Al Quran berserta terjemahan

Sejak ada Al-Quran terjemahan yang ini, rasa senang betul mengaji dan memahami maksudnya.

Ia tak tebal dan rasa macam pegang buku biasa kerana tak ada hard cover. Jadi tak ada masalah nak bawa ke mana-mana. Ia ringan sangat.

Malah nak baca dalam komuter, LRT, MRT semua boleh.

Harganya hanya RM40 sahaja. Kurier RM8 sahaja (Semenanjung) dan RM11 (Sabah Sarawak).

Sesiapa nak, boleh klik ja dekat sini:
.
https://bykhm.onpay.my/order/form/aqbm/mokti

Amalkan zikir pagi

Macam mana nak amal zikir pagi ni?

Nampak macam banyak tapi sikit je. Ambil satu dulu, hafal dan amal2kan, bila dah ok, tambah lagi satu dan istiqomahkan, kemudian ditambah lagi. Sikit2 dulu tak per asalkan istiqomah. 

Atau, copy dalam text note, setiap kali nak baca buka phone dan baca hari-hari, istiqomahkan dan Insyaa Allah akan terhafal dengan sendiri.

Kesemua zikir pagi ni, dapat dihabiskan dalam masa 10 ke 15 minit je. Tak susah. Yang susah tu adalah sebab tak nak.

SENARAI ZIKIR PAGI YANG SHAHIH DARI HADITH

ISTIQOMAHKAN ZIKIR PAGI, IA ADALAH AMALAN SUNNAH YANG AKAN MEMBERIKAN KITA PELBAGAI MANFAAT.

1) (Dibaca 1 x)
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Allahumma innii as-aluka ‘ilman naafi’a, wa rizqon thoyyibaa, wa ‘amalan mutaqobbalaa.

Artinya: “Ya Allah, sungguh aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat (bagi diriku dan orang lain), rezki yg halal & amal yg diterima.”

2) (Dibaca 1 x)

اَللَّهُمَّ بِكَ أَصْبَحْنَا، وَبِكَ أَمْسَيْنَا، وَبِكَ نَحْيَا، وَبِكَ نَمُوْتُ وَإِلَيْكَ النُّشُوْرُ

Allahumma bika ash-bahnaa wa bika amsaynaa wa bika nahyaa wa bika namuutu wa ilaikan nusyuur.

Artinya: “Ya Allah, dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami memasuki waktu pagi, dan dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami memasuki waktu petang. Dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami hidup dan dengan kehendak-Mu kami mati. Dan kepada-Mu kebangkitan.”

3) Sayyidul Istighfar ( Dibaca 1 X)

اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ.

Allahumma anta robbii laa ilaha illa anta, kholaqtanii wa anaa ‘abduka wa anaa ‘ala ‘ahdika wa wa’dika mas-tatho’tu. A’udzu bika min syarri maa shona’tu. Abu-u laka bi ni’matika ‘alayya wa abu-u bi dzambii. Fagh-firlii fainnahu laa yagh-firudz dzunuuba illa anta.

Artinya: “Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada ilah yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku pada-Mu semampuku dan aku yakin akan janji-Mu. Aku berlindung kepada-Mu dari kejelekan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku. Oleh karena itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau.”

4) (Dibaca 1 x)
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ، اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِيْنِيْ وَدُنْيَايَ وَأَهْلِيْ وَمَالِيْ اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِى وَآمِنْ رَوْعَاتِى. اَللَّهُمَّ احْفَظْنِيْ مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ، وَمِنْ خَلْفِيْ، وَعَنْ يَمِيْنِيْ وَعَنْ شِمَالِيْ، وَمِنْ فَوْقِيْ، وَأَعُوْذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِيْ

Allahumma innii as-alukal ‘afwa wal ‘aafiyah fid dunyaa wal aakhiroh. Allahumma innii as-alukal ‘afwa wal ‘aafiyah fii diinii wa dun-yaya wa ahlii wa maalii. Allahumas-tur ‘awrootii wa aamin row’aatii. Allahummahfazh-nii mim bayni yadayya wa min kholfii wa ‘an yamiinii wa ‘an syimaalii wa min fawqii wa a’udzu bi ‘azhomatik an ughtala min tahtii.

