TIPS LATIH ANAK BERPUASA

LATIH ANAK BERPUASA

secara jujur nya kak mung tak begitu memaksa anak2 berpuasa memandangkan yang sulung baru je 7 tahun.

Kak mung lebih pada tekankan solat 5 waktu tu dulu. So, pada hari pertama puasa tu kak mung cuba2 juga minta abang puasa. Nahh hasilnya gastrik teruk kawan tu sampai dia trauma nak puasa lagi.

Takpelah kak mung tak nak paksa. Cuba train solat setiap waktu lah dulu.

Tapi,

Setiap hari kak mung ajar anak2 tak boleh makan bersama masa berbuka. Sebab diorang tak puasa kan. Kak mung suruh diorang jaga manja atau apa2 lah. Yang pasti diorang tak boleh duduk semeja dengan ummi walid masa berbuka.

Lepas solat maghrib dalam pkol 8 barulah diorang ni boleh makan. Kikiki macam kejam je kan?

Kak mung keraskan hati bila diorang minta2 nak makan masa tu tawww.

Ajaibnya,

Lepas setengah bulan puasa. Si abang mula terpanggil untuk puasa. Tanpa di suruh tanpa di paksa. Hari pertama abang puasa dia begitu seronok dapat makan semeja dengan ummi walid berbuka sama2.

Esok nya tanpa gagal kak mung kejutkan abang untuk sahur kemudian terus sambung solat subuh. Alhamdulillah abang konsisten melakukannya.

Hari ke 3 abang puasa adik 5 tahun pula nak ikut jejak. Jeles sebab tak boleh makan sama2 masa berbuka adalah sebab terbesarr adik nak puasa sama2.

Dan sekarang, setiap pagi dua2 akan bangun sahur dan solat subuh sama2. Puasa sama2. Dan berbuka sama2. Tanpa di suruh tanpa di paksa. Mereka berdua melakukannya dengan rela.

So, kakmung hanya sesekali bagi tazkirah apa yang kita kena buat dan apa yang kita tak boleh buat masa puasa ni. Cerita tentang syurga neraka pada mereka.

So far so good. Alhamdulillah mungkin Allah dengar doa ummi di bulan yang mulia ni. Anak2 mudah buat amal tanpa perlu di suruh beriya2.

Syukur atas nikmat Allah.

Tak lama lagi ramadan nak pergi dah. Allahu sayuu nya hati Allah je tahu. 😭

Sama2 kita manfaatkan hari2 terakhir ramadan tahun ini. Moga kita semua beroleh rahmat dan kasih sayang Allah seluas-luasnya. Aaminn ya rabbal aalaminn.

Ct Zubaidah Abdullah
Kak mung
Ummi 4 orang anak.

Aku pendosa juga mahu ke syurga 😭

Tips solat sunat taubat

SOLAT TAUBAT

Solat taubat Kena buat selalu.Sampai hati tu rasa lapang.. Rasa bersih. Pastu rajin nak beribadat. Bila dengar nasihat tu, hati mcm seronok.Tak nak lagi buat dosa-dosa lama. Haa.. tu inshaALLaH tanda taubat ALLaH dah terima.

Solat ni elok buat malam-malam. Sebelum tidur atau sebelum Subuh. Waktu sunyi malam.
Bersihkan diri. Amek wudhu.
Pakai wangi-wangi (bagi lelaki).
Bila dah siap berdiri, Istighfar dulu.. Isitghfar pendek je.. Baca seberapa banyak kita nak sampai hati tu bebetul tenang.. Pastu baru niat..
أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Ussoli sunnatan taubati rok 'ataini liLLaHi Ta'ala
[Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana ALLaH Taala]
Baca do'a Iftitah dan al-Fatihah mcm biasa.
Rakaat pertama, baca Sural al-Kafirun 1x
(Kalau ada yg tak hafal Surah ni, boleh baca Surah al-Ikhlas je)
Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas 1x
Bila sampai waktu Sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca do'a Nabi Yunus a.s.
"La ilaha illa anta subhaanaka inniy kuntu minaz dzhoo limiin”
Bacalah 10x atau 20x atau 30x.. Ikut suka.
Waktu ni dahi kita sujud menyentuh bumi.. Kita berada dlm keadaan hina sehina hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita.. Sujudlah lama-lama..
Lepas tu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam.
Lepas bagi salam, Istighfar lagi.. boleh baca Istighfar pendek atau yg panjang sikit..
AstaghfiruLLaHhal'adziim /
AstaghfiruLLaHhal‘adziim, alladzi laa ilaha illaa huwal haiyul qoiyuum wa-atubu ilaih.

