Silera chia seed pilihan tepat

** 10 FAKTA CHIA SEED, YANG KE-3 & 5  PALING MENARIK**
.
Tahukah anda mengapa Chia Seed digelar superfood? Ia tak tak lain tak bukan kerana biji-biji kecil ini mempunyai pelbagai kebaikan kepada orang yang mengamalkannya.

1. Menambah tenaga
Kandungan protein dan pelbagai nutrien lengkap membolehkan Chia Seed disebut sebagai energy drink.
Rendam Chia Seed 1 sudu besar ke dalam 1000ml air biasa dan biarkan selama 15 minit dan nikmati dari pagi sehingga tengah hari contohnya cukup untuk membekalkan tenaga sepanjang hari.
Bayangkan minuman dingin yang mempunyai chia seed. Bukan sahaja melegakan tekak namun penuh khasiat. Sehari satu sudu besar sudah mencukupi untuk suply tenaga yang diperlukan seharian.
.
.
2. Sesuai untuk pesakit kencing manis.
Kajian menunjukkan Chia Seed sesuai diambil oleh sesiapa sahaja termasuk pesakit kencingmanis. Chia Seed mengurangkan rintangan insulin. Kombinasi unik serat larut air dan serat tak larut air melambatkan proses penguraian karbohidrat di dalam gula seterusnya menstabilkan kandungan gula dalam darah.
.
.
3. KAYA KALSIUM
Menurut kajian Chia Seed mengandungi kalsium yang 5 kali lebih tinggi berbanding produk tenusu. Bukan sahaja kalsium, Chia Seed kaya dengan phosphorus, mangan dan protein yang penting untuk kekuatan tulang, gigi dan akar rambut.

Adakah anda menghadapi masalah rambut gugur ?Cuba amalkan minuman chia seed selama 2 minggu dan lihat kesannya.

Ayah dan ibu kita di kampung tak gemar minum susu. Maka chia Seed adalah pengganti yang paling sesuai untuk melindungi mereka daripada kerapuhan tulang.
.
.
4. Membantu menurunkan kolesterol.
Chia Seed kaya dengan fatty acid omega 3 dan 6, serat dan protein. Kombinasi ini membantu menurunkan kolestrol tidak baik (LDL) dan meningkatkan HDL.
.
.
5. Menolong Mengurangkan Berat Badan
Chia seed yang sememangnya kaya dengan serat (fiber) yang mengenyangkan. Disamping ia membantu melancarkan sistem penghadaman. Ia membantu menyingkirkan toxin dalam badan
.
.
6. Kaya Protein
Chia Seed juga mengandungi protein yang tinggi. Oleh kerana kandungan protein yang tinggi maka chia seed bagus untuk mereka yang sedang menjalani program diet tertentu.
.
.
7. Kaya antioksida
Antioksida membaiki sel yang rosak dalam badan, melindungi sel-sel itu dari binasa, melambatkan proses penuaan dan seterusnya membantu mengurangkan risiko kanser.
.
.
8. Baik untuk ibu mengandung dan menyusu.
Chia Seed kaya dengan protein yang mampu menjana tenaga untuk keperluan ibu dan bakal ibu.
.
.
9. Chia seed boleh di ambil oleh kanak-kanan dengan separuh dos berbanding dewasa. Ia membantu perkembangan minda anak-anak.
.
.
10. Rasa Chia Seed
Chia Seed tidak mempunyai rasa. Ianya plain sahaja. Maka ia sesuai diminum bersama air putih atau lain2 menu.
.
.
CARA MAKAN.
Minuman dengan Chia Seeds sangat mudah disediakan. Paling mudah rendam sahaja di dalam air putih selama 15minit. Sesuai dicampur bersama infuse water. Sesuai di tabur di dalam salad, roti, sayur ataupun di buat puding.

Krim serbaguna shaklee

KEGUNAAN KRIM HERBAL BLEND
.
1. Gigitan nyamuk atau serangga
2. Luka kecil
3. Terkena minyak panas
4. Terkena air panas
5. Gatal-gatal
6. Alergik
7. Eczema
8. Kulit kasar dan bersisik
9. Psoriasis
10. Tumit merekah
11. Siku, lutut, buku lali, tumit kasar
12. Ruam lampin
13. Ruam panas
14. Ruam susu
15. Parut lama
16. Parut campak
17. Parut chickenpox
18. Melegakan dan memberi keselesaan semasa demam
19. Losyen harianm
20. Kulit melecet
21. Kulit kering akibat penghawa dingin
.
💟Bebas paraben
💟Tiada bahan-bahan kimia berbahaya.
💟Lembut
💟Tidak meninggalkan kesan minyak pada kulit dan cepat menyerap.
💟Tahan berbulan2 
.
Bersumberkan ekstrak tumbuhan seperti Horse Chestnut, Sage, Equisetum hyemale, Coltsfoot, Rosemary, Nettle, Matricaria, Melissa officinalis dan Jagung.
.

Solat sunat taubat

Solat Sunat Taubat

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah (bertaubat).
.
Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:
“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.”  (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)
.
Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.
.

Fadhilat Taubat:

.
1. Diampunkan Allah SWT.
2. Dimudahkan segala urusan.
3. Menceriakan kehidupan seharian.
4. Menghilangkan perasaan yang menekan.
5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.
.
.

CARA SOLAT TAUBAT

.

1.  Niat Solat Sunat Taubat:

.

2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

.
Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas
.
.

3.  Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:

“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).
.
.

4.  Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :

.
a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.”
Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.
.
b.  Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta ‘Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-‘an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.”
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
.
c.  Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak3 Kali :
“AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi  Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa ‘ab-du-ka wa-a-naa ‘a-laa ‘ah-di-ka wa-wa’-di-ka mas-ta-th0′-tu, a-‘uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na’-tu, a-buu u-la-ka bi-ni’-ma-ti-ka ‘a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.”
Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.
.
.

5.  Baca Doa Taubat

.
Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!
Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).
Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.
Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.
Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku. 
Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!
.
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه


Suami puji cantik

"SUAMI KATA KULIT MUKA DAH OK DAH.CANTIK!"

Blink blink mata bila suami puji..yeah! Dulu kulit sis ni Ya Allah sensitif betul tak boleh salah pakai skincare. Muka mudah naik jerawat huduh! Malu kat suami nak jumpa orang. Kena tepek mekap tetebal cover jerawat tuh.

Tapi tu kisah dululah 2 tahun lalu. Mujur ada penyelesaian selepas konsisten amalkan Vitamin C shaklee bagus betul bagi kecut jerawat dan dalaman sekali.

Selain tu guna pencuci muka Nutriwhite yang best rasa segar je bila cuci muka ni semua kotoran tu hilang. Dengan buih mewah padahal guna sikit aje. Jimat banyak gak lah guna pencuci ni berbulan-bulan.

Bagi yang ada masalah jerawat macam sis  ni Vitamin C sesuai sangat amal konsisten ye. Confirm tak menyesal. Dan luaran boleh guna skincare Nutriwhite.

If nak consultation masalah kulit boleh je roger sis ye.

013 2070383

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...