Toner saya

Saya kan pakai toner jenama simple  je.  Memang simple  jela kisahnya. Hampir  4bulan tu nak abis dah.

Tadi masa jalan2 tu saja la nak try toner baru.  Beli la yang eversoft tu. Tengokla macamana kang.  So far try pakai lepas mengunyit tadi rasa ok.

Kulit  saya jenis over sensitif. Kalau tak ngam dia terus on the spot rasa. Biasanya  kalau tak serasi dia rasa tak selesa/panas/melekit/ naik jerawat halus atau besar.  Semua ni muncul sebaik sahaja sekali pakai.

So test dulu malam ni.  Kalau pagi  esok clear  takde alien baru muncul maknanya alhamdulillah  serasi.  Toner tu 150ml rm19 hinggit je🙈

Nak try yang harga rm39 tadi.  Tapi rasa mahal pulak.  Mungkin sebab di luar kemampuan sebab tu rasa mahal.

Itu bagi saya la.  Saya pilih yang saya mampu jer. Bila saya mampu beli,  cepat la boleh try.  Kalau produk tu kita tak mampu beli.  Walaupun elok tahap melangit.  Tetap kita tak beli. 

Itu saya lah.  Korang saya tak pasti la.  Harhar.

Macam scrub tu pun sebab saya mampu beli dan mampu pakai.  Rm25 harga  biasa.  Harga promosi sekarang rm20.

Mampu ke mampu sangat? 😘

#beautyWithBrain  gittew💋

Jerawat

JANGAN BIARKAN JERAWAT MENGHANTUI DIRI ANDA

JENIS-JENIS JERAWAT

1.  Jerawat Papula - Merupakan jenis jerawat radang kulit, berbentuk benjolan lembut kemerah-merahan.
2. Jerawat Pustula - Bintik merah yang meradang dan muncul sebagai bintil merah dengan pusat putih atau kuning ( bernanah)
3. Blakheads - Biasanya terjadi apabila sebahagian pori kulit tersumbat dengan sebum (minyak), bakteria dan sel-sel kulit mati. Warna hitam itu bukan di sebabkan oleh kotoran dan di sebabkan oleh pigmen kulit-melanin, bertindak balas dengan oksigen di udara.
4. Whiteheads - Biasanya terbentuk ketika pori tersumbat sepenuhnya dan memerangkap sebum (minyak), bakteria, dan sel-sel kulit mati, menyebabkan paparan putih di permukaan kulit anda.
5. Nodule -Terdiri daripada benjolan keras di bawah permukaan kulit. Lebih besar dan sangat menyakitkan, serta kadang-kadang tidak hilang selama berbulan-bulan. Jerawat ini menyumbang kepada parut berlubang dan trauma teruk serta luka pada permukaan kulit. Jika tidak di rawat dengan betul, Nodul ini akan terbentuk semula walaupun selepas kecut. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.



BAGAIMANA JERAWAT TERBENTUK
Secara ringkasnya, apabila kita akil baligh, hormon androgen dalam badan meningkat menyebabkan kelenjar sebum yang mengeluarkan minyak di kulit kita makin aktif.

Minyak yang berlebihan di kulit kita menyebabkan folikel rambut (atau bulu roma) mudah tersumbat menyebabkan sisa sel kulit terkumpul dalam liang folikel dan membentek 'mikrokomedo'.

Mikrokomedo ini kemudian membesar lalu menjadi jerawat yang dapat dilihat dengan mata kasar. Jika komedo tertanam di dalam liang, ia menjadi komedo tertutup dan menghasilkan 'jerawat batu'.

Pembentukan komedo ini akan menyebabkan pertumbuhan kuman, ini akan menyebabkan sel-sel badan yang melawan penyakit (leukosit) berkumpul pada komedo lalu menyebabkan keradangan (inflammation).

