Biodata rasulullah SAW

*BIODATA RASULULLAH S.A.W*

🖌 *Nama* : _Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim_.

🖌 *Tarikh lahir :* _Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal_ bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah)

🖌 *Tempat lahir* : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
🖌 *Nama bapa* : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
🖌 *Nama ibu* : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
🖌 *Pengasuh pertama* : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
🖌 *Ibu susu pertama* : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
🖌 *Ibu susu kedua* : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

*USIA 5 TAHUN*

💓 _Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat_
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

*USIA 6 TAHUN*

💓 _Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia_ di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madina, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

*USIA 8 TAHUN*

💓 _Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia_.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

*USIA 9 TAHUN* (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

💓Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.

💓Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

*USIA 20 TAHUN*

💓Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

💓Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

*USIA 25 TAHUN*

💓Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.

💓Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

💓Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

💓Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

*USIA 35 TAHUN*

💓Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.

💓Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.

💓Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

*USIA 40 TAHUN*

💓Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

*USIA 53 TAHUN*

💓Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.

💓Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

*USIA 63 TAHUN*

💓Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

*ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW*

💚 Khadijah Binti Khuwailid.
💚Saudah Binti Zam'ah.
💚Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
💚Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
💚Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
💚Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
💚Zainab Binti Jahsy.
💚 Maimunah Binti Harith.
💚 Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
💚 Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

*ANAK-ANAK RASULULLAH SAW*

1.💜 Qasim
2.💜Abdullah
3.💜 Ibrahim
4. 💜Zainab
5.💜 Ruqaiyah
6.💜Ummi Kalthum
7.💜Fatimah Al-Zahra '

*ANAK TIRI RASULULLAH SAW*

💙Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).

*SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW*

*_IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN_*
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

*_SAUDARA SUSUAN_*
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

*BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW*
( _ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB_)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

*Sabda Rasulullah SAW:*
_"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku_.  _Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam_
_syurga"_ (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

*KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH*

💓Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.

_Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:_

💞 Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..

💞Aku melihat cahaya dari lidahnya.

💞 Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.

💞 Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

💞Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

💞 Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

💞 Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.

💞 Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

💞 Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

💞 Wajahnya seperti bulan purnama.

💞 Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.

💞Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.

💞 Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.

💞 Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.

💞Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.

💞Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

💞 Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

💞Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

💞Janggutnya penuh dan tebal menawan.

💞Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.

💞 Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.

💞Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

💞Rambutnya sedikit ikal.

💞 Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.

💞 Rambutnya terbelah di tengah.

💞Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.

💞Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.

💞Seimbang antara kedua bahunya.

💞Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.

💞Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

💞Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.

💞 Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

💞Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

💞Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.

💞Warna putihnya lebih banyak.

💞Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

💞Warna kulitnya putih tapi sihat.

💞Kulitnya putih lagi bercahaya.

💞 Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.

💞 Badannya tidak gemuk.

💞Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.

💞 Perutnya tidak buncit.

💞 Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

*KESIMPULANNYA* :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.

Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

Sayang anak kerana Allah

*Mencium Anak, Sunnah Nabi SAW*

“Perbanyaklah kamu mencium anak cucumu karena imbalan dari setiap ciuman adalah surga.” (HR. Bukhari)"
     
*4 Anggota Tubuh Anak Yang Perlu Dicium Orangtua Setiap Hari*

Mari lahirkan rasa kasih dalam diri anak-anak melalui sifat orang tua yang penyayang.

Berikut ini adalah saran kami sebagai psikolog Islam yang sebaiknya diamalkan setiap hari terhadap anak-anak.

*CIUMAN KASIH SAYANG*

1. *Di ubun-ubun*,
menunjukkan kebanggaan orangtua terhadap anak sambil didoakan agar menjadi anak soleh/sholehah, aamiin.

2. *Di dahi*,
menandakan orangtua redha atas keberadaan anak.
Rasulullah s.a.w mencium Fatimah radiallahu anha di dahinya.

3. Di *kedua pipi*
sambil mengucap masya Allah, sebagai tanda _syauq_ (perasaan sayang dan rindu) orangtua terhadap anak.

4. *Di tangan anak*,
tanda _mawaddah wa hubb_ (kasih sayang) sambil mengucap _barakallah_, sebagaimana Rasulullah s.a.w juga selalu mencium tangan putri tercinta : Fatimah r.a.

