VIVIX DAN STROK


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..


Jom baca sedikit kisah tentang VIVIX dan STROK!

Petikan dari blog Master cery

Baru2 ni saya ada baca artikel tentang strok.. strok ni maksudnya tiba tiba.. atau dalam istilah perubatan strok bermaksud kematian mengejut. Dalam erti kata lain strok adalah serangan otak yg timbul mendadak akibat pembuluh darah otak pecah atau tersumbat. Antara punca adalah tekanan drah tinggi, kolestrol tinggi, gangguan jantung, diabetes. Faktor lain adalah gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, alkohol, fastfood, kurang senaman, obesiti. Stress yang kronik juga punca terjadinya strok.
Bila saya nampak perkataan pembuluh darah pecah dan tersumbat, memang ngeri rasa.lagi2 bila baca yang stress terlampau juga punca strok.. Memang kita takboleh nak elak dari stress2 ni semua.. dah nama pun kehidupan. kena hadapi.. .Apa yg saya boleh kongsikan, antara langkah hindarkan diri dari strok adalah hentikan merokok, periksa tekanan darah anda, semak kesihatan jantung anda, semak gaya hidup dan pemakanan harian, hindari makan daging merah terlalu banyak, banyakkan makanan berserat, kurangkan garam dalam makanan harian (kurangkan fastfood), aktif bersenam. dan yang paling penting atasi dan kawal stress harian anda...  Sebut tentang stress, ada banyak cara untuk kawal stress.Antaranya senyum sentiasa, count your blessings.. berhenti dari risau terlampau.. hitung kesyukuran.. dan kalau nak amalkan suplemen.. amalkan 1biji B complex sehari dan 1 sudu Vivix sehari. 

Kenapa vivix? Kerana  Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polygonum Cuspidatum yang terkandung dalam Vivix itu mampu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolestrol, mengawal tekanan darah serta mengurangkan berat badan.Jangan khuatir kerana bahan-bahan utama Vivix telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee.
sila dapatkan stok harga runtuh sebelum stok licin diambil orang..hihi


Orang kata Vivix mahal .. tapi cuba fahamkan maksud mahal tu.... mana lagi mahal.. sebotol Vivix atau pembuluh darah otak yang pecah yang tiada galang ganti itu? harga pembuluh darah otak tak dapat dinilaikan dengan sebotol Vivix ya.. ia bernilai lebih dari itu...Sebab tu saya tak berkira dalam membeli Vivix.. bukan sahaja untuk diri sendiri tapi juga untuk yg tersayang.. suami saya.. dan parents saya...Kesihatan adalah anugerah rahmat dari Allah tak ternilai.. Kalau kita boleh beli baju, barang2 kehendak kita..tak salah beli sesuatu untuk yang tersayang.. lagi2 mereka yang telah melahirkan dan menjaga kita dari kecil? "... 

Pembuluh darah pecah? Oh tidak.. jom mulakan sesudu Vivix hari ini...


NAK TAHU lebih lanjut?? JOM PM sy!! Harga ISTIMEWA menanti..

Add fb personal sy >>>> http://www.facebook.com/CtZubaidahAbdulla?ref=tn_tnmn

Feel free to visit my blog>>> http://ummiadamahnaf89.blogspot.com/

HUBUNGI :
• SITI ZUBAIDAH ABDULLAH
• Shaklee ID 868415
• fb: Ct Zubaidah Abdullah
• ct_zet89@yahoo.com 
• 013-2070383 (whatsApp/sms/call)
Free consultation for every purchase

COD area SELAYANG,GOMBAK, GREENWOOD dan KEPONG serta kawasan sekitarnya..

