Duhai isteri

*TIBA-TIBA REZEKI SUAMI MENGALIR DERAS, INILAH 10 CIRI ISTERI PEMBAWA REZEKI SUAMI*

10 Sifat Wanita yang Mendatangkan Rezeki Bagi Suami. Ramai suami yang mungkin tidak tahu bahawa rezekinya dengan izin Allah mengalir lancar atas peranan isteri. Memang tidak boleh dilihat secara mata kasar, namun boleh dijelaskan secara spiritual bahawa 10 sifat isteri ini ‘membantu’ mendatangkan rezeki bagi suaminya.

1. Isteri yang pandai bersyukur.

Isteri yang bersyukur atas segala kurnia Allah pada hakikatnya dia sedang mengundang tambahan nikmat untuk suaminya. Termasuk rezeki. Punya suami, bersyukur. Menjadi ibu, bersyukur. Anak-anak boleh mengaji, bersyukur. Suami memberikan nafkah, bersyukur. Suami memberikan hadiah, bersyukur. Suami mencintai setulus hati, bersyukur. Suami memberikan kenikmatan sebagai suami isteri, bersyukur.

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan: jika kalian bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya adzabku sangat pedih” (QS. Ibrahim: 7).

2. Isteri yang tawakal kepada Allah.

Di saat seseorang bertawakkal kepada Allah, Allah akan mencukupi rezekinya.
“Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.” (QS. Ath Thalaq: 3).

Jika seorang isteri bertawakkal kepada Allah, sementara dia tidak bekerja, dari mana dia dicukupkan rezekinya. Allah akan mencukupkannya dari jalan lain, tidak semestinya Allah memberikan rezeki secara terus kepada si isteri. Boleh jadi Allah akan memberikan rezeki yang banyak kepada suaminya, lalu suami tersebut memberikan nafkah yang cukup kepada dirinya.

3. Isteri yang baik agamanya.

Rasulullah menjelaskan bahwa wanita dinikahi karena empat perkara. Kerana hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya.

“Pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu beruntung” (HR. Al Bukhari dan Muslim).
Beruntung itu beruntung di dunia dan di akhirat. Beruntung di dunia, salah satu aspeknya adalah dimudahkan mendapatkan rezeki yang halal.

Cuba kita perhatikan, insya Allah tidak ada satu pun keluarga yang semua anggotanya taat kepada Allah kemudian mereka mati kelaparan. Lalu bagaimana dengan seorang suami yang banyak bermaksiat kepada Allah tetapi rezekinya lancar? Boleh jadi Allah hendak memberikan rezeki kepada isteri dan anak-anaknya melalui dirinya. Jadi berkat taqwa isterinya dan bayi atau anak kecilnya yang belum berdosa, Allah kemudian mempermudah rezekinya. Suami semacam itu sebenarnya berhutang pada isterinya.

4. Isteri yang banyak beristighfar.

Di antara keutamaan istighfar adalah mendatangkan rezeki. Hal itu boleh dilihat dalam Surat Nuh ayat 10 hingga 12. Bahwa dengan memperbanyak istighfar, Allah akan mengirimkan hujan dan memperbanyak harta.

“Maka aku katakan kepada mereka, ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu’, sesunguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, memperbanyak harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) sungai-sungai untukmu”(QS. Nuh : 10-12).

5. Isteri yang gemar silaturahim

Isteri yang gemar menyambung silaturahim, baik kepada orang tuanya, mertuanya, sanak saudaranya, dan saudari-saudari seaqidah, pada hakikatnya ia sedang membantu suaminya memperlancar rezeki. Sebab keutamaan silaturahim adalah dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya.

“Siapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah dia menyambung silaturrahmi.” (HR. Al Bukhari dan Muslim).