*SENTUHAN SAYANG*

1. *Menggosok belakang kepala anak*, sebagai tanda kasih sayang dan perlindungan.

2. *Menggosok atas kepala atau ubun-ubun*, menunjukkan kebanggaan orangtua terhadap anak.

3. *Mengusap dahi*, sebagai tanda _syauq_ (perasaan sayang dan rindu) terhadap anak.

4. *Kedua pipi*, juga tanda _mawaddah wa hubb_ (kasih sayang)

5. *Memegang kedua tangan*, untuk menenangkan anak ketika perasaannya tampak kacau atau bingung.

*Perhatian* :
Usaplah dada anak sambil istighfar saat ia menunjukkan kecenderungan berbuat salah atau sedang marah, untuk menenangkannya.

Lakukan tindakan mawaddah warohmah ini diiringi kalimat2 thoyyibah.

*SUDAH KAH KITA CIUM ANANDA HARI INI?*

#insyALLAH niat amal dan sampaikan 😍😘😚

Sunnah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Disini saya kongsikan sunnah-sunnah mudah. Walaupun mudah tapi tak ramai yang mengamalkannya.
#Amalkan

Simple Sunnah #1
1.Masuk tandas kaki kiri dan keluar kaki kanan
2.Tutup Kepala bila masuk tandas.

Simple sunnah #2
1.Kibaskan Tempat tidur
2.Permulaan tidur mengiring sebelah kanan.
3.Kepala menghadap kiblat.
4.Baca doa tidur

Simple sunnah #3
1.Minum dengan tangan kanan.
2.Minum duduk
3.Minum niat kerana Allah dan baca Bismillah.

Simple sunnah #4
1. Datang awal ke masjid
2. Berjalan kaki ke masjid.
3. Berwuduk dari Rumah.
4. Baca doa masuk dan keluar masjid.

Simple sunnah #5
1. Masuk tandas pakai alas kaki.
2. Buang air kecil dan besar dalam keadaan duduk/mencangkung
3. Masuk tandas jgn lama2.
4. Jangan makan n minum dalam Tandas

Simple sunnah #6
1.Bangun tidur baca doa bangun tidur atau ucap syukur.
2.Kemas tempat tidur.
3.Bersihkan diri.

Simple sunnah #7
1. Masuk masjid kaki kanan keluar kaki kiri.
2. Jika ada sampah dalam masjid kutip dan buang.. 1 sampah 1 bidadari di syurga kelak.
3. Bila masuk masjid niat iktikaf, semua perkara yg di buat dalam masjid akan dikira sebagai ibadah

Simple Sunnah #8
1.Baca Bismillah sebelum memakai baju atau doa ringkas ni "Ya Allah, aku memohon dari engkau kebaikan dari berpakaian ini".
2. Bila memakai pakaian mulakan dengan sebelah kanan.
3. Jangan memakai pakaian untuk tujuan riak.
4. Memakai pakaian yang menunjukkan simbolik seorang muslim.

Simple Sunnah #9
1. Sebelum tidur ambil wuduk.
2. Maafkan semua kesalahan org lain dan halalkan hutang piutang.
3. Jika mimpi baik bangun doa supaya dipercepatkan.
4. Jika mimpi buruk bangun buat isyarat ludah kekiri dan doa dijauhkan.

Simple Sunnah #10
1. Pakai selipar kaki kanan dahulu.
2. Beri salam 3 kali bila bertamu ke rumah sahabat2.
3. Bila marah dalam keadaan berdiri hendaklah duduk, bila marah dalam keadaan duduk hendaklah berbaring hingga marah tu hilang.
4. Bila marah ambil wuduk.

Simple sunnah #11
1. Tutup aurat ketika memasak.
2. Adun atau kacau makanan dari kanan ke kiri.
3. Jangan buka keseluruhan penutup periuk atau bekas minuman ketika ambil nasi atau air.
4. Ketika sedang memasak perbanyakkan zikir dan menyebut kebesaran Allah.(baik untuk ibu yg ingin membentuk anak2)

*Simple sunnah#12*
1.Basuh tangan sebelum makan.
2.Makan buah dahulu baru makan nasi.
3.Makan secara berjemaah, makan dengan family lagi ramai lg berkat rezeki tu.
4.Makan makanan yg ada dihadapan jangan capai yg jauh2.