Perkhidmatan POS LAJU juga disediakan untuk penghantaran ke seluruh MALAYSIA



** NAK TAMBAH STOK SUSU BADAN? **
✔ INGIN ANAK MENYUSU BADAN SEHINGGA 2 TAHUN
✔ DAPATKAN MILK BOOSTER MENGIKUT BAJET ANDA & MAMPU MENGHASILKAN SUSU BADAN YANG BANYAK.
==================================
Alhamdulillah baru seminggu guna, Set Budget susu dah pekat dan boleh dapat penuh botol,kalu dulu 1 oz pun susah…Puan Hayati
Lepas amik produk dari set 3M ,badan memang rasa energetic,yang paling best masuk ofis pas abis cuti 3 bulan ramai yang tegur badan nampak kurus sangat2. Bangun tgh malam nak bf baby pun dah x kisah sekarang. Terima kasih SHAKLEE ~ Puan Sofea
==================================
BAGAIMANA MEMILIH DI ANTARA SET B, SET E @ SET 3M?
1. Set B
Mengandungi Vitalea, Vitamin B, vitamin C, dan Alfalfa
Amat sesuai untuk ibu-ibu yang TIDAK mempunyai masalah penyusuan
Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu
Ibu menyusu yang SIHAT dan mahu kekalkan kesihatan tubuh ibu.
2. Set E
Mengandungi Set B + Ostematrik (Pil Kalsium)
Sesuai untuk ibu menyusu yang seringkali merasai keletihan melampau
Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktose.
Untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk saraf, pembentukan tulang dan gigi.
3. Set 3M
Mengandungi Set E + ESP
Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
Ibu yang mempunyai masalah hasil perahan terlalu sedikit kurang 1oz untuk setiap kali perahan amat digalakkan untuk mencuba set ini.
Sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha.
4. SET BUDGET
Mengandungi Alfafa & ESP.
Merupakan double milk booster mempecepatkan penghasilan susu,memekatkan susu dan memberikan ibu tenaga berpanjangan
Amat sesuai untuk ibu2 yang sentiasa menjaga pemakanan ,ingin membanyakkan susu mempunyai dan masalah susu cair.
KEBAIKAN SET INI UNTUK PENYUSUAN:
1. Multivitamin (Vita-Lea® Iron Formula) – Sebagai multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak diperolehi daripada diet harian. Membantu ibu bertenaga dalam tempoh yang panjang dan juga meningkatkan sistem imun badan.
2. Vitamin B kompleks (B-Complex) – lengkap dengan asid folik untuk perkembangan minda anak, membantu menenangkan dan mengurangkan stress, menyokong sistem saraf anda dan anak, pembentukan sel darah merah, menyihatkan kulit dan meningkatkan metabolisma tubuh
3. Vitamin C (Chewable Vita-C™ 100 mg) – Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu, menyusui bayi secara ekskusif dapat melindungi bayi anda dari kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.
4. Alfalfa (Alfalfa Complex) – sebagai milk booster, Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi yang penting dalam meningkatkan pengeluaran susu ibu dan mengekalkan pengeluaran susu ibu jadi membantu ibu menyusukan bayi sehingga dua tahun.
5. Ostematrix (Pil Kalsium) – 40% daripada susu ibu adalah kalsium. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan susu merosot malah tulang , tapak kaki dan gigi ibu akan terkesan (lazimnya tapak kaki ibu akan sakit) .Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.
6. Protein (ESP - Soy Protein Isolate Powder) –Dihasilkan dari kacang soya baka tulen. Protein adalah merupakan komponen yang penting dalam penghasilan susu ibu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 3 hidangan protein berkhasiat sehari.
✔ DIJAMIN HALAL & DILULUSKAN KKM
✔ TIADA KESAN SAMPINGAN
✔ SERVIS PANTAS & KONSULTASI PERCUMA
NAK TAHU lebih lanjut?? JOM PM sy!! Harga ISTIMEWA menanti..
Add fb personal sy >>>> http://www.facebook.com/CtZubaidahAbdulla?ref=tn_tnmn
Feel free to visit my blog>>> http://ummiadamahnaf89.blogspot.com/
HUBUNGI :
• SITI ZUBAIDAH ABDULLAH
• Shaklee ID 868415
• fb: Ct Zubaidah Abdullah
• ct_zet89@yahoo.com
• 013-2070383 (whatsApp/sms/call)
Free consultation for every purchase
COD area SELAYANG,GOMBAK, GREENWOOD dan KEPONG serta kawasan sekitarnya..
Perkhidmatan POS LAJU juga disediakan untuk penghantaran ke seluruh MALAYSIA

Vitamin shaklee selamat untuk ibu hamil


Vitamin yang selamat untuk ibu mengandung

" Tahniah puan mengandung. Nanti ambil vitamin di kaunter farmasi ya" Kata doktor sakit puan kepada Anis.
Anis ibu muda tersenyum mendengar berita itu dan terus berlalu keluar untuk mengambil vitamin demi kesihatannya.


