Ajaib racun serangga ku

#smartkeyler racun serangga ajaib pilihan ummi...selamat dan berkesan..

Jom2 kenal2 skit.... org xkenal sbb tu dia xcinta 😂

Bila tang tanya harga dah down...ohhhh katanya... hihi xpe2... sbb ummi mula2 gitu juga..rasa berat nk keluarkan rm30 syg kan.. ✌

Tp sebab masalah xselesai2 guna racun serangga di pasaran yg harga belas2 ringgit tu...tgk feedback boleh tahan... gigih cari duit selit bayo rm30..

Hambik...skali guna... dah kagum dengan hasilnya..

Ummi ni salur pernafasan sgtla sensitif..maklumla dulu2 kecik2 ada asma..alhamdulillah skrg mmg xde dah... xboleh nk bau2 ridsect ke baygon ke.. mau ttup hidung 4 5 jam..tahan nafas... even kalo makan kt luar sgtla rimasnye kalo bau asap rokok kan... sepanjang makan la ummi ttp hidung.. haa gitu..😷😷

Jadinya..xgemar bau2 racun serangga bagai...bila guna smartkeyler ni..wallaweiii..bau wangiiiii serai wangi.. nyaman je bau.. skali sembur tu berminggu2 dah semut lipas xjejak.. bau hapak kabinet dapur pun xde..dulu bau dengan hancing lipas dan telur je dah boleh berbakul2..haha.

Skrg ni...masalah selesai...😉

Tu baru sikit tu cite dia... kalo guna sndiri,taulah macam2 lg betapa "ajaib" nya smart keyler ni..

Nk tau..kne cuba... tak rugi labur rm30... jika xberkesan.. dan baki masih ada separuh botol.. hq janji WANG ANDA DIKEMBALIKAN!

tp setahun lebih ummi jual...xpenah plak minta duit..minta nk beli lagi ada la 😍😍

Nk cuba? Meh roger2 013 207 0383

Vitamin C Shaklee

"KENA PAKSA MAKAN VITAMIN C OLEH KAKAK! LELAKI PUN BOLEH CERAH KULIT"
.
.
Bila kakak paksa adik laki makan vitamin C dah rentung rupa negro katanya!haha... 2 bulan konsisten akhirnya....
.
.
Vitamin C Shaklee
.
Nak tahu tak kenapa Vita C boleh memutihkan, mencerahkan kulit?
.
>>Vitamin C adalah natural collagen booster<<
.
Pengambilan Vitamin C setiap hari membantu kulit :.
√ Lebih Cerah
√ Melambatkan Penuaan
√ Menyekat Pembentukan Pigmen (Pigmen punca utaman pembentukan jeragat)
.
TUNGGU!
Setiap tablet mengandungi 120mg BIOFLAVONOID ( 25% dari bioflavinoid diekstrak dari kulit buah ).
.
Apa fungsi BIOFLAVONOID?
~ Ia mampu meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh kita.
~Melegakan Infamasi.
~ Menentang Infeksi bakteria dan radikal bebas.
.
Sebelum ni saya dah pernah supplement lain , namun saya PILIH vitamin C Shaklee. .
TERBAIK , BERKUALITI DAN JIMAT!
.
Sebotol 180biji RM92.50 tahan 3 bulan utk kecantikan kulit dan kesihatan.. .
.

Nak bodek2 lebih lanjut kene pm kiterr
📞013 207 0383

Vitamin awet muda

Haaa.. tau tak..kalau nak sentiasa nampak muda kena pastikan badan cukup dgn vitamin c..hehehe
.
Pengambilan VITAMIN C setiap hari akan membantu anda mendapatkan kulit yg lebih cerah,melambatkan penuaan,dan menyekat pembentukkan pigmentasi..
.
Pigmen adalah penyebab utama terjadinye JERAGAT tau...

Hubungi segera untuk milikinya
013 207 0383

ESP SHAKLEE UNIK

Dah pernah consume Esp Shaklee tak??
Nak tau sejarah Esp bila dihasilkan??

