Bismillahirrahmanirrahim
di petang yg hangat ni..mood mengarang dah datang.. dah lama tertangguh sebenarnye... kisah ini di dedikasikan buat si pemilik hati ini di dunia yg fana moga kekal ke jannah firdausi..amin
Jemput baca yer... ^_^
DI SEBALIK KISAH BAGAIMANA BERMULANYA PENDAKIAN INI!
perkenalan yang bermula di usia remaja..ku masih dibangku sekolah menengah..kesetiaan yang ditanam bertahun2.. hingga ke saat diri di bangku IPT dialah jua peneman setia..penglipur lara..pengubat duka kejauhan dari keluarga..dia juga penyuntik semangat membara menghabiskan pelajaran dengan gred yg BAIK..alhamdulillah zaman IPT ditamatkan dengan pointer yg tinggi..
dialah SUAMIKU.. si pemilik TULANG RUSUKKU.. dia juga BAHU tempat ku bersandar.. dia segala2nya bagiku..
 |
| dialah HEROKU |
ketika masih di zaman latihan industri, daku menjalani latihan di JABATAN PATOLOGI HOSPITAL KUALA LUMPUR sebagai JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN..jodoh kami ditentukan ILAHI.. mengakhiri zaman gadis di saat masih menjalani latihan industri.. nikmat Ilahi segalanya berjalan lancar..
kini dia menjagaku sepenuhnya.. dari segala segi..kesihatan, kewangan, perlindungan.. sungguh pun tika itu pendapatannya yg tidak seberapa.. daku pula cuba berusaha bekerja di beberapa buah syarikat swasta..namun berakhir jua setelah kehamilan pertama.. daku alami alahan yang sangt teruk hingga pernah PITAM beberpa kali..walau hidup ibarat kais pagi makan pagi tika itu.. suami tetapkan pendirian utk tidak izinkan daku bekerja atas faktor kesihatan..bak kata orang..ukur baju di badan sendirilah kan..berbelanja sekadarnya sahaja..
Alhamdulillah..sungguhla perkahwinan itu pembuka pintu rezeki. . Anak juga pembawa rezeki..di usia kandungan mencecah 7bulan.. suami diberikan rezeki yg hebat dalam kerjayanya..sungguh kami bersyukur.. setelah kelahiran putera sulung. .kami diuji lagi..kesihatan anak kami tidak memuaskan. . Hampir setiap minggu kami berkampung di HOSPITAL.. atas faktor itu jua suami nekad lagi utk tidak melepaskan ku bekerja di luar..cukup berada di rumah menjaga amanah Allah ini sebaik mungkin..
 |
| anakanda sul;ung yang menghidapi asma suatu ketika dahulu |
 |
| menunggu giliran di klinik kesihatan (anakanda sulung) |
 |
| sentiasa perlukan rawatan-hospital bagaikan rumah ke2 ketika itu :( |
Kuasa Allah..ujian yang datang membawa seribu HIKMAH..atas asbab kesihatan anakla daku mengenali SHAKLEE..asbab SHAKLEE pula kesihatan putera kami kini pulih seperti kanak2 lain..sihat walafiat..alhamdulillah segalanya atas izin Allah..
 |
| ANAKANDA SULUNG KAMI |
Atas keizinan SUAMI juga daku mula berjinak menjalankan BIZ SHAKLEE sepenuhnya dari rumah.. ya..hanya dari rumah..hari demi hari ku harungi untuk meringankan beban suami ditambah pula dengan kelahiran putera kedua kami waktu itu..diuji Allah dengan masalah kekurangan enzim G6PD.. maka, lagi kuatlah pendirian suami untuk tidak membenarkan ku meneruskan kerjaya di luar sana.. maka tetaplah diriku di rumah menjaga n mengasuh 2 putera yg sedang membesar ini..alhamdulillah perjalanan penyusuan si manja juga lancar..memang itu misi kami..dan dialah yang menyokong penuh MISI PENYUSUAN SUSU IBU buat putera hati kami..dan dialah SUAMIKU..