Shaklee vitamin ibu mengandung


Ibu mengandung sinonim dengan vitamin Obimin. Doktor juga akan bekalkan asid folik bagi memastikan kandungan darah ibu dan anak dalam keadaan yang stabil.

So dalam Shaklee, biasa ibu mengandung kami sarankan makan vitamin berikut :


Vitalea lengkap dengan formula zat besi.

Ia adalah multivitamin yang lengkap dengan zat besi dan ia perlu untuk pembinaan sel darah merah.


B complex

Vitamin B Shaklee lengkap dengan 8 vitamin B yang diperlukan oleh badan termasuklah folic asid dan biotin.


Vitamin C 

Ia membantu mengukuhkan sistem imunisasi ibu dan anak selain membantu pengaliran darah dengan lebih baik.


Ostematrix

Vitamin yang lengkap untuk tulang dan saraf. Mengandungi kalsium dan magnesium serta vitamin D yang diperlukan untuk pembentukan tulang serta saraf.


Omega Guard

Sesuai diambil selepas kandungan 4 bulan ke atas. Tak sesuai diambil pada awal kehamilan sebab pembentukan otak adalah semasa trimester kedua.

Vitamin Shaklee preggy mother


ESP

Sangat digalakkan kerana sel terbentuk melalui protien. Kulit, kuku, rambut dan semua organ terbentuk melalui protien.


Vitamin -vitamin lain? Bagi vitamin yang tidak disenaraikan jika nak diambil pastikan refer doktor terlebih dahulu. Secara basic, vitamin yang disenaraikan di atas adalah sangat digalakkan untuk ibu mengandung.

Namun harus diingat, ia adalah pemakanan tambahan maka si ibu perlu tetap perlu makan makanan yang seimbang demi memastikan si bayi dapat membesar dengan sihat.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

.
Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari     rumah boleh berhubung dengan kami melalui

Kredit kak n


NAK TAHU lebih lanjut?? JOM PM sy!! Harga ISTIMEWA menanti..


Feel free to visit my blog>>> http://ummiadamahnaf89.blogspot.com/

HUBUNGI :
• SITI ZUBAIDAH ABDULLAH
• Shaklee ID 868415
• fb: Ct Zubaidah Abdullah
• 013-2070383 (whatsApp/sms/call)
Free consultation for every purchase

COD area SELAYANG,GOMBAK, GREENWOOD dan KEPONG serta kawasan sekitarnya..

Perkhidmatan POS LAJU juga disediakan untuk penghantaran ke seluruh MALAYSIA

Omega guard shaklee..sumber omega3 terbaik


Kenali omega guard shaklee

Bismillahirrahmaanirrahim..
Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement. 


Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.

Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.

Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.


Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee

1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair 
    sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik. 

3. Omega 3  dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari 
    ketumpatan minyak hati ikan.

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-
    satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 
    semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal 
    berteknologi terkini

7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask 
    omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, 
    merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.
Sumber Asli Omega

26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3.  Mencegah salur darah dari tersumbat
4.  Omega 3 dapat mengelakkan strok
5.  Mengekalkan tekanan normal darah
6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7.  Mengurangkan sakit kepala
8.  Merendahkan kolestrol
9.  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan 
      otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE 
      (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.

21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout



Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-



- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?

1. Warga Emas
2. Pesakit Jantung
3. Wanita
4. Wanita yang telah melahirkan anak
5. Pesakit darah tinggi
6. Orang yang selalu lupa
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
8. Pelajar
9. Ibu menyusu
10. Ibu Hamil
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus

CREDIT

NAK TAHU lebih lanjut?? JOM PM sy!! Harga ISTIMEWA menanti..