Baca seberapa banyak yg kita nak.. Baca sampai hati tu rasa lemah...
Bila rasa dah cukup kita Istighfar, baru do'a.. Bila berdo'a, kita kena bebetul menyesal dgn dosa2 kita.. Mohon ALLaH ampunkan dan terima taubat kita..
Sebagai permulaan, guna do'a sendiri dlm bahasa melayu.. Luahkan apa yg terbuku kat hati tu.. Menangislah.. Merayulah.. Mohon ALLaH ampunkan dosa tu.. Bayangkan kita cuma ada satu je ni peluang nak mintak ampun dgn ALLaH.. Bayangkan Malaikat Izrail dah ada kat belakang nak cabut nyawa kita.. Kejap lagi kita mati.. Agak-agaknya apa kita akan mohon pada ALLaH?
Istigfar dan baca doa. Dalam bahasa melayu pon takpa.
Dah selesai berdo'a, tutup do'a kita tu dengan;

Robbana aatina fid dun-ya hasanah wa fil aakhiroti hasanah waqinaa adza bannar
Pastu duduk diam atas sejadah, ambil masa 10 minit, muhasabah diri kita.. Tengok apa yg boleh kita perbaiki lepas ni.
Imam al-Ghazali ada cakap..

Tanda hati kita sudah mula hitam,
[1] bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah.
[2] hilang kemanisan beribadah
[3] hati tak makan nasihat

TIPS SIMPLE LAILATUL QADAR UNTUK NEWBIE

TIPS SIMPLE LAILATUL QADAR UNTUK NEWBIE :
.
.
Ini adalah tips amalan lailatul qadar untuk Newbie. Bermaksud, untuk mereka yang tidaklah terlalu 'hardcore' beribadah, tak biasa iktikaf di masjid Qiamullail, baca Quran sehari 3 helai je even ketika ramadhan, terawikh 8 rakaat itu pun dah mula on-off.

Senang cerita, untuk mereka yg imannya bukan bertaraf wali :)

Orang biasa (saya pun begitu), tapi nak buat amalan bertaraf wali (83 tahun 4 bulan). Nak lakukan amalan hingga dosa kita diampunkan.

Apa amalan mudahnya?

FIRST, perkara yg kita perlu faham adalah, kita tidak mampu nak 'predict' lailatul qadar secara tepat, bilakah ia berlaku. Tapi yang sahih, ia confirm akan berlaku pada 10 malam terakhir.

Jadi saya nasihatkan, bermula malam 21 ramadhan hinggalah hari last puasa, anda amalkan 5 petua mudah ni. InsyaAllah, dengan lailatul qadar taraf kehidupan anda akan dinaikkan ke 'next level', maqomam mahmuda.

Amalannya simple sahaja. Semua orang boleh buat walaupun bukan imam, ustaz atau ustazah :

1 - SOLAT ISYA' DAN SUBUH BERJEMAAH.
Mengapa perlu solat isyak dan subuh berjemaah? Sebab Rasul bersabda, Sesiapa yang solat isyak berjemaah, maka seolah-olah dia telah berqiamullail separuh malam. Dan sesiapa yang solat subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersolat sepanjang malam.

Maknanya, dengan melakukan dua solat ini berjemaah, kita confirm termasuk dalam erti menghidupkan sepanjang malam.

Pi lah rajinkan diri singgah masjid ya.

2 - SOLAT SUNAT 2 RAKAAT
Lepas solat isyak berjemaah, solatlah terawikh 2 rakaat. Ini bagi tahap iman uam-suam kukulah. Tak mampu 8 rakaat, solatlah 2 rakaat je. Lepas tu pandulah kereta laju-laju balik rumah.