 |
bersama anakanda kedua kami di cameron highland
|
sepanjang menjalankan BIZ SHAKLEE..dia banyak sekali berkorban dan memberi sokongan yang tak pernah berbelah bahagi.. walau pada mula nya dia sedikit memberi cabaran kepadaku untuk lebih memajukan diri dalam dunia SHAKLEE..
semakin hari komitmen yg ditunjukkan semakim tinggi.. malam2 balik kerja.. di sambung Tugasan menjaga anak2 n sedikit urusan rumahtangga yg terbengkalai di saat isteri sibuk menguruskan urusan pelanggan...kami berganding bahu.. penat memang ckup terasa.. namun dia insan gagah yang harungi semuanya demi mengejar impian bersama..
Dialah posmen ku yang gagah, dialah ofis boy ku yang cekap, dialah driverku yang dedikasi, dialah temanku yang setia, yang penting penasihat ku yang paling daku kagumi..setiap patah nasihat dan motivasinya cukup mencengkam hati. . Dialah MOTIVATOR terbaikku! ya..Dialah suamiku..
 |
| bersama 2 bidadara kami |
 |
| seorang walid yg sungguh penyanyang *_* |
 |
| di rumah mertua di jengka bersama 2 cinta hati kami |
Kini..pendakian kami bermula..sedikit kepayahan tidak mematahkan semangat utk ku terus berjuang.. bulan 6 nanti kami bakal dianugerahkan beberapa anugerah oleh shaklee.. bila kuceritakan padanya..riak kegembiraan itu jelas terpancar..ku tahu dia bangga denganku.. isteri yg seboleh2nya berusaha membantu meringankan bebannya.. dan ku tahu.. banyak beban yg sudah mampu kuringankan..daku bersyukur mampu berbakti untuk menyumbang mengukuhkan ekonomi keluarga kami walau hanya dikenali dengan status SURIRUMAH..
maaf ye..daku kini bukan lagi surirumah biasa..tapi daku lah ummi yang berkerja dari rumah.. yang mampu jana pendapatan tersendiri.. yang paling suami banggakan..pendapatan shaklee kami melebihi pendapatan hakiki beliau sendiri..alhamdulillah
Semua ini untukmu suamiku.. kerana dikau suamiku yang selalu ada di saat jatuh dan bangun ku.. kerana dikau kuat hadapi tohmahan sekeliling di saat macam2 mulut mengata perihal isterimu yang berpelajaran ini tapi tetap di rumah sahaja? ? Kerana dikau tetap menerima segala kekuranganku.. kerana dikau yg menyuapi kami tika daku tidak mampu untuk membantu suatu ketika dahulu..
Kini..isterimu ini bangkit..bangkit untuk sama2 jihad ekonomi bersamamu..dan kebangkitan ini adalah kerana dikau suami ku yang sangat aku sanjungi..
terima kasih atas segalanya.. tak mampu ku seraraikan baktimu.. tak mampu kuungkapkan pengorbananmu.. ku hanya mampu menadah tangan memohon pada YANG ESA moga hubungan kita berakhir di syurga firdausi kerna ku mahu hanya kamu suamiku..suami DUNIA dan AKHIRATku.. moga Allah rahmati hubungan kita hingga ke akhir hayat kita.. insyaAllah aminn..
Dengan penuh kesabaran,nantikan benih cinta ketiga kita hujung September ini yer.. semoga selamat semuanya.. sama2 kita bina keluarga bahagia kita disisi bidadara2 nikmat AMANAT pemberian ILAHI ini..
♥seluruh hati dan jiwaku abdikan untukmu suamiku NAFIZAL BIN NAZARUDIN.♥
 |
| daku seorang isteri |
 |
| kami semua sayang walid! |
terima kasih sudi membaca luahan dari kamar hatiku.... *_*