Artinya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kebajikan dan keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kebajikan dan keselamatan dalam agama, dunia, keluarga dan hartaku. Ya Allah, tutupilah auratku dan tenteramkanlah aku dari rasa takut. Ya Allah, peliharalah aku dari muka, belakang, kanan, kiri dan atasku. Aku berlindung dengan kebesaran-Mu, agar aku tidak disambar dari bawahku.”

5) (Dibaca 1 x)
اَللَّهُمَّ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ، رَبَّ كُلِّ شَيْءٍ وَمَلِيْكَهُ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِيْ، وَمِنْ شَرِّ الشَّيْطَانِ وَشِرْكِهِ، وَأَنْ أَقْتَرِفَ عَلَى نَفْسِيْ سُوْءًا أَوْ أَجُرُّهُ إِلَى مُسْلِمٍ

Allahumma ‘aalimal ghoybi wasy syahaadah faathiros samaawaati wal ardh. Robba kulli syai-in wa maliikah. Asyhadu alla ilaha illa anta. A’udzu bika min syarri nafsii wa min syarrisy syaythooni wa syirkihi, wa an aqtarifa ‘alaa nafsii suu-an aw ajurruhu ilaa muslim.

Artinya: “Ya Allah, Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, wahai Rabb pencipta langit dan bumi, Rabb segala sesuatu dan yang merajainya. Aku bersaksi bahwa tidak ada ilah yang berhak disembah kecuali Engkau. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan diriku, setan dan balatentaranya , dan aku dari berbuat kejelekan terhadap diriku atau menyeretnya kepada seorang muslim.”

6) (Dibaca 3 x)
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِى لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى الأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Bismillahilladzi laa yadhurru ma’asmihi syai-un fil ardhi wa laa fis samaa’ wa huwas samii’ul ‘aliim.

Artinya: “Dengan nama Allah yang bila disebut, segala sesuatu di bumi dan langit tidak akan berbahaya, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

7) (Dibaca 3 x)

رَضِيْتُ بِاللهِ رَبًّا، وَبِاْلإِسْلاَمِ دِيْنًا، وَبِمُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَبِيًّا

Rodhiitu billaahi robbaa wa bil-islaami diinaa, wa bi-muhammadin shallallaahu ‘alaihi wa sallama nabiyya.

Artinya: “Aku ridha Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama dan Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam sebagai nabi.”

8)  (Dibaca 1 x)
يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ

Yaa Hayyu Yaa Qoyyum, bi-rohmatika as-taghiits, wa ash-lih lii sya’nii kullahu wa laa takilnii ilaa nafsii thorfata ‘ain.

Artinya: “Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri , dengan rahmat-Mu aku minta pertolongan, perbaikilah segala urusanku dan jangan diserahkan nasibku kepadaku diriku sekali pun sekejap mata .”

9) (Dibaca 1 x)
أَصْبَحْنَا عَلَى فِطْرَةِ اْلإِسْلاَمِ وَعَلَى كَلِمَةِ اْلإِخْلاَصِ، وَعَلَى دِيْنِ نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَعَلَى مِلَّةِ أَبِيْنَا إِبْرَاهِيْمَ، حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ

Ash-bahnaa ‘ala fithrotil islaam wa ‘alaa kalimatil ikhlaash, wa ‘alaa diini nabiyyinaa Muhammadin shallallahu ‘alaihi wa sallam, wa ‘alaa millati abiina Ibraahiima haniifam muslimaaw wa maa kaana minal musyrikin

Artinya: “Di waktu pagi kami memegang agama Islam, kalimat ikhlas , agama Nabi kami Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan agama bapak kami Ibrahim, yang berdiri di atas jalan yang lurus, muslim dan tidak tergolong orang-orang musyrik.”

10) (Dibaca Petang 3 x) :

اَللَّهُمَّ عَافِنِيْ فِيْ بَدَنِيْ، اَللَّهُمَّ عَافِنِيْ فِيْ سَمْعِيْ، اَللَّهُمَّ عَافِنِيْ فِيْ بَصَرِيْ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ. اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْكُفْرِ وَالْفَقْرِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ

Allåhumma ‘aafiniy fiy badaniy, Allåhumma ‘aafiniy fiy sam’iy, Allåhumma ‘aafiniy fiy bashåriy. Laa ilaaha illa anta. Allåhumma inniy a’uudzubika minal kufri wal faqri, wa a-’uudzubika min ‘adzaabil qåbri, laa ilaaha illaa anta.

Artinya: "