KEUNIKAN ESP SHAKLEE DIHASILKAN PADA TAHUN 1961
.
.
Shaklee telah menghasilkan minuman yang bersumberkan protin soya sejak 1961 lagi dan yang pertama di dunia. Kajian & penambahbaikan ke atas ESP dibuat dari semasa ke semasa.
.
INFO
.
✔Diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat meluas & komprehensif.
Merupakan protin berkualiti tinggi yang pernah di hasilkan
.
✔Diperbuat daripada “non-GMO” – (non-Genetically Modified Organism) yang mana ianya diproses pada kadar suhu yang rendah
.
✔Setiap 850g (Satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya
.
✔Mampu memberi sumber tenaga segera & boleh bertahan lama
.
✔Menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia
.
✔Diperkaya dengan 5 sumber VITAMIN & 4 sumber MINERAL
.
✔Sesuai untuk semua peringkat umur
.
✔Kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39 menjadikan ianya sangat sesuai kepada penghidap kencing manis
.
✔Satu hidangan ESP shaklee bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu
.
✔Rendah lemak, Tiada Kolestrol, Tiada Asid Uric & Sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.
.
Bulan September ni tgh Promo BUY 2 DISKAUN 5% DAN BUY 6 FREE 1...

Berminat terus pm kiter ye
013 207 0383

Promo ESP kembali!

Assalamualaikum
PROMOTION !!! Grab while stock masih ada!  sangat HOT DEMAND . So siapa2 yang tak nak rugi GRAB LAH BULAN NI . you can get 5% DISCOUNT FOR 2 BOTOL . Beli 6 dapat 7 !
.

Yang ada masalah KULIT BERMINYAK, BERPARUT, JERAWAT DEGIL atau PORI  TERBUKA? Jangan risau, inshaaAllah akak boleh bantu 😊 mcm akak kita sorang nih, alhamdulillah berpuas hati dengan Shaklee ❤ Shaklee bukan sahaja selamat, malah NATURAL dan BOLEH TAHAN LAMA.  Fyi, akak bagi exclusive consultation pada customer akak shj dan Akak akan fully guide sehingga dapat kesan yg diidamkan. ☝️
Apa kelebihan ESP?
- kulit jadi lebih anjal dan gebu
- banyakkan susu ibu. susu akan jadi lebih berkrim dan anak mudah kenyang
- pudarkan parut
- mengawal pertumbuhan jerawat
- menguatkan akar rambut dan mengurangkan keguguran rambut
- mempertingkatkan fungsi hormon wanita
- kulit jadi lebih tegang dan sihat
- menghalang penyakit batu karang
- kekalkan tenaga utk jangka masa panjang. Sentiasa kenyang wpun buat kerja berat
- sesuai utk mereka yg ingin turunkan berat badan
- elakkan kencing manis
- kuatkan ingatan memori
- sembuhkan luka
- melindungi dan menjaga rahim
- menghalang sel kanser dari merosakkan arteri
- mengurangkan risiko kanser payudara
- menyokong sistem imunisasi badan
- mengandungi protein yang lengkap .

Aqiqah

Aqiqah Sunat Muakad Untuk di Laksanakan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh  Allah SWT. sebagaimana penjelasan Rasulullah SAW. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu  terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Hukum Aqiqah

Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.

Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah SAW. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Tirmizi).

Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah SAW  menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Hadis Riwayat Abu Dawud)

Daging Aqiqah

Daging aqiqah digalakkan supaya tidak disedekahkan dalam keadaan mentah, bahkan disunatkan supaya dimasak terlebih dahulu dengan sedikit rasa manis walaupun aqiqah itu aqiqah nazar. Kemudian daging yang telah dimasak itu diberi makan kepada fakir miskin, sama ada dengan dihantar masakan itu ke rumah-rumah mereka atau dijemput mereka itu hadir makan di rumah tempat beraqiqah. Namun yang lebih afdal adalah dihantar masakan tersebut ke rumah-rumah orang fakir miskin.

Sementara itu, sunat bagi orang yang beraqiqah memakan sebahagian kecil daripada daging binatang yang diaqiqahkan, selagi mana aqiqahnya itu bukan aqiqah wajib (aqiqah nazar) atau aqiqah kerana wasiat.Dalam hal memakan, menyedekah dan menghadiahkan daging aqiqah tersebut sama keadaannya dengan korban.

Semasa memotong daging disunatkan supaya jangan dipecah-pecahkan tulang binatang aqiqah itu, bahkan disunatkan supaya mengasingkan tulang-tulang itu mengikut sendi-sendinya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya:

Maksudnya: "Afdal bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing. Dipotong anggota-anggota (binatang) dan jangan dipecah-pecah tulangnya." (Hadis riwayat al-Hakim)

Waktu Aqiqah

Aqiqah itu sunat dilakukan sebaik sahaja anak dilahirkan dan berterusan sehinggalah anak itu baligh. Ini adalah pendapat yang paling rajih. Apabila anak itu sudah baligh, gugurlah hukum sunat itu daripada walinya dan ketika itu hukum sunat berpindah ke atas anak itu sendiri dalam melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri.