Pengumpulan sel ini menyebabkan jerawat jadi merah dan dikenali sebagai papule. Jika bertambah teruk, nanah akan terkumpul dalam komedo lalu hasilkan jerawat berpustul. Jika pustule ini tidak dirawat, jerawat boleh pecah dan menjangkiti bahagian kulit lain. Semasa postule pecah, kesan parut akan tertinggal dan ini akan mencacatkan paras rupa kulit jika jerawat ini tumbuh di muka.




PUNCA MUKA NAIK JERAWAT
Pengaruh Hormon
Bagi seorang remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Hmm sebab tulah kalau kita tengok hari ini lebih ramai dari kalangan remaja perempuan dan awal dewasa yang mengalami masalah jerawat berbanding wanita dewasa. Walaubagaimanapun, kebiasaannya, liang sebaceous yang hasilkan sebum ni akan semakin berkurangan apabila meningkat dewasa. Tapi benda ni bergantung juga, hormon tak stabil pon boleh menjadi punca jerawat juga tau.

Tekanan (Stress)
Percaya atau tidak, lagi anda stress, lagi banyaklah jerawat yang akan keluar. Berterusan dalam stress hanya akan memburukkan lagi simptom jerawat anda. Walaubagaimanapun, dengan rawatan yang betul, jerawat masih boleh dicegah. Stress teruk boleh menyebabkan radang terhadap jerawat. Hal ini kerana adrenalin serta hormon androgen yang ada dalam badan dikeluarkan secara berlebihan apabila kita stress dan menjadi punca lebih banyak jerawat yang akan timbul hewhew. Jangan stress, banyak jerawat jangan dok tengok cermin sangat nanti lagi stress sebab muka tak licin.


Pemakanan
Isu pemakanan jadi punca jerawat sebenarnya masih tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Tapi memandangkan diet pemakanan kita mempunyai kesan langsung terhadap insulin dalam badan kita, maka ia juga boleh mempengaruhi hormon-hormon lain dalam tubuh termasuklah hormon androgen tadi. So, secara tak langsung, adalah juga kaitannya pemakanan kita tadi sebagai penyebab pertumbuhan jerawat. Seeloknya elakkan makanan yang berminyak dan pedas. Makanan pedas jika selalu diambil boleh mengaktifkan keradangan pada jerawat. Seafood juga tidak digalakkan bagi penghidap jerawat ni, sebab seafood mengandungi toksin yang tinggi dan menyebabkan usus kotor jesteru menjadi punca timbulnya jerawat. Selain itu pemakanan yang sihat juga perlu diamalkan bagi menghasilkan kulit yang baik, we are what we eat right ??

Pakaian
Haa. Jangan tak tau. Pakaian anda juga boleh jadi punca anda ditumbuhi jerawat terutamanya pada bahagian belakang badan. Belakang badan kita juga mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum dan minyak. Oleh itu, pakailah pakaian yang sesuai dengan iklim tropika di Malaysia ni. Pakaian yang sesuai ialah yang memudahkan pengudaraan pada kulit anda dan bersih. Bukanlah bermaksud anda perlu mendedahkan aurat yer. Menurut satu kajian, memakai pakaian tertutup yang tidak mendedahkan kulit anda secara langsung semasa keluar boleh mengelakkan masalah seperti kanser kulit dan jangkitan bakteria akibat pencemaran. Itulah salah satu hikmahnya orang Islam disuruh menutup aurat. Selain menjaga maruah dan keaiban diri (Mendedahkan parut dan sebagainya yang tidak elok dilihat). Orang yang malas mandi juga lebih berisiko mendapat jerawat pada bahagian badan. Ye anak-anak?? Yang paling penting jaga kebersihan pakaian, nak muka cantik kena jadi pembersih sikit tau! Jangan muka cantik tapi mak oih baju kepams.

Penggunaan produk kosmetik dan kecantikan
Jika anda selalu menggunakan alat solek dan kosmetik pada wajah, tetapi tidak membersihkannya dengan baik, maka ini boleh menjadi penyebab tumbuhnya jerawat. Pilihlah alat solek yang berasaskan bahan semulajadi untuk kulit lebih sihat. Memilih alat solek yang mengandungi bahan terlarang dan merbahaya hanya akan memburukkan lagi keadaan anda.