Amalan ini pun dikira termasuk dalam ertikata menghidupkan malam. Boleh buat kan?

3 - BACA SURAH AL-IKHLAS 3 KALI
Lepas solat terawikh 2 rakaat, jangan lupa baca Surah Al-Ikhlas 3 kali. Ia sama seperti, anda telah khatamkan Al-Quran keseluruhannya kerana Nabi ada menyatakan, Surah Al-Ikhlas menyamai sepertiga Al-Quran.

Ini kira teknik short-cutlah, untuk kita yang bukan wali tapi nak dapatkan ampunan Ilahi. Jika rajin, bacalah Quran 10 juzuk-dua. :)

4 - BACA DOA PENDEK INI :
Lepas anda 'khatam Al-Quran' teknik short-cut di atas, jangan lupa untuk berdoa dengan doa pendek ini. Confirm boleh hafal sebab terlalu pendek, 7 perkataan je.

Nampak je pendek, tapi doa ni petuanya Rasul yang share tau ketika isterinya Aisyah r.a bertanya, 'Bang, kalau jumpa Lailatul Qadar, apa doa terbaik nak minta?'

Ini doanya : 
اللهم إنك  عفو تحب العفو فاعف عني

" Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun, dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"

5 - BERSEDEKAH WALAUPUN 5 RINGGIT
Last sekali, sebelum keluar masjid, cuba cari tong masjid tepi tiang, hulurlah 5 ringgit. Jangan hulur seringgit. Nampak sangat 'kedekut' kan :)

Sedekah 5 ringgit. Jika tak mampu masuklah 10 ringgit dalam tong tu. Jika tak mampu lagi, apa kata 20 ringgit, hehehe...

Jika sedekah anda mengena malam Lailatul Qadar, 5 ringgit yang disedekahkan lebhi bernilai dari sedekah yang dilakukan tiap-tiap hari selama 83 tahun 4 bulan!

Mana nak sampai nyawa panjang tu? Jika sampai pun, kita takkan sedekah tiap-tiap hari kan?

----------------

Itulah tipsnya. Jangan lupa untuk lakukan setiap hari ya, bermula malam 21 ramadhan hingga hari last puasa. Confirm insyaAllah dapat manfaat Lailatul Qadar sebab Rasul bilang, ia berlaku antara 10 malam terakhir.

Lakukanlah untuk masa depan akhirat anda. Tuhan dah bagi 'diskaun keampunan' besar. Mereka yg ada kepekaan hati pasti bersungguh nak 'grab' diskaun itu.

P.S : Tips di atas untuk mereka yg imannya biasa-biasa sahaja. Jika imannya lebih kuat, cubalah iktikaf di masjid berdekatan. Solat hajat, taubat terawikh.

Perbanyakkan istighfar, baca Quran dll. Kita tiru Rasul di mana baginda bersungguh hidupkan malam terakhir ramadhan dengan beriktikaf di masjid.

Pergilah ke masjid berdekatan. Bawa anak isteri sekali tidur kat sana bawa toto bantal busuk bagai. Kita niat tahun ni nak ubah diri sebab dah bertahun puasa tapi asyik ikut lagu tuu je kan... Lagi-lagi iman suam-suam kuku. Makin berakhir ramadhan, makin ingat nak enjoy.

Cuba tukar tahun ini. Kita ikut rasul & solafussoleh. Makin hujung makin rajin. Bukannya apa, manfaatnya untuk kita juga. Tuhan mudahkan urusan dunia & akhirat.

Kan itu yg kita minta selama ni? Nak senang hidup di dunia. Di akhirat pula kita enjoy bergolek di syurga.

Mulakannya dengan memburu Lailatul Qadar.

Nak dengar sembang Lailatul Qadar lebih lanjut, esok buka TV9 Jam 7 pagi. Saya akan sembang lebih panjang topik ini.

Sementara tu, untuk anda yang masih 'merangkak' baca Quran, malu-alah nak baca Quran bulan ramadhan sebab risau takut salah tajwid, meh sini saya 'datang' rumah anda ajar cara fahami tajwid lebih mudah.