Simple sunnah #13
1. Memotong kuku pada hari jumaat.
2. Memperbanyakkan Doa antara Imam Berkhutbah Hingga Asar.
3. Mandi sunat Jumaat.
4. Memakai pakaian terbaik untuk Sembahyang Jumaat.
5. Memakai wangi wangian.

Simple sunnah #14
1. Makanan sunnah susu, madu, barli dan kurma.
2. Makan bermula dari tepi kemudian tengah.
3. Hisap jari selepas makan (Sunnah 3 Jari)
4. Selepas makan terus basuh pinggan.
5. Puasa isnin dan Khamis.

Simple sunnah #15
1. Baca bismillah dan Alhamdulillah setiap kali sedutan air.
2. Jangan gunakan cawan yg sumpik/sumbing atau pecah.
3. Jangan tiup ke dalam air panas untuk sejukkannya.
4. Jangan minum dalam bekas yg besar seperti jug air dan botol yg besar.

Simple sunnah #16
*1. Semaikan rasa ingin berjuang di jalan Allah SWT*
*2. Berazam untuk terus beristiqamah mempertahankan Islam*
*3. Berusaha untuk mendaulatkan Islam di setiap peringkat*
*4. Jangan melangkaui arahan dan perintah Allah SWT serta sunnah Rasulullah SAW*

Semoga bermanfaat ......

#silashare

Buka current accounts cimb

Kisah  nak buka akaun bank syarikat ni memang penuh  dengan liku.

Dah hampir 2minggu tak siap  lagi berurusan. 

Diminta untuk datang isnin depan pula.  Katanya jumaat ini cuti.  Yaka cuti?

Bab nak cek ssm tu boleh diterima lagi lah.  Yang masuk bab kita nak BUKA AKAUN okeh.  Bukan kita nak buat pinjaman punnn.

Sekarang ni kita yang nak buka akaun.  Makna nya kita yang nak masukkan duit dalam akaun bank tersebut.

Prosedur sekarang memang perlukan referal.  Kita kena dapatkan cop dan sign dari individu lain yang memang ada akaun semasa dengan bank tersebut dan akaun itu mestilah aktif  Selama setahun lebih. Dan dia boleh menjadi orang yang memperkenalkan akaun semasa ni kepada kita.

Yang macam kelakar sikit,  kalau kita tiada referral tu,  staff bank boleh menjadi referral  kita dengan syarat kita buat simpanan rm300 setiap bulan selama 15 tahun.  Bank akan auto deduct setiap bulan dari akaun kita.

Bila ditanya wajib simpan ke ni?  Dijawab tak wajib tapi ini sebagai cagaran sebab saya nak jadi referral awak sedangkan saya tak kenal awak.  Macamana nak jadi referral.

Kelakar tak?  Dia tak kenal kita,  kita ni bukan nak minta duit dia. Malah sebaliknya kita yang nak bagi duit kat dia sebab nak simpan duit dalam akaun dia. 

Nampak sangatlah nak ambil kesempatan nya la haiii.  Cepat2  ku cakap.  Takpa saya ada referral  saya.  Cik tak perlu susah2.  Lagipun cik tak kenal saya dan saya tak kenal cik.  Huhuhu

Saya fahamlah itu kerja mereka.  Cara mereka mencari klien.  Supaya kita beli produk mereka.  Mereka dapat untung.  Bila fikir2 referal ni syarat  je nak bagi kita susah buka akaun pastu mereka tawarkan  menjadi  referal kita then  kita perlu ambik produk mereka.

Bisnes ini kejam kawan.  Akan ada yang mengambil kesempatan di atas kesempitan.

Walaupun kita ni nak buka akaun semasa tu sebagai langkah maju ke hadapan jer.  Bukan bermakna dah kaya sangat pun.  Tapi saya suka buat persediaan secara serius dengan bisnes ini.

Just buka satu akaun atas nama syarikat, then kita boleh proceed dengan catatan wang keluar masuk perniagaan dengan lebih details. 

Boleh juga asingkan gaji sendiri  dan kegunaan sendiri ke akaun peribadi.