6. Isteri yang suka bersedekah.

Isteri yang suka bersedekah, dia juga pada hakikatnya sedang melipatgandakan rezeki suaminya. Sebab salah satu keutamaan sedekah sebagaimana disebutkan dalam surat Al Baqarah, akan dilipat gandakan Allah hingga 700 kali ganda.

Jika isteri diberi nafkah oleh suaminya, lalu sebagiannya ia gunakan untuk sedekah, mungkin tidak langsung dibalas melaluinya. Namun boleh jadi dibalas melalui suaminya. Jadilah pekerjaan suaminya lancar, rezekinya berlimpah.

“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa saja yang Dia kehendaki. Dan Allah Mahaluas lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 261).

7. Isteri yang bertaqwa.

Orang yang bertaqwa akan mendapatkan jaminan rezeki dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Bahkan ia akan mendapatkan rezeki dari arah yang tak disangka-sangka. Sebagaimana firman Allah dalam surat Ath Talaq ayat 2 dan 3.

“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan jalan keluar baginya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (QS. At Thalaq: 2-3).

8. Isteri yang selalu mendoakan suaminya

Jika seseorang ingin mendapatkan sesuatu, ia perlu mengetahui siapakah yang memilikinya. Ia tidak boleh mendapatkan sesuatu tersebut melainkan dari pemiliknya.

Begitulah rezeki. Rezeki sebenarnya adalah pemberian dari Allah Azza wa Jalla. Dialah yang Maha Pemberi rezeki. Maka jangan hanya mengharapkan usaha semata-mata namun perbanyaklah berdoa memohon kepadaNya. Doakan suami agar senantiasa mendapatkan limpahan rezeki dari Allah, dan yakinlah jika isteri berdoa kepada Allah untuk suaminya pasti Allah akan mengabulkannya.
“Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepadaKu nescaya Aku kabulkan” (QS. Ghafir: 60).

9. Isteri yang gemar solat dhuha

Sholat dhuha merupakan shalat sunnah yang luar biasa keutamaannya. Sholat dhuha dua raka’at setara dengan 360 sedekah untuk menggantikan hutang sedekah kepada setiap sendi badan kita. Solat dhuha empat rakaat, Allah akan menjamin rezekinya sepanjang hari.

“Di dalam tubuh manusia terdapat 360 sendi, yang seluruhnya harus dikeluarkan sedekahnya.” Mereka (para sahabat) bertanya, “Siapakah yang mampu melakukan itu wahai Nabiyullah?” Beliau menjawab, “Engkau membersihkan dahak yang ada di dalam masjid adalah sedekah, engkau menyingkirkan sesuatu yang mengganggu dari jalan adalah Maka jika engkau tidak menemukannya (sedekah sebanyak itu), maka dua raka’at Dhuha sudah mencukupimu.” (HR. Abu Dawud)

Allah ‘Azza wa Jalla berfirman, “Wahai anak Adam, janganlah engkau luput dari empat rakaat di awal harimu, nescaya Aku cukupkan untukmu di sepanjang hari itu.”(HR. Ahmad).

10. Isteri yang taat dan melayani suaminya.

Salah satu kewajiban isteri kepada suami adalah mentaatinya. Sepanjang perintah suami dia taatinya.

Apa hubungannya dengan rezeki? Ketika seorang isteri taat kepada suaminya, maka hati suaminya pun tenang dan damai. Ketika hatinya damai, ia boleh berfikir lebih baik dan kreativiti dalam pemikiran juga muncul. Semangat kerjanya pun menggebu. Ibadah juga lebih tenang, rezeki mengalir lancar.

👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻

Tips latih anak solat seawal 2 tahun

Nabi Muhammad s.a.w menyuruh ibu bapa ajar anak solat bila dia sudah berumur 7 tahun dan pukul kalau tidak solat bila umurnya 10 tahun. Tapi sebaiknya sebelum mencecah usia anak 7 tahun, kita kena dedahkan anak dengan amalan solat.