Ustaz Asraff Ayobb.
.

Resepi bingka ubi kayu

Bingka Ubi Kayu





Bingka Ubi Kayu

Bahan-bahan:
1 kg ubi kayu (disagat atau boleh juga diblend)
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam
2 cawan air (air lebih tak ape...sebab nak tapis & buang)
1 cawan santan
sedikit margarine atau butter
beberapa titik pewarna kuning

Cara-caranya:

Sagatkan ubi dan campur dengan 2 cawan air. Kemudian tapiskan, biarkan ubi tu dalam penapis selama lebih kurang 15 minit atau lebih air tapisan dibuang.....tuang perlahan-lahan untuk sagu yang tinggal dilapisan bawah. Campurkan sagu yang liat tu dengan ubi tadi dalam mangkuk.

Masukkan gula, garam, dan beberapa titik pewarna dan dikacau rata. Tuang santan sedikit2 sampai adunan menjadi macam bancuhan jemput2

Sapukan loyang dengan butter dan panaskan oven ke suhu 180 darjah. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz kecil anggaran 8 inci diameter dan sudukan beberapa sudu butter & ditaburkan di atas adunan

Bakar selama 45 minit - 1 jam dalam oven 180 darjah...bergantung pada tahap kerak yang anda suka. Bila dah sejuk....baru cantik dipotong....
 

sedang memarut ubi kayu


siap diparut


campurkan dengan air



tapis dan perah air


Buang air dan ambil sagu liat


campur semua bahan di dalam bekas sagu liat


masukkan santan kacau hingga spt adunan jemput jemput


potong butter dan letak atas adunan sebelum dibakar


dipotong selepas disejukkan
 

Resepi biskut famous amous dari azie kitchen

Biskut Famous Amos
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla extract

Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips

Cara cara:
Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk. 





Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.






Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.






Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.






Nota:
1) Resepi asal guna 1 cawan gula kaster dan 1 cawan gula perang. Jika tak suka manis, boleh guna 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang sahaja (untuk adunan penuh yang menghasilkan 100 biji)

2) Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan 

3) Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dalam fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya adunan tidak cair.

Set kehamilan paling awesome

PREGNANCY vs NUTRISI
.
.
Pengambilan nutrisi yang lengkap dan berkhasiat sepanjang kehamilan adalah kunci utama kepada : 🌸 perkembangan otak dan minda bayi yang sempurna
.
🌸 perkembangan bayi yang sihat
.
🌸 pencegahan bayi dari mendapat jaundis
.
Antara suplemen yang boleh diamalkan semasa kehamilan : .
1.) Vitalea with Iron Formula
🌸 membantu ibu menambahkan zat besi kerana kebiasaanya ibu mengandung kekurangan zat besi, kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu mudah pitam, kurang daya ingatan, dan kurang konsentrasi.
.
.
2.) Sustain Release Vitamin C
🌸 sebagai antioksidan, membantu meningkatkan daya imunisasi badan, ibu dan bayi serta menjadikan kulit lebih cantik.
🌸 membantu penyerapan iron. Kalau tak cukup vitamin c, makanlah iron sekapal pun tak akan diserap oleh badan.
.
.
3.) B-Complex 🌸 lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan dan membantu tubuh badan bertenaga, bantu lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri.
.
.

4.) ESP 🌸 memberikan tenaga berkekalan, tahan selama berjam-jam. Membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin2 lain. 🌸 kulit juga lebih gebu, licin dan cantik.
.
.

5.) Ostematrix
🌸 baby serap almost 90% kalsium ibu.
.
🌸 jika siibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka siibu tadi akan mengalami risiko Osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, sakit pinggang, kebas pada kaki, simp biawak, mudah letih dan lesu serta muka menampakan gatisan tua.
.
Tambahan OMEGA GUARD BOLEH DIAMBIL selepas masuk trimester 2. Tambahan pula pengambilan omega dapat membantu dalam perkembangan minda bayi supaya lebih aktif dan cepat belajar.

