda susu tak cukup tapi foremilk anda mungkin terlalu banyak hinggakan bayi tak sempat dapat hindmilk, perut dah penuh.


Normal Q & A


Ini adalah antara soalan yang popular yang ditanya oleh mereka yang baru mengenali Shaklee....

1. Adakah Shaklee ini Halal?
Jawapan : Halal. Boleh rujuk artikel Halal ini .

2. Mengapa urin saya bertukar jadi kekuningan selepas mengambil vitamin?
Jawapan: Ianya adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.

3. Mengapa susu saya bertukar kuning kehijauan?
Jawapan: ia adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.

4. Adakah trial pack masih ada untuk saya cuba?
Jawapan: Ianya sentiasa ada , di sediakan dengan harga yang berpatutan. Bagi pertama kali mencuba, adalah digalakkan membeli trial pack terlebih dahulu.

5. Saya mengalami pening2 selepas mengambil vitamin ini, mengapa? Adakah tidak serasi?
Jawapan: Pengambilan vitamin memerlukan pengambilan air yang TIDAK kurang dari 2 liter. Ini kerana ia perlu agar vitamin dapat disalurkan ke seluruh tubuh dengan lancar. Rasa pening berlaku biasanya berpunca dari less water intake. Satu lagi adalah kerana, jika individu itu adalah pertama kali mengambil supplement, maka tubuh memerlukan 1-3 hari untuk menyesuaikan diri dengan zat yang diterima. (Ibaratkan seorang yang tidak punyai perabot di dalam rumahnya dan tiba2 datang orang menghantar perabot serta memenuhi ruang kekosongan dalam rumah, pastinya individu itu perlukan masa untuk menyesuaikan  diri.). Hakikatnya keserasian memerlukan masa.

6. Saya selesa dengan vitamin Shaklee setelah mencubanya melalui trial pack. Boleh saya beli full pack dengan best price?
Jawapan: Boleh dan ianya lebih menjimatkan.


7. Saya seorang yang kurang minum air kerana malas nak ke tandas, bolehkah saya mengambil supplement ini sebab mempunyai masalah buasir.
Jawapan: Tidak saya galakkan mereka yang kurang minum air mengambil supplement, ini kerana ia tidak dapat disalurkan dengan baik ke seluruh tubuh.

8. Adakah vitamin ini membantu saya cepat sembuh dari penyakit yang saya lalui?
Jawapan: Vitamin bukan dalam kumpulan ubat. Ianya sekadar supplement iaitu makanan tambahan yang mengisi ruang kekosongan dalam tubuh. Seterusnya ia membantu badan meningkatkan sistem imun dan secara langsung membantu tubuh melawan penyakit. Sekiranya penyakit yang kronik atau berlarutan maka memang memerlukan masa dan perlu mengambil antioksidan seperti ACE, Nutriferon ataupun Vivix untuk membantu meninggikan daya ketahanan tubuh. Tidak lupa doa serta tawakal pada Yang Esa.

9. Bolehkah saya membeli sendiri vitamin di mana2 sales branch?
Jawapan: Boleh, hanya mesej saya di talian 013-2210383 untuk dapatkan ID Shaklee.

10. Adakah normal bagi anak saya, setelah pengambilan vitamin, si kecil minum sedikit dan terus lena. Berbeza dengan sebelum ini, si kecil saya akan mengamuk2 dan asyik berjaga mahu menyusu.
Jawapan: Ibu2 yang mengambil vitamin dalam diet harian selain pengambilan makanan harian yang lengkap(tidak berdiet kerana kawalan makanan akan menggangu penghasilan susu) akan mendapati susunya akan bertambah pekat dan anak akan minum sdikit sahaja serta mudah lena. Apabila ini berlaku si ibu di sarankan mengepam sebaik sahaja si kecil lena. Agar penghasilan susu dengan lebih banyak dapat dihasilkan.

11. Adakah vitamin Shaklee selamat diambil oleh ibu yang mengandung?
Jawapan: Ya boleh kerana ia adalah vitamin. Setiap ibu mengandung akan dibekalkan oleh doktor vitamin demi memastikan si ibu dan anak sihat dan selamat semasa proses kelahiran.

 12. Apakah vitamin yang baik untuk diambil oleh ibu yang menyusu?
Jawapan: Secara basic saya sarankan 4 jenis iaitu Vitalea, b complex, Vitamin C dan Alfalfa. Namun seandainya mempunyai lebihan rezeki boleh mengambil ESP iaitu soya protin kerana ini membantu anak mudah kenyang dan pembesaran anak lebih lancar.

12. Mengapakah saya mudah rasa lapar setelah mengambil vitamin? Saya takut saya akan gemuk. Adakah saya mempunyai potensi untuk gemuk?

Jawapan: Pengambilan B complex dan multivitamin boleh membuatkan seseorang itu mudah merasa lapar. Ini kerana B complex berfungsi membakar glukos untuk menghasilkan tenaga. Rasa lapar itu adalah salah satu body sign yang bermaksud tubuh memerlukan gula untuk ditukarkan kepada tenaga.

Makanan yang dimakan akan ditukar segera kepada tenaga, itu sebabnya mengapa mereka yang mengambil B complex akan sentiasa rasa bertenaga. Walaubagaimanapun ada sesetengah individu tidak dapat mengawal nafsu makannya.Ini yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berat badan dengan ketinggian seseorang. Pastikan anda mengambil 3 meal sehari dengan masa yang teratur dan jika terasa lapar di antara waktu tersebut, cubalah makan buah2an atau makanan yang kaya dengan serat supaya tidak mudah mengalami kegemukkan.