Ini cara yang sebaiknya kita ajar si kecil bersolat seperti dikongsikan oleh seorang ibu yang mengamalkannya. Malah boleh mulakan seawal usia 2 tahun.

1.AMALKAN DOA NABI IBRAHIM A.S

Ibu bapa amat digalakkan amalkan doa nabi Ibrahim as ini.Seeloknya anak masih dalam kandungan lagi.Agar anak keturunan zuriat kita tak lalai dalam melaksanakan solat ini.

“Rabbij ‘al nii muqiimas solaati, wa min zurriyyatii, rabbanaa wataqobbal Du’aa’…..

“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku.

Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”

Sangat mustajab doa ini. Muna dah nampak kesan positif pada anak anak.

2.ROLE MODEL

Ibu bapa ibarat cermin kepada anak anak. Tunjukkan kesungguhan kita terhadap solat. Contoh, sentiasa solat awal waktu dan tidak pernah tinggalkan solat. Lama-lama akan jadi ikutan anak anak.

3.TANDA AZAN

Setiap kali azan, bagitahu anak bahawa azan tanda kita perlu solat.Lama-kelamaan, anak akan alert nak solat tiap kali dengar azan. Kadang dia sendiri yang ingatkan kita.

4.AJAK SOLAT

Selalu ajak anak solat bersama.

"Kakak,dah azan.Jom kita solat sama-sama nak tak?"

Ajakan ini untuk bagi anak rasa diri diperlukan untuk sama-sama solat.Dari situ, baru rasa keseronokkan yang tinggi setiap kali diajak solat.

5.WUDUK BERSAMA

Selepas kita ambil wuduk,ajar anak cara berwuduk.Bila kita latih dia setiap hari, Insyaallah anak akan mampu buat sendiri dengan turutan yang betul.

6.PAKAIAN SOLAT

Ajar anak memakai pakaian solat yang sesuai.Songkok dan baju melayu/jubah utk anak lelaki.Telekung /tudung untuk anak perempuan.

Jika anak tidak mahu pakai,jangan paksa ya.

Ini untuk latih anak agar terbiasa berpakaian bersih dan sopan sewaktu solat.



7.HAMPARKAN SEJADAH

Bentangkan sejadah mini untuk anak.Dia guna atau tidak bentangkan saja.

Untuk menarik minat dia agar solat bersama kita.

8.BERMAIN

Jika kita sedang solat,anak bermain-main di atas badan ke,tarik telekung ke,tarik sejadah kita ke,duduk depan kita ke,biarkan.Tunggu dia selesai bermain sebab anak tengah explore apa yang ibu bapa mereka buat.

9.PUJIAN

Berilah anak pujian untuk setiap usaha yang dia lakukan walau hanya solat 1 rakaat sahaja.Pujian sebenarnya memberi kesan motivasi yang sangat besar pada diri anak.Bila mereka termotivasi,dengan sendiri mereka akan solat tanpa disuruh suruh.

10.SABAR

Semua ini mengambil masa.Kita sebagai ibu bapa kena sabar dan istiqamah dalam mendidik anak agar cinta kepada solat.

Jadikanlah rumah kita sebagai sekolah ibadah pertama anak-anak.

Sesungguhnya solat akan mencegah kita dari kemungkaran

Sumber : Muna Masrur via Petua Ibu
 

Maal hijrah talk

4 Cara Allah SWT Memberi Rezeki Kepada Makhluknya.

++ Cara 1 : Rezeki yang di jamin oleh Allah

“Tidak suatu binatangpun (termasuk manusia) yg bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin oleh Allah rezekinya.”(QS. Hud: 6).

Seluruh makhluk yang hidup di dunia Allah dah tetapkan rezeki untuknya.

++ Cara 2: Allah bagi rezeki sesuai dengan apa yang diusahakan.

“Tidaklah manusia mendapat apa-apa kecuali apa yang telah dikerjakannya” (QS. An-Najm: 39).