Feel free to visit my blog>>> http://ummiadamahnaf89.blogspot.com/

HUBUNGI :
• SITI ZUBAIDAH ABDULLAH
• Shaklee ID 868415
• fb: Ct Zubaidah Abdullah
• 013-2070383 (whatsApp/sms/call)
Free consultation for every purchase

COD area SELAYANG,GOMBAK, GREENWOOD dan KEPONG serta kawasan sekitarnya..

Perkhidmatan POS LAJU juga disediakan untuk penghantaran ke seluruh MALAYSIA

Menyusu dengan supplement lebih BAIK!!


Assalamualaikum wbt..


Saya nak kongsikan lagi perkongsian dari blog master sifu hebat sy..

Selamat membaca!

Set penyusuan yang paling popular adalah set 3M atau nama penuhnya Making More Milk. Namun perlu diingat, pengambilan supplement semata-mata tidak sama sekali membantu pengeluaran susu melimpah-limpah jika si ibu itu tidak menyusukan dengan sepenuhnya atau mengepam secara konsisten.


Set 3M Shaklee Miri


Dah lama saya tak menulis kisah penyusuan memandangkan Addin dan Nasa pun dah semakin membesar. Tapi memang saya bangga melihat ibu-ibu muda yang berusaha gigih menyusukan anak kecil mereka.



Saya sendiri dulu belajar dari pengalaman dan buku. Perlahan-lahan saya kongsikan dengan kawan-kawan dan dari situ bermula set penyusuan Shaklee yang saya mulakan di kumpulan forum susuibu.com. Kenalan siber dan rakan bisnes saya hari ini juga ramai dari forum ini.



Set susuibu Shaklee


Balik kepada cerita penyusuan susuibu, si ibu kena faham konsep



1. Lebih kerap menyusukan bayi [ atau mengepam] maka lebih banyak susuibu akan dihasilkan.



2. Hormon prolaktin dan oksitosin sangat berkait rapat dengan penghasilan susuibu.



3. Ibu perlu menjaga pemakanan seimbang dan pengambilan air secukupnya sangat-sangat penting.



4. Penyusuan susuibu bukan bercerita hanya pada susuibu semata-mata tetapi juga 'bonding' antara ibu dan anak.




Berbalik kepada supplement Shaklee Set Penyusuan 3M, apakah ia membantu menjayakan penyusuan susuibu?



Personally supplement ini adalah ibarat baja pada si ibu. Pemakanan hari ini yang menjurus kepada makanan segera tidak banyak membekalkan vitamin yang diperlukan oleh badan kecuali transfat yang banyak dan memudaratkan kemudian hari.
Pengambilan supplement adalah lebih kepada si ibu supaya bertenaga, sihat, emosi yang lebih stabil, tidak terlalu keletihan terutama yang bekerjaya.
Maka apabila si ibu membuat keputusan untuk menyusukan anaknya dan mengambil supplement, si ibu perlu pastikan



1. jadual pam yang konsisten supaya susuibu terus dapat dihasilkan



2. pengambilan air adalah sangat-sangat penting demi memastikan penghasilan susuibu lebih lancar.



Dalam set penyusuan Shaklee 3M mengandungi



ESP - untuk membina sel
Vitalea - multivitamin yang lengkap dengan formula zat besi
B com - membantu ibu lebih bertenaga, mood yang stabil dan ceria.
Vitamin C - meningkatkan antibodi tubuh memandangkan vitamin C adalah vitamin larut air dan mudah msunah maka penting untuk diganti.
Ostematrix - demi memastikan si ibu tidak terlalu keletihan walau bekerjaya.
Alfalfa - membantu mempercepatkan penghasilan susuibu.



PLEASE ALERT :
Alfalfa adalah dalam kategori herba. Ia tidak boleh diambil oleh pesakit SLE. Ibu yang melahirkan juga disarankan mengambilnya selepas 14 hari melahirkan. Walau ada ibu yang mengambilnya sejurus selepas melahirkan namun risau sekiranya si kecil mendapat jaundis maka lebih baik diambil selepas 2 minggu melahirkan.