Tangani masalah anak demam batuk selsema dengan shaklee


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.   


Musim2 panas ni anak2 selalu sangat batuk, selsema, demam..bukan anak2 je, ibu bapa nye skali pon sama hehe..tapi nk gi klinik rasa malas sbb takdalah teruk sangat..lagi pun tak elok bagi ubat bnyk2 kat anak2 ni..dalam entry adaa sblm ni Say NO to drugs: Ubat batuk, selesema tak sesuai untuk kanak2 bawah 2 tahun dah diterangkan kenapa..
Sebenarnya, agak susah bagi doktor untuk mencadangkan ubat yang sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami batuk dan selsema. Antara sebabnya:


1. Sekiranya jangkitan yang disebabkan virus, antibiotik tidak sesuai kerana antibiotik dicipta untuk membunuh bakteria. Antiviral pula memang dicipta untuk membunuh virus tapi ada kesan sampingan yang merbahaya. Jadi, ia tidak diluluskan sebagai ubat untuk merawat gejala selsema batuk ini.

2. Nasal spray pun tidak sepatutnya diberikan kepada kanak-kanak.

3. Ubat batuk pula sebenarnya tidak sesuai untuk kanak-kanak especially yang berumur 2 tahun ke bawah. Sememangnya ada kajian menunjukkan ia gagal menyembuhkan batuk kanak-kanak.

So, kali ni nk share bagaimana nak merawat anak-anak yang demam, selsema dan batuk secara natural dan dengan shaklee~~

Secara Natural:

1- Bagi kanak-kanak yang tidak lagi menyusu, banyakkan meminum air suam.
 
2- Apabila mandikan anak, mandikannya dengan air suam.   

3- Banyakkan menghidu udara lembap atau udara berwap. Caranya ialah, pasangkan air shower panas di dalam bilik air, pastikan pintu bilik air sentiasa tertutup dan anda akan dapati seluruh bilik air akan berwap dan lembap. Dukung anak anda untuk beberapa minit bagi membolehkan si anak menghirup udara berwap itu tadi. Jika tiada shower, air panas yang dimasak di dapur, masukkan dalam baldi di bilik air juga pasti menjadikan bilik air berwap.  

4- Tepuk belakang anak 11 kali di belakang dan di hadapan. Tepuk secara perlahan-lahan dengan membuat lohong seperti gambar ini: Ini bagi melonggarkan kahak dan supaya ia jatuh dan keluar melalui najis ataupun muntah. Saya rasa lega kalau anak saya muntah kerana kahaknya pasti keluar juga.

Ini pula tips oleh ibu addinnasa:


  • Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi.
  •  
  • Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali Nasa ada selsema, alhamdulillah maksimum pun 3 hari.
  •  
  • Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. 
  •  
  • Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.
  •  
  • Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.
  •  
Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi....jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi :) Even doktor turut pesan, jika anak demam ...pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap .... 
Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susuibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. .
sumber: Anakkuwira.com

Dengan Shaklee:

1. Jika selalu selesema, boleh cuba berikan Mealshake pada anak berusia 2 tahun ke atas..tak perlu hari2 pon..3-4 kali seminggu dah memadai..campur je dlm susu, satu sudu kecil..sedap sbb Mealshake ni perasa vanila dan sgt wangi..didatangkan dalam bentuk serbuk, lengkap dengan kandungan multivitamin dan protein..jadi senang lah nak bagi :). Ini testimoni dari salah seorang customer Shaklee yang mengambil Mealshake untuk anaknya..credit to Tuty

Puan Zana :
Beliau memang berpuas hati sebab anaknya yang sulung selalu akan selesema di pagi hari dan sejak mengambil Meal Shakes, selesemanya hilang dan paling seronok kerana antibodi anaknya semakin meningkat. Sepupunya kena demam campak tapi Puan Zana gembira kerana anaknya tidak dijangkiti. Beliau bercadang untuk membeli lagi selepas stok habis.

2.Untuk bayi/ anak2 yang masih breastfeed, susu ibu adalah penawar terbaik dengan syarat ibunya mengambil makanan yang bersesuaian dan berkhasiat lah..contohnya, jika anak demam/selsema/batuk, ibu boleh ambil 2 biji vitamin C dan dipatahkan dua(satu tablet mengandungi 500mg Vitamin C, setiap 100mg akan dibebaskan setiap 1 jam..tapi bila sakit, badan memerlukan lebih vitamin C, jadi patahkan agar 500mg tersebut boleh diserap sekaligus dengan cepat untuk pertahanan badan dari penyakit)

3.Bagi anak2 yang demam, boleh menggunakan basic H..tuam anak2 guna air campuran basic H. kenapa? Sbb Basic H ni dapat serap haba 3 kali ganda berbanding air biasa. Saya nak share satu testimoni.
Alhamdulilah, Ness dgn Aiman sehat. Lepas swimming haritu Aiman terus naik panas dan selesema. Tapi Ness gunakan tip-tip yg akak gitau hari tu,mandikan 3 kali dgn Basic H, pastu bangun malam untuk gosok belakang, and then spray Basic H kat kepala utk kurangkan panas. Alhamdulilah, 2 hari buat Aiman dah kembali sehat.

Amazed jugak kak sebab selalunya kalau dia selesema berlarutan, paksa ambik nasal drops dan ubat selesema, tapi kali ni tak perlu. Pastu ness share lah dgn kawan-kawan yg lain, tapi mcm, ye lah, tengok bnyk keje,kena mandikan, kena bangun malam tu yg tak appealing.
credit to mommylina
Saya dah berikan cara2nya, terpulang pada anda ye nak pilih yang mana. Sama2 kita pilih yang terbaik!

* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila consult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...