Man Jadda Wajada. Siapa usaha dia dapat. Allah akan memberikan rezeki sesuai dengan apa yang dikerjakannya.

Jika ia bekerja dua jam, dapatlah hasil yang dua jam. Jika kerja lebih lama, lebih rajin, lebih berilmu, lebih sungguh-sungguh, ia akan mendapat lebih banyak.

Tak kisah dia itu muslim atau tidak.

++ Cara 3 : Rezeki lebih bagi orang-orang yang bersyukur.

“… Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS. Ibrahim: 7)

Inilah rezeki yang disayang Allah. Orang-orang yang pandai bersyukur akan dapat merasakan kasih sayang Allah dan mendapat rezeki yang lebih banyak. Itulah Janji Allah!

++ Cara 4 : Rezeki istimewa dari arah yang tidak disangka-sangka bagi orang-orang yang bertakwa dan bertawakal pada Allah SWT

“…. Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yg tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (QS.Ath-Thalaq:2-3)

Ini rezeki yang teristimewa. Tak semua orang akan dapat. Biasanya kita akan dapat di saat kita memerlukan dan Allah beri rezeki dari arah yang tak disangka-sangka.

Rezeki ini akan diberikan Allah kepada hamba-Nya yang bertakwa. Allah SWT berikan rezeki ini kerana kecintaan Allah SWT kepadanya.
Jadi, marilah senantiasa meningkatkan iman dan takwa serta ibadah kita kepada Allah SWT.

Insya Allah, berbagai kebaikan akan mengalir sejalan dengan usaha kira untuk terus mendekatkan diri kepada-Nya.

Moga bermanfaat & dapat sesuatu.

Salam Hijrah.

Solat tahajud

KELEBIHAN SOLAT SUNAT TAHAJUD & CARA MENUNAIKANNYA (2 RAKAAT)

Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.

Kurniaan di dunia ialah:-
* Jauh daripada segala penyakit
* Lahir kesan taqwa pada wajahnya
* Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
* Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
* Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)

Sementara empat perkara di akhirat ialah:-
* Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
* Dipermudahkan hisab
* Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
* Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan

Solat malam adalah solat yang penting antara solat-solat sunat yang lain. Rasulullah S.A.W pernah ditanya, “Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?” Beliau menjawab dengan tegas, “Solat malam!” (Hadis Riwayat Muslim) #jomtahajud #solatsunattahajud #sharingiscaring #spreadthelovenothate #ramadankareem

Rangkaian produk Aura D'Raja

Assalamualaikum
Selamat pagi semua~

Pagi ini saya nak jelaskan sedikit tentang produk AURA D'RAJA. Produk Aura D'Raja sebenarnya di bawah syarikat D'Shamz, HQ di Pasir Puteh dan bilek Operasi diWakaf Bharu, Kota Bharu Kelantan. Produk ore kelate dan 100% milik bumiputera.

Rangkaian produk AURA D'RAJA 👑 terdiri daripada ;




👑 JUS AURA D'RAJA - Formulasi daripada 33 ramuan terpilih seperti ekstrak buahan berry segar, ekstrak pemakanan sunnah dan herba² terpilih. Ia dapat membantu melancarkan peredaran darah dan sistem pencernaan serta dapat mencantikkan kulit wajah. Selain itu, jus ini juga mampu mambantu dalam mencegah penyakit seperti sakit belakang, gastrik, dan lain².



👑 WHITE COFFEE COLLAGEN PLUS VITAMIN C - Menggunakan teknologi SUSTAINED RELEASED.
Ramuan daripada pemakanan sunnah, beberapa jenis berry, collagen serta vitamin C. White coffee ini membantu memberi tenaga berpanjangan, menyingkirkan toksin dalam badan dan mencantik serta mencerahkan kulit wajah.


