Resepi bingka ubi kayu

Bingka Ubi Kayu





Bingka Ubi Kayu

Bahan-bahan:
1 kg ubi kayu (disagat atau boleh juga diblend)
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam
2 cawan air (air lebih tak ape...sebab nak tapis & buang)
1 cawan santan
sedikit margarine atau butter
beberapa titik pewarna kuning

Cara-caranya:

Sagatkan ubi dan campur dengan 2 cawan air. Kemudian tapiskan, biarkan ubi tu dalam penapis selama lebih kurang 15 minit atau lebih air tapisan dibuang.....tuang perlahan-lahan untuk sagu yang tinggal dilapisan bawah. Campurkan sagu yang liat tu dengan ubi tadi dalam mangkuk.

Masukkan gula, garam, dan beberapa titik pewarna dan dikacau rata. Tuang santan sedikit2 sampai adunan menjadi macam bancuhan jemput2

Sapukan loyang dengan butter dan panaskan oven ke suhu 180 darjah. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz kecil anggaran 8 inci diameter dan sudukan beberapa sudu butter & ditaburkan di atas adunan

Bakar selama 45 minit - 1 jam dalam oven 180 darjah...bergantung pada tahap kerak yang anda suka. Bila dah sejuk....baru cantik dipotong....
 

sedang memarut ubi kayu


siap diparut


campurkan dengan air



tapis dan perah air


Buang air dan ambil sagu liat


campur semua bahan di dalam bekas sagu liat


masukkan santan kacau hingga spt adunan jemput jemput


potong butter dan letak atas adunan sebelum dibakar


dipotong selepas disejukkan
 

No comments:

Post a Comment

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...