Itu sahaja.  Tapi mungkin depa ingat kita ni berniaga  kaya raya berjaya.  Dalam akaun banyak kosong kosong.

Huhu apa- apa pun ini semua pengalaman yang tak ternilai.  Pengalaman bilis yang berusaha  nak jadi jerung.

Hurmmmmmm.

Khasiat bissmillah lima

Perkongsian dari seorang sahabat..
🌼🌼🌼🌺🌺🌸🌸🌸
*KHASIAT BISMILLAH LIMA ~*

بسم الله الرحمن الرحيم
1. Bismillahir Rahmanir Rahiim

بسم الله الشافي
2. Bismillahish Shaafii

بسم الله الكافي
3. Bismillahil Kaafii

بسم الله المعافي
4. Bismillahil Mu’aafii

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شىء في الارض ولا في السماء وهو السميع العليم
5. Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis samaa-e wa huwas samii’un ‘alim

*Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang*

*Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan*

*Dengan nama Allah Yang Mencukupkan*

*Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik*

*Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui*

*ANTARA FUNGSI BISMILLAH 5*

*Penawar bisa diri*

*Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang*

*Penawar bisa-bisa badan*

*Penawar bisa batu merian*

*Boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya*

*Cara menggunakan Bismillah 5*

1. Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, baca Bismillah 5 tujuh kali dan tiup di tempat yang sakit.

2. Kalau anak menangis di tengah malam, baca Bismillah 5 ini dan hembus pada ubun-ubun bayi.

3. Kalau anak demam, baca dan hembus pada air 19x, kemudian lap badan anak dengan air tersebut sekerap mungkin sambil berselawat.

*Kesan Sampingan*

Dengan mengamalkan Bismillah Lima akan menyebabkan segala jenis racun menjadi tawar serta tidak mendatangkan mudharat jika terminum. Gelas yang dipegang oleh pengamal Bismillah Lima akan pecah pecah dengan sendirinya jika kandungannya mengandungi racun.

*Jangan kedekut untuk sebarkan kepada kawan kawan mu serta Lawan dan orang yang anda kasihi..*

*۞ Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad Wa'Ala Ali Sayyidina Muhammad ۞*

Atasi masalah batuk selsema yang berpanjangan dengan Therapeutic_cream

Fresh je bau dia. Rasa dibuai2 gitu. Kalau ibu2 nak tau, Essential oil lavender ni sifat dia menenangkan dan nyaman je tau. Sebab tu kami pilih ia jadi antara bahan utama dalam menghasilkan Therapeutic ni.

Kalau sapu kat dada anak2 lepas mandi, best sangat!! At least boleh cegah dari batuk selsema kahak dan asthma mereka. Kalau dah ade batuk selsema, sapu dengan kerap di permukaan dada, belakang dada, hidung dan juga tapak kaki. 

Ibu2 pulak setiap kali rasa pening, ce calit sikit cream lavender ni, sapu kat kepala. Kompem lepas tu mesti rasa lega gitew.

Kalau berminat nak cuba therapeutic cream kami, bagitau okeh 😊

Keputusan UPSR

Seronok ibu2 ambik result  upsr anak2 semalam ye?

Teringat pula kenangan ambik keputusan upsr tahun 2000.

Pergi ambik result dekat dewan orang ramai bawah bukit je  sekolah nya atas bukit.  Tolak basikal sebab jalan kaki sama2 dengan mak. Duk heret la basikal sampai lah ke dewan tu  ada la dalam 15minit jalan kaki rasanya dari rumah.

Pegi ambik result  dengan mak je  mak bawak payung sebab hari memang panas. Ayah kerja rasanya haritu  kami dah biasa adik beradik memang tak hidup mewah macam orang lain.

Tak berapa ingat macamana proses kelamkabut ambik result haritu.  Cuma yang pasti mak sedikit kecewa sebab aku tak bawak balik semua A.  Sedih jugak sebab mak berharapan tinggi.

Masa tu aku hanya mampu bawak balik 4A je.  Dalam perjalanan balik makan bebelan jugak la.  Mak memang terkenal dengan suka membebel.  Huhu

Tahan telinga dahla hari panas. Tolak basikal pula tu.  Sampai ke rumah.  Itu jela yang aku ingat pun.