👑 SUSU KAMBING COKLAT HAZELNUT - Ramuan daripada susu kambing, hazelnut, kurma, habatussauda, kolagen, vitamin C dan ekstrak berry. Rasa yang cukup lazat serta mampu memberi kulit yang sihat, membantu sistem pencernaan, memberi tenaga ekstra dan menstabilkan hormon.


👑 SUSU KAMBING ASLI - Mampu meningkatkan sistem imun dan anti-body badan, dapat menghaluskan serta melembutkan kulit, mengurangkan masalah pencernaan, menurunkan tekanan darah tinggi dan mengekalkan tenaga. Hal ini kerana, gabungan ramuan yang terdapat dalam susu ini adalah gabungan terbaik daripada susu kambing, sarang burung walid dan arabic gum.

Alhamdulillah, produk AURA D'RAJA mendapat sambutan dan feedback yang positif dari pengguna. Produk ini berKUALITI bukan hanya sekadar POPULARITI semata-mata.

P/s: Yang berminat untuk mencuba boleh hubungi terus  ummi siti 0132070383

SEKARANG! 😉
AURA D'RAJA
"BUKAN SEKADAR AURA BIASA"

Zikir untuk langsai hutang 5 angka

Posting tuan zuhairi nopiah sebelum ini 👇🏻👇🏻

ZIKIR BANTU LANGSAI HUTANG 5 ANGKA??

Terima kasih kepada rakan-rakan yang #SHARE posting saya sebelum ni. 

Ketika posting ini ditulis, dah 351 shares dan 840 comments. Alhamdulillah!!

Untuk makluman kepada yang tak baca posting semalam, saya ada amal beberapa zikir 10 hari lepas. 

Tiba-tiba semalam dapat call suruh ambil cek.  Cek tu membolehkan kami langsaikan hutang 5 angka kami, Alhamdulillah.
.
.
.

Apa zikirnya?

1) Subhanallah 33x

2) Alhamdulillah 33x

3) Allahuakbar 33x

4) Surah As-Sad (ayat 54) 33x. Ayatnya saya letakkan di komen pertama di bawah..

Baca setiap lepas solat. Tapi kena yakin. Kerana Allah bertindak mengikut sangkaan kita.

Bila kita tak yakin, maka kita bersangka yang perkara itu tidak akan berlaku.  Dan itulah yang Allah makbulkan!

.

Selain amalkan zikir tu, kami juga sedekah 10% daripada jumlah hutang yang nak dilangsaikan.  Contohnya hutang tu berjumlah RM10,000, kami sedekahkan RM1,000.

Terima kasih kepada Tuan Hakim Mohd Nor kerana memudahkan kami berinfaq selalu. 

Tuan Puan boleh contact beliau untuk membantu saudara kita di Syria, Kemboja, Acheh dan Rohingya.  Serantau Muslim memang konsisten dalam perjuangan membantu umat Islam seluruh dunia..

.

Saya juga nak ucap Terima kasih kepada Puan Nora Yusof, penulis buku FTR, 111 Formula Tarik Rezeki.

Tip di atas saya dapat dari buku beliau. Walaupun ringkas, tulisan beliau sampai ke hati. 

Tip yang diberikan sangat praktikal untuk diamalkan. Mudah dan berimpak tinggi.  Saya recommend 300% ! Hehe..

Untuk Tuan Puan yang nak tahu lebih lanjut tentang FTR, klik link ni.----> bit.ly//tipstarikrezeki

Dah baca link tu, selawat banyak-banyak dan minta Allah bimbing kita buat keputusan.  The rest, biar Allah uruskan! Tak percaya takpa, buat ajer 😄😄

Kami sebenarnya dah dapatkan FTR ni tak sampai sebulan.  Amalkan tak sampai 2 minggu.  Hasilnya sekarang.

Didoakan Tuan Puan pun dapat hasil yang sama, atau lebih baik daripada kami.
.
.
.

Oh ya!  Antara TIP MAGNET REZEKI adalah sedekah. 