Berminat terus hubungi

0132070383
Puan siti

Vitamin c ni penting

Vitamin C penting dalam mencerahkan kulit kerana saintis telah mendapati bahawa cara kulit kita mengimbangkan antara pigmen yang lebih cerah (pheomelanin) dan pigmen gelap (eumelanin) adalah bergantung kepada gluthathione, L-cysteine dan enzim TYRP1 itu. Oleh kerana Vitamin C telah terbukti secara saintifik meningkatkan tahap gluthathione dalam darah, adalah benar bahawa Vitamin C mencerahkan kulit.

Kesimpulannya, jika anda ingin mendapatkan kulit yang lebih cerah pengambilan Vitamin C adalah super duper penting. Dan perlu juga diingatkan, Vitamin C adalah vitamin larut air, ianya tidak dapat disimpan di dalam badan. Oleh itu, Vitamin C perlu diambil secara harian.

Anda perlu mengambil Vitamin C pada dos yang tinggi 1000 – 3000mg setiap hari untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah. Jarakkan pengambilan Vitamin C sepanjang hari untuk keberkesanan maksimum.

KENAPA MESTI VITAMIN C SHAKLEE?

Bagi fungsi ini, Vitamin C Shaklee adalah yang terbaik kerana ianya adalah Sustained Release di mana Vitamin C dilepaskan secara perlahan-lahan, 100mg setiap sejam untuk memastikan keperluan Vitamin C di dalam badan sentiasa dipenuhi secara berterusan.

NAK ORDER VITAMIN C SHAKLEE JOM WASAP SY TERUS 0132070383

Set ibu menyusu sambil berpuasa

Selamat malam chuols.

Ada ibu2 yabg menyusu kan anak ke? Letih di siang hari dan risau susu merundum jika ibu2 berpuasa.

IBu2 janganlah risau. Boleh cuba set penyusuan shaklee ni.

Kesan hebat
Puasa terjaga
Anak terpelihara.

0132070383
Ibu menyusukan anak 5 bulan

Puasa dengan silera Chiaseed

Boleh ker SILERA CHIA SEED dijadikan makanan untuk bersahur
-------------------------------------------------------

Di bulan ramadan ni. Timbul banyak persoalan. Nak sahur macam mana?
.
Tubuh manusia 70% adalah air. Otak pula 80% air. Tubuh manusia perlukan banyak air.
.
Salah satu makanan yang dikategorikan sebagai super food ialah chia seeds. Bijirin ini betasal dari mexico.
.
Secara tradisi diguna oleh puak Aztecs dan Mayan. Lelaki yang memburu masuk hutan berbekalkan Chia Seeds yang memberi maksud "kekuatan".
.
Chia Seed hebat sebab 28 gram atau dua sudu chia seeds memgandungi:

Fiber: 11 gram
Protein: 4 gram
Omega 3: 9 gram
Kalsium: 18% dari keperluan harian tubuh manusia
Manganese: 30% dari keperluan harian tubuh manusia
Magnesium: 30% dari keperluan harian tubuh manusiadari keperluan harian tubuh manusia
Phosphorus: 27%
Chia Seed juga mengandungi Zinc, Vitamin B3 (Niacin), Potassium, Vitamin B1 (Thiamine) and Vitamin B2.
.
Semua ini penting untuk membekalkan nutrien sepanjang berpuasa. Dengan kandungan anti oksida yang tinggi, Chia Seed patut menjadi pilihan nombor 1.
.
Caranya:
1. Masukkan 2 sudu Chia Seed ke dalam air kosong bersuhu bilik.
2. Biarkan selama lebih dari 30 minit. Lebih lama lebih bagus.
3. Chia Seed akan kembang seperti biji selasih.
4. Minum.
.
Air tersimpan di dalam Chia Seed. Ia akan terkeluar sedikit demi sedikit. Seterusnya membekalkan air sepanjang tempoh berpuasa.
.
Perut terasa penuh. Kenyang. Sampai pukul 6 petang masih buang air kecil.
.
Itu petunjuk baik. Badan masih banyak air. Kita lebih bertenaga.

#MasterStokisSilera
#SileraBatangKali
#SileraChiaseed😐

013 207 0383
Siti zubaidah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...