Masa tu abanglong masih lagi di mesir.  Mujur juga ada ustazah yang bantu uruskan permohonan ke sekolah agama. Itu pun memang harapan mak dan abanglong aku.

Alhamdulillah  berjaya juga masuk ke sekolah Agama durian guling.  Di marang terengganu.

Dari situ aku tahu,  seluruh keluarga,  mak ayah dan abang2 serta kakak memang  berharap nak tengok kejayaan aku.  Sebagai adik yang paling bongsu.

Dan jangan pernah kita lupa.  Asal usul dan kenangan lalu kita adik beradik membesar dengan pelbagai   kepayahan. 

Sebab itu,  kalau ada lebih sikit,  orang yang mula2 sekali   aku beri adalah mak.  Pastu kongsi rezeki sama2 dengan adik beradik.

Sebab itu aku kena kerja kuat.  Sebab aku sedar aku bukan anak orang kaya.  Kalau tak usaha,  memang takde sape dapat bantu kita.  Itu je.

Essential oil antara bahan yang termahal dunia

KRIM BABY KITA NI DIPERBUAT DARIPADA ANTARA BAHAN YANG TERMAHAL DI DUNIA.
=====================================

Bahan utama krim therapeutic  kita ni adalah ESSENTIAL OIL.

Essential Oil ni atau bahasa mudahnya dipanggil sebagai EO adalah minyak pati yang diperolehi daripada sesetengah bahagian pada tumbuhan yang sangat-sangat banyak manfaatnya.

.

Antara bahagian-bahagian pokok ini adalah seperti sap, batang pokok, kulit pokok, daun, bunga, akar dan lain-lain.
.

Contohnya, minyak pudina diekstrak daripada bahagian daun manakala cendana diekstrak daripada kulit atau batang pokoknya.

.
.
.
#therapeutic_lavandula
#therapeutic_cananga

Krim batuk selsema bayi

MAID AJAIB UNTUK IBU KINI DAH MUNCUL😊

Ibu ibu perasan tak, kebelakangan ni banyak produk yang berkaitan essential oil atau pati minyak tumbuh-tumbuhan.

Ia dikatakan boleh membantu menyelesaikan banyak masalah kesihatan termasuklah untuk anak2 yang selalu demam, batuk, selsema dan untuk anak2 yang kerap sakit perut.

Ada macam2 jenama minyak pati di luar sana dan dalam banyak- banyak jenama ni, Silera adalah salah satunya yang mengeluarkan product yang berasaskan pati minyak essential oil khas untuk bayi dan kanak2.

Silera Therapeutic lavandula cougflu cream dan Silera therapeutic cananga colic cream boleh bantu selesaikan masalah anak sakit perut dan batuk selsema kalau disapu secara konsisten pada anak2.


Apa yang istimewanya, ianya berbentuk cream, bukan dalam bentuk minyak.

Kenapa berbentuk cream? Sebabnya essential oil tidak boleh disapukan direct pada kulit anak, terutamanya bayi yang masih kecil. Ada dos yang sesuai untuk kulit anak serta bayi.

Dalam therapeutic cream kami, kami dah siap2kan dengan essential oil mengikut dos yang sesuai untuk bayi dan kanak- kanak.

Yang pastinya therapeutic kami takde mengandungi bahan kimia seperti paraben atau SLS yang boleh menyebabkan keradangan pada kulit bayi. Ianya selamat digunakan in shaa Allah.

#therapeutic_cananga
#therapeutic_lavandula

Seperti biasa, jika berminat menempah produk kami terus saja hubungi 0132070383  ya.

Krim terbaik untuk si comel

MAID AJAIB UNTUK IBU KINI DAH MUNCUL😊

Ibu ibu perasan tak, kebelakangan ni banyak produk yang berkaitan essential oil atau pati minyak tumbuh-tumbuhan.

Ia dikatakan boleh membantu menyelesaikan banyak masalah kesihatan termasuklah untuk anak2 yang selalu demam, batuk, selsema dan untuk anak2 yang kerap sakit perut.

Ada macam2 jenama minyak pati di luar sana dan dalam banyak- banyak jenama ni, Silera adalah salah satunya yang mengeluarkan product yang berasaskan pati minyak essential oil khas untuk bayi dan kanak2.