Alfalfa ini mengandungi vitamin K. Ia berfungsi memekatkan darah. Maka pengambilan yang banyak sekaligus sangat tidak digalakkan sama sekali. Memang ibu akan dapati susuibu lebih pekat dengan pengambilan alfalfa tetapi kemungkinan juga susu akan terus tidak keluar sebab pengambilan air tidak mencukupi. So jangan lupa refer pengedar untuk konsultasi lebih lanjut.




Namun ingat, vitamin ini hanya pemangkin, rezeki dari Allah jua. Alhamdulillah dengan izin ALLAH jua Addin dan Nasa dapat menyusu susuibu melebihi 2 tahun setiap mereka.
Supplement ini part of usaha ya. Letakkan kebergantungan pada ALLAH jua.



Selamat menyusu !



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 .
 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui

NAK TAHU lebih lanjut?? JOM PM sy!! Harga ISTIMEWA menanti..


Feel free to visit my blog>>> http://ummiadamahnaf89.blogspot.com/

HUBUNGI :
• SITI ZUBAIDAH ABDULLAH
• Shaklee ID 868415
• fb: Ct Zubaidah Abdullah
• 013-2070383 (whatsApp/sms/call)
Free consultation for every purchase

COD area SELAYANG,GOMBAK, GREENWOOD dan KEPONG serta kawasan sekitarnya..

Perkhidmatan POS LAJU juga disediakan untuk penghantaran ke seluruh MALAYSIA

Siapa perlukan coQ health plus??


Jantung ini ibarat bateri. Sebuah jam boleh berhenti berputar apabila kehabisan bateri. Namun jantung tiada gantian seperti mudahnya mengganti bateri.





Shaklee Anakkuwiraku




Memang benar, ajal maut di tangan ALLAH namun ini tidak bermakna kita tak perlu usaha menjaga kesihatan seharian.



Semasa pertama sekali saya mendengar supplement CoQ10, sesuatu yang saya sendiri sedari....semakin usia kita meningkat, degupan jantung kita mulai perlahan dan ini berpunca dari amalan pemakanan harian kita dari kecil sehinggalah sekarang.

CoQ10 Shaklee


Tidak saya lupa apabila pertama kali menimang cahayamata, saya suka mendengar degupan jantung si manja saya. Bermula dari situ saya sedar kebenaran pada kata-kata degupan jantung kita akan mula perlahan apabila meningkatnya usia. Ini ditambah apabila saluran darah ke jantung disaluti lemak yang boleh mengganggu pengaliran darah dengan lancar.



Badan kita memerlukan nutrien yang dikenali sebagai Coenzyme Q10 atau nama singkatnya CoQ10 untuk memastikan jantung dapat berfungsi dengan baik. Walaupun ia boleh didapati dalam makanan harian namun adakala pemakanan yang tidak seimbang akan membuatkan pengambilan nutrien CoQ10 hanya minima sehari.



Nutrien ini banyak di dapati dalam daging serta kekacang. Walau bagaimanapun mereka yang vegetarian akan menghadapi masalah yang sukar untuk mendapat nutrien ini secara optimum melalui makanan harian mereka.



Oleh kerana inilah kita sesuai mengamalkan supplement ini dan khususnya mereka yang berumur 21 tahun ke atas.



CoQ10 juga dikatakan amat sesuai untuk mereka yang ada masalah kegagalan jantung, sakit jantung [ heart attack] , mereka yang ada kandungan kolestrol yang tinggi, hypertensi tetapi hakikatnya memang fokus kepada jantung.



Pengambilan ubat-ubatan terutama mereka yang ada penyakit akan menyebabkan nutrien Coenzyme Q10 akan menurun. Maka pengambilan supplement CoQ10 ini sangat membantu mengatasi kekangan kekurangan nutrien ini di dalam tubuh kita.