Jangkitan bakteria
Terdapat bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium Acnes. Ini adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang mempunyai masalah jerawat biasanya mempunyai lebih banyak bakteria ini pada kulit mereka. Oleh itu, berhati-hati semasa menyentuh jerawat kerana ia boleh memindahkan bakteria ini ke bahagian yang lain pula. Anda juga perlu lebih peka dengan keadaan sekeliling yang akan menjadi punca jerawat, elakkan pakai tudung yang sama berulang kali dan juga basuh cadar dengan kerap. 

KESAN JERAWAT KEPADA KULIT

Walaupun jerawat ini bukanlah satu penyakit yang membahayakan, tetapi ia boleh menyebabkan kesan jangka pendek dan juga jangka panjang.

Kesan jangka pendek akibat jerawat:
1. Bintik merah di muka
2. Rasa malu yang teruk
3. Sakit
4. Kulit jadi kering, kusam dan gatal.
5. Kulit jadi terlalu berminyak.
6. Warna kulit jadi tidak sekata

Kesan jangka panjang jerawat:
Jerawat teruk yang tidak dirawat dengan baik boleh menyebabkan
[+] Parut yang brekekalan
[+] Kulit muka jadi berlekuk dan tidak rata
[+] Bintik hitam dan putih pada muka
[+] Rasa kurang keyakinan diri.
[+] Alami tekanan perasaan.


Oleh itu bagus jika ambil langkah berjaga2 dengan menscrub wajah dengan mk beauty scrub kami.  Hanya rm25 seboto 3minggu penggunaan 

Hubungi saya jika berminat 
013 207 0383 

Cara berdoa

*TUKAR CARA BERDOA.*

Moga sahabat yg membaca beroleh manfaat yg sebanyaknya ..
Inshaa Allah siapa yang betul-betul amalkan, The Power of Doa ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. Inshaa Allah..

*#FORMULA_1*

Sebelum ini kita selalu berdoa, "Ya Allah berikanlah aku kekuatan." Jika kita berdoa begitu, maka Allah akan sentiasa UJI untuk test kekuatan kita. Faham faham?

Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,

"Ya Allah lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya Allah keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya Allah bantulah aku ".

*#FORMULA_KE_2*

Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, "Ya Allah BERILAH aku...". Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,

"Ya Allah KURNIAKANLAH aku..."

Kerana apa? Jika kita sebut BERI maka bila-bila masa Allah boleh ambil balik. Namun, jika sebut KURNIA, maka Allah akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila InshaaAllah.

*#FORMULA_KE_3*

Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, "Semoga DIMURAHKAN rezeki". Selepas ini, latihkan baca doa begini:

"Semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat."

Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita Allah dengar dan yakin Allah makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.

*#FORMULA_KE_4*

Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contohnya, “Ya Allah, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah” dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan Allah.

Kalau selama ni kita hanya minta pada Allah sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya:

"Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya Allah..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya Allah..

Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Tuhan yang Maha mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku. '

Amin Ya Mujib.

Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada Allah yang memberikan nikmat itu.

*#FORMULA_KE_5*

Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada Allah.. hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yg telah Allah beri.. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yg sudah ada di hadapan kita..

Jadinya, bersyukur dulu atas apa yg Allah dah beri, maka Allah akan tambahkan lagi.. Sebagai contoh:

"Ya Allah, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya Allah.."

*#FORMULA_KE_6*

Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di Arasy akan turut mengaminkan doa kita.. satu contoh,

"Ya Allah, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya Allah.. bantulah dia ya Allah, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya Allah.."

Moga Bermanfaat. 🙂

Jemput SHARE supaya lebih ramai lagi yg mendapat manfaatnya.. 🤗

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...