Silera Therapeutic lavandula cougflu cream dan Silera therapeutic cananga colic cream boleh bantu selesaikan masalah anak sakit perut dan batuk selsema kalau disapu secara konsisten pada anak2.

Apa yang istimewanya, ianya berbentuk cream, bukan dalam bentuk minyak.

Kenapa berbentuk cream? Sebabnya essential oil tidak boleh disapukan direct pada kulit anak, terutamanya bayi yang masih kecil. Ada dos yang sesuai untuk kulit anak serta bayi.

Dalam therapeutic cream kami, kami dah siap2kan dengan essential oil mengikut dos yang sesuai untuk bayi dan kanak- kanak.

Yang pastinya therapeutic kami takde mengandungi bahan kimia seperti paraben atau SLS yang boleh menyebabkan keradangan pada kulit bayi. Ianya selamat digunakan in shaa Allah.

#therapeutic_cananga
#therapeutic_lavandula

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk ini.  Boleh berhubung  terus dengan kami.

Hubungi kami di talian 013 207 0383  atau terus whatsapp http://UmmiSiti.wasap.my

Teknik tepuk percussion

Antara salah satu cara yang sering kita amalkan ketika anak terkena batuk dan berkahak adalah dengan melakukan tepuk percussion  pada belakang badan bayi.

.

Cara ini membantu meluruhkan kahak yang menempel pada  salur pernafasan bayi seterus masuk ke dalam usus dan di buang  bersama najis.

cara-caranya seperti berikut:

TEKNIK TEPUK PERCUSSION

Tepuk bahagian belakang badan bayi dengan menggunakan tangan yang melengkung. Lakukan tepukan ini seperti kita mahu bayi sendawa selepas menyusu.

.

Jangan menepuk pada tulang belakang bayi. Tulang belakang mereka masih belum kuat. Tepuk percussion ini bertujuan untuk melonggarkan kahak dan memudahkan pengeluaran kahak.

.

#Therapeutic_cream

Kafan

"Kain Kafan"

KAFAN ITU TAK BERSAKU

TAK DAPAT KAU MASUKKAN WANG SESEN PUN UNTUK JADI PERBEKALAN.

KERANA KETIKA KITA MATI...
Allah tak melihat berapa banyak hartamu...
Tapi apa yang pernah kau beri...

KAFAN ITU TAK BERWARNA WARNI
Tak dapat kau fashionkan atau selfeikan ketika kelak tubuhmu terbujur kaku tanpa ada daya dan upaya...

Kerana ketika mati...
Allah tak menilai seberapa indah dan mahal pakaian duniawimu...
yang kau kenakan tetap kain putih, murah, bahkan tak berjahit...

KAFAN ITU TAK MEMILIKI TUTORIAL,
Tak ada nilai ketika dikenakan...
Kerana ketika mati...

Allah tak menilai  atau tidak seorang manusia ketika memakainya pada akhirnya...
pakaian taqwa manusia bukanlah karya designer ternama...
tapi secarik kain putih biasa tanpa warna...

IYA...,
KAIN KAFAN ITU PUTIH WARNANYA...
Seperti harapan kita semua...
semoga telah putih hatinya dari khilaf dan dosa...
Agar kelak pantas untuk masuk ke dalam Jannah Allah Azza Wa Jalla...

KAIN KAFAN ITU SAMA BAGI SEMUA MANUSIA...
Lebih kurang harganya...
Sama warnanya...
Sama cara pemakaiannya...
Tak dapat kau selipkan apa apa di dalamnya...

Menutupi sekujur tubuh dari kaki hingga kepala..

LALU.....,
MASIH ADAKAH RASA ANGKUH DALAM DIRI KITA???...
menganggap diri lebih mulia daripada segolongan manusia yang lain...???

ITULAH TEMPAT KESUDAHAN SISI KEHIDUPAN DIRI KITA...

Ya Allah ampunilah dosa2 kami kecil atau besar yang kami lakukan dng sengaja atau tidak sengaja...

Robbana Taqobbal Minna do'aa 'ana Ya Allah...
Ya Allah terimalah dari kami amalan kami aamiin...
Allahumma Aamiin..
◎◎◎◎◎◎◎◎◎◎◎◎◎◎◎◎

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...