resepi puding tauhu laici mabeless

Assalamualaikum semuaa... hurmmm akhir2 ni malam2 baru sempat bersiaran.. maklumlah macam2 hal dengan 3 hero ni.. siang2 mmg xdan nak capai henpon...kalo dan pun mmg xdan nak menaip... haa tula kisahnya..

Ni pun.. sambil2 baring susukan si ammar.. so meh kita menghapdate apa yg patut.. malam ni xnak cite pasal shaklee kot.. sian korang kot2 jemu..hiii..

Malam ni nak bagi satu resepi..naik Terliur dahn nengok geng2 duk hapdate depa buat puding tauhu laici...mabeles katanya.. so, saya dah pun standby bahan2 dia..harap2 eson ada kesempatan nak layannn la kat dapur.. since sy bru habis pantang belum sampai 60 hari... opkos sy belum mula makan yg sejuk2 pun...so, saya layan panas2 jela.. pun ok what?
Hiii

Kawan2 saya ada bg resepi macam2 ada...ang penting semua sedap.. tapi oleh kerana saya xberapa rajin nak taip2 panjang. .... saya google la...ang bertuahnya.. rupanya banyak resepi ni kat talian... repesi nya lebih kurang sama jer ngn yang kawan2 sy bg tuuu..so, meh sy tepek sini duli.. esok sennagla saya nak refer.. kan?? U ols pun boleh torai ok.

Jommm kita Layannnn


PUDING TAUHU LYCHEE




1/2 paket agar2 strip (direndam ,pastu toskan) *lebih kurang 18 gram
1 1/2 liter air
1 cawan santan pekat
1 tin kecil susu pekat manis
1 tin susu cair
4 sudu besar gula
2 helai daun pandan - disimpulkan

Untuk Kuahnya

1 tin laici - laici tu di siat2kan (boleh juga guna fruit koktel)
2 tin air (gunakan tin laici sbg sukatan)
8 sudu besar gula ( bg penggemar manis bolehlah lebihkan ikut citarasa sendiri ya)
3 sudu besar perasa laici (spt brand tamin) - yg ni optional, tak letak pun tak apa, cuma nak lebihkan rasa laici jer kuah dia

Mula2 buat kuah dia supaya cepat sejuk. Bila dah sejuk skit boleh lah letak dalam peti ais. Masukkan kesemua bahan utk membuat kuah kedalam periuk (kecuali laici atau fruit koktel) dan masaklah hingga mendidih. Rasakan sendiri manis dia mengikut citarasa anda ya..

Untuk Pudingnya

Masakkan agar2 dengan air hingga mendidih dan larut agar2 tadi. Masukkan sekali gula dan daun pandan.
Satukan santan dan kedua2 susu dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati.

Masukkan adunan susu kedalam periuk berisi agar2 dan masaklah hingga mendidih, jgn lupa mengacaunya ya.. Bila dah mendidih terus padamkan api dan jgn biarkan mendidih lama takut nanti pecah minyak.
Biarkan hingga suam2 kuku dan hendaklah ditapis sebelum dicurahkan ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2. Jgn sekali2 tuang kedalam loyang ketika masih panas kerana nanti akan terbentuk lapisan yg tak cantik (dan tak sedap nak makan)kat atasnya.

Bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. Bila nak menghidangnya, cedukkan dgn senduk ke dalam bekas(spt taufo fah) dan letakkan laici dan kuah ke atasnya.
Boleh juga kalau nak letak dlm bekas kecik dan hidangkan bersama laici atau fruit koktel.


Sumber pic: ehsan google... terima kasih pada yang empunya..moga bertambah rezeki insyaAllah

Haaa...amacam korang..tgk gambar pun dh kecur liur kan... haihhh mintak2 esok anak2 sume ok bolehla ummi bersilat piding ni esok.. insyaAllah

Ok lah u ols... setakat ni dulu..esok2 saya shating kisah2 lain pula ya...

Selamat malam...




Jika anda berminat untuk mendapatkan PRODUK SHAKLEE

ATAU

 NAK TAHU lebih lanjut??

 JOM PM sy!! Harga ISTIMEWA menanti..

 Add fb personal sy >>>>http://www.facebook.com/CtZubaidahAbdulla?ref=tn_tnmn

 Feel free to visit my blog>>>http://ummiadamahnaf89.blogspot.com/

 HUBUNGI :

• SITI ZUBAIDAH ABDULLAH
• Shaklee ID 868415
• fb: Ct Zubaidah Abdullah
• ct_zet89@yahoo.com
 • 013-2070383 (whatsApp/sms/call)
Free consultation for every purchase

 COD area SELAYANG,GOMBAK, GREENWOOD dan KEPONG serta kawasan sekitarnya.. Perkhidmatan

POS LAJU juga disediakan untuk penghantaran ke seluruh MALAYSIA

No comments:

Post a Comment

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...