Hakikatnya pengambilan CoQ10 adalah sebagai langkah berjaga-jaga ditambah penyakit jantung adalah pembunuh senyap no 1 dunia.  Pengambilan sebiji sehari adalah sangat disarankan untuk kita dalam menjaga kesihatan jantung.



Dapatkan produk ini untuk dihadiahkan pada ibu bapa kita malah untuk diri sendiri. Mencegah lebih rendah kosnya dari merawat.



Dapatkan produk ini dari kami dan untuk mengetahui lebih lanjut, sila pm kami mahupun whatsapp di talian di bawah.





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



NAK TAHU lebih lanjut?? JOM PM sy!! Harga ISTIMEWA menanti..


Feel free to visit my blog>>> http://ummiadamahnaf89.blogspot.com/

HUBUNGI :
• SITI ZUBAIDAH ABDULLAH
• Shaklee ID 868415
• fb: Ct Zubaidah Abdullah
• 013-2070383 (whatsApp/sms/call)
Free consultation for every purchase

COD area SELAYANG,GOMBAK, GREENWOOD dan KEPONG serta kawasan sekitarnya..

Perkhidmatan POS LAJU juga disediakan untuk penghantaran ke seluruh MALAYSIA

50 PERKARA RANSANG ANAK JADI BIJAK PANDAI

50 PERKARA RANSANG ANAK JADI BIJAK PANDAI
~ Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. .. jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya) .
50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.
1-BERTENTANG MATA
Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.
2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA
Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.
3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN
Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..
4-JELIRKAN LIDAH
Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.
5-HASILKAN BUKU BINATANG
Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, ‘bacalah’ buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.
6-GELETEKLAH BAYI ANDA
Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.
7-TUNJUKKAN PERBEZAAN
Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.
8-BERKONGSI PANDANGAN
Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. “Tengok anak kucing tu.” atau “Besarkan pokok ni!” atau “Dengar tak bunyi bomba tu?” – untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.
9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA
Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri (“mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin….”) . Mainkan lagu Beethoven atau Beatles… Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.
10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA
Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.
11-SENTUH DAN RASA
Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.
12-PERGI MEMBELI-BELAH
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.13-BERI KATA KUNCIJika anda berkata, “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.
14-BERI KEJUTAN
Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.
15-SEDIAKAN BANYAK TISU
Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.
16-BACA BUKU
Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.
17-MAIN CAK-CAK
Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.
18-JANGAN LUPA REHAT
Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda – tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.
19-MAIN DENGAN WARNA
Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.
20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA
Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza – termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.
21-ANGKATKAN SAHAJA
Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.
22-BIAR DIA MEMBEBEL
Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.
23-LATIHAN MENEKA
Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.
24-BINA LALUAN HALANGAN
Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayibgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.
25-IKUT RENTAKNYA
Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.
26-BUAT MUKA LAWAK
Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.
27-RASA SEKELILING ANDA
Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me’label’ barangan tersebut.
28-CERITAKAN KISAH DONGENG
Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.
29-BAYANGAN WAJAH
Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi “yang lagi satu” senyum dan melambai padanya.
30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS
Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira – dan boleh berlatih menghafal nama warna.
31-GOYANGKAN BADAN
Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.
32-JADILAH TAMAN PERMAINAN
Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.
33-KIRA SEMUANYA
Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.
34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA
Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak (“adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?”) sehinggalah ke soalan konkrit (“Pernah tak adik nampak kucing putih?”)
35-TUTUP TV
Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.
36-TUKAR PEMANDANGAN
Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.
3 7-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA
Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar – dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .
38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA
Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.
39-MAIN HUJAN
Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.
40-MENANGKAP SERANGGA
Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.
41-BERGURAU- SENDA
Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan “Ini Ibu.” Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan ‘gurauan’ anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.
42-MAIN DENGAN PAKAIAN
Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.
43-AJAR TENTANG ISIPADU
Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.
44-HASILKAN ALBUM KELUARGA
Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.
45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA
Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.
46-PERGI KE PERPUSTAKAAN
Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.
47-CONTOHI CARA SESAME STREET
Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.
48-MAIN BERULANG-ULANG
Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.49-MAIN “TIRU-MENIRU”Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.
50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN
Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.
Selamat mencuba!!!!!!!!!!!!!!!

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...