Walaupun waktu yang disunatkan untuk beraqiqah itu panjang, tetapi yang afdhal hendaklah dilakukan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya maksudnya :

"Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengaqiqahkan Hasan dan Husain pada hari ketujuh, memberikan kedua-duanya nama dan Baginda menyuruh supaya menghilangkan daripada keduanya kesakitan kepala (mencukur rambut kepala)."
(Hadis riwayat al-Hakim)

Termasuk dalam kiraan tujuh hari itu, hari anak itu dilahirkan. Jika anak itu dilahirkan pada waktu siang sebelum terbenam matahari, maka hari itu dikira satu hari. Sebaliknya jika dia dilahirkan pada waktu malam, maka malam dia dilahirkan itu tidak dikira sebagai satu hari, bahkan kiraan tujuh hari itu bermula daripada hari selepasnya (siang berikutnya).Waktu yang afdhal untuk menyembelih binatang aqiqah itu ialah setelah terbit matahari.

Melakukan Aqiqah Sebelum Kelahiran

Sebagaimana penjelasan di atas, jika penyembelihan aqiqah itu dilakukan selepas hari ketujuh ataupun sebelum hari ketujuh selepas kelahiran adalah memadai aqiqah tersebut. Ini kerana adanya sebab yang mensyariatkan ibadat aqiqah tersebut iaitu kelahiran anak. Akan tetapi jika aqiqah itu dilakukan sebelum kelahiran anak, maka tidak memadai aqiqahnya itu melainkan ianya hanya dikira sebagai binatang sembelihan biasa sahaja.

Syarat Sah Aqiqah

Syarat sah aqiqah ialah:

Berniat aqiqah ketika menyembelih. Binatang ternakan berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta. Memenuhi syarat-syarat sembelihan. Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut Disembelih pada waktunya iaitu hari ketujuh selepas kelahiran @ bila-bila masa sebelum anak tersebut baligh.

Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur. Binatang yang sudah cukup umur untuk dijadikan Qurban adalah seperti berikut:

Umur Biri-biri/ 1 tahun atau lebih

Kambing 2 tahun atau lebih

Lembu/kerbau 2 tahun atau lebih

Unta 5 tahun atau lebih

Sunat-sunat Aqiqah ialah:

1. Dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran .

2. Menyembelih ketika matahari sedang naik (pagi) .

3. Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan

4. Memberi nama yang baik kepada bayi

5. Berdoa ketika hendak menyembelih

6. Daging dimasak manis. Tidak mematahkan sendi tulang binatang tersebut ketika dimasak.

7. Daging aqiqah disunatkan buat jamuan atau kenduri

Sahabat ayng dimuliakan,

Terdapat beberapa hikmah aqiqah :

1. Tanda kesyukuran diberikan kekuatan oleh Allah SWT. untuk menjalankan syariat Islam dan dianugerahkan anak dan

2. Menggalakkan amalan sedekah.

3. Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberi syafaat kepada orang tua mereka

4. Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah.

5. Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat.

6. Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.

7. Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan yang baik membiasakan berkorban bagi orang tua .

Semoga kita dapat melaksanakan aqiqah untuk melaksanakan sunah Rasulallah SAW terhadap anak-anak kita yang baru dilahirkan.

Meninggalkan *sembahyang*
- Ular Saqar sedang menunggu

Melewat-lewatkan *sembahyang*
- Neraka Wail sedang menganga

Meringankan *syariat*
- Mendapat pandangan murka Al-jabbar

*Mengumpat* peribadi orang
- Gunting neraka sedang diasah

Menyebarkan *gosip* atau *fitnah*
- Duri menanti anda di taman neraka

Tidak menjaga *ikhtilat*/pergaulan
- Libasan api neraka dijanjikan

Tidak berakhlak dengan manusia
- Kemurkaan Allah bersamamu

*Menyakiti hati* sesiapa dengan lisan
- Masuklah mana-mana pintu neraka

Tidak menjaga *amanah* yang dipikul
- Angkatlah seberkas kayu dari neraka

*Bersangka buruk*
- Amalan baik diambil orang

Wanita yang memperlihat *rambut* kepada bukan mahramnya
- Akan digantung rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya, berterusan.

Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya *kelihatan seksi*
- Akan di gantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya.

*Betis* dan paha yang terselak-selak
- Sedia untuk dipanggang, pedihnya tidak terkira.

Kamu,
Mana pilihan kamu?
Na'uzubillah min zalik.

- Kita tidak sedar apa yang kita lakukan hari-hari.. Sebab itu, buatlah solat taubat sekali sehari.

Ingatan bersama 😞

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...