Apa kata kita #SHARE posting ni SEBAGAI SATU SEDEKAH, dan lihat apa keajaiban yang berlaku dalam hidup Tuan Puan lepas ni. Mudah kan? 😉

Share sekarang. Moga Allah berkati.

Assalamualaikum. 👍

Amalan langsai hutang 5 angka

TIP #5 AMALAN LANGSAI HUTANG 5 ANGKA!

Terima kasih Tuan Puan yang tak putus-putus beri support untuk saya menulis. 

Sampai sekarang, masih ada yang bertanya tentang Tip bebas hutang 5 angka yang saya #SHARE sebelum ini.

Atas permintaan, hari ni saya nak sambung sikit, boleh?

.

Baik. Tip ni agak mudah sebenarnya, namun ia memerlukan kesedaran dan kesabaran.

Apa dia?..

Layan isteri sebaik mungkin. 

Ya! Layan pasangan sebaik mungkin.  Kerana ada keberkatan bila suami isteri kurang gaduh, tidak berdendam dan banyak kasih sayang!

Selalu puji masakan dia.
Tolong dia angkat pinggan lepas makan.
Tolong basuh baju.
Tolong angkat kain.
Tolong lipat kain.
Tolong tanam, letak baja dan siram pokok bunga.
Temankan dia shopping.
Temankan dia tengok TV.
Teman dia tengok FB (duduk sebelah dia).
Sedia “dileter” bab penjagaan kulit dan kesihatan.
Lebih terbuka menerima cadangan.

Itu antara perkara yang saya buat untuk rezeki mudah masuk.

Senang kan? Haha..😂😂

Mungkin ada yang kata susah.  Tapi semuanya banyak bergantung kepada kita.

Prinsip saya, bila banyak kasih sayang, kurang masalah.

Bila kurang kasih sayang, baaaaanyak masalah. Betul? 😉

So siapa yang rasa susah tu, mungkin kita kena kembali kepada yang basic. 

Banyakkan kasih sayang.  Sayang pasangan kerana Allah.  Walaupun dia ada banyak kekurangan.

InsyaAllah Allah mudahkan..

Inilah antara perkara yang saya buat untuk baiki rezeki dan kebahagiaan saya.  Tiada rahsia.

Alhamdulillah Allah bantu.  Dalam tempoh 10 hari saja, Allah beri rezeki luar jangka yang menyebabkan kami dapat selesaikan hutang 5 angka kami.

.

Apa lagi amalan lain yang boleh kita buat?

Yang tu kena baca posting saya sebelum ini.  Sebab amalan-amalan tu saya amal lepas saya baca buku ni..
.

Tuan Puan,

Saya kongsi ni bukan sebab saya baik sangat. Tak..

Saya berkongsi ni sebab ramai yang bertanya dan nak tahu.

Saya juga berkongsi sebab Nabi suka kita berkongsi.  Orang yang terbaik kata Nabi ialah orang yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain. 

Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada ramai orang.

Nak beri manfaat kepada ramai lagi ?  #SHARE posting ni kejap lagi ya ?

.

Terima kasih baca sampai habis. Moga Allah merahmatimu sahabat. 😃👍🏻👍🏻
.

Kredit ZuhairiNopiah
Inspirator LUA NLP

Bit.ly//tipstarikrezeki

Kuasa istiqfar

mudah tetapi sukar untuk diamalkannya. Sebagai seorang hamba Allah yang sentiasa melakukan dosa, sepatutnya kita sentiasa beristighfar memohon ampun untuk segala kesalahan yang kita lakukan.

Terdapat satu perkongsian di Facebook oleh Nana Macarona tentang kehebatan istighfar melalui satu buku yang dibacanya. Ikuti perkongsiannya.

Nana nak kongsi lagi satu kisah, mengenai powernya kuasa ISTIGHFAR yang sangat-sangat menjentik hati nana..

Rasa sangat kerdil.. Rasa macam Ya Allah keciknya kita sebagai hamba Allah kalau hendak dibandingkan dengan kekuasaan dan kasih sayang Allah  😥

Kisah ni nana dapat daripada pembacaan nana melalui buku latest yang nana baca baru-baru ni, which I really really love to read, wallahi..

Kisahnya mengenai Imam Ahmad bin Hambal, iaitu imam besar yang juga merupakan salah seorang kepada pengasas 4 mazhab terbesar Islam..

Pada suatu hari, Imam Ahmad telah sampai ke suatu kota yang beliau belum pernah sampai sebelum ni..

Waktu Imam Ahmad sampai tu, cuaca dah malam so Imam Ahmad plan nak tumpang bermalam di masjid.. Nak beriktikaf sampai subuh..

Tetapi, penjaga Masjid tu tak benarkan.. Dia halau Imam Ahmad supaya jangan tidur dalam Masjid..

Waktu zaman dulu-dulu, orang pada zaman tu memang tak kenal ulamak-ulamak macam sekarang.. Dulu mana lah ada facebook youtube segala kan  😆

Mereka hanya kenal ilmu dan nama ulamak sahaja tanpa mengenali rupa parasnya..

Peristiwa Imam Ahmad dihalau oleh penjaga masjid tu dilihat oleh seorang pembuat roti..

Pembuat roti tu rasa kasihan pada Imam Ahmad lalu dia panggil Imam Ahmad untuk bermalam dekat rumah dia..

Dan malam tu, mereka berborak dan bersembang tanpa Imam Ahmad mengenalkan siapakah dirinya yang sebenar.. Boleh jadi Imam Ahmad tak kenalkan diri sebab tidak ditanya kan..

Then sampai masa, Imam Ahmad pun nak masuk tidur dah..

Sementara Imam Ahmad nak tidur tu, si tukang pembuat roti ni pun dok siapkan kerja, siapkan adunan roti untuk dijual pada esok hari..

Dan sepanjang masa dia buat kerja tu, Imam Ahmad dengar dia sentiasa BERISTIGHFAR..

Keesokan harinya, Imam Ahmad sengaja tanya kepada si pembuat roti tu..

"Aku dengar semalam kamu sentiasa beristighfar sepanjang masa.. Boleh kah kamu kongsikan antara kebaikan yang sudah kamu peroleh hasil daripada amalan itu?"

Dan si pembuat roti pun berkata..

"Selama mana aku melazimi Istighfar ini, tidak pernah sekali pun hajat yang saya mohon kepada Allah tidak Allah tunaikan.. Setiap doa saya Allah makbulkan.. Cuma, hanya satu sahaja doa saya yang belum Allah makbulkan"

Imam Ahmad lantas bertanya, "Apakah doa yang belum dimakbulkan itu?"

Lalu si tukang roti berkata..

"IAITU, DOA AGAR DAPAT BERTEMU DENGAN IMAM AHMAD BIN HAMBAL"

Maka berkatalah Imam Ahmad, "Wahai tuan, saya lah Ahmad bin Hambal. Demi Allah, Allah lah yang mengaturkan saya sehingga dapat bertemu dengan tuan"

ALLAHUAKBAR..

Waktu baca sampai part last ni, tak mampu nak tahan air mata dah..

Tak mampu nak berkata apa-apa..

SPEECHLESS.

10 Kelebihan Istighfar

1. Dicintai Allah

2. Dosa-dosa diampuni

3. Selamat daripada azab api neraka

4. Mendapat balasan syurga

5. Mengecewakan syaitan dan membuat syaitan berputus asa

6. Melancarkan rezeki

7. Membersihkan hati

8. Terhindar dari menjadi orang yang zalim

9. Bertambah kesejahteraannya

10. Melapangkan kesempitan

SUMBER: FB Nana Macarona , kintansalleh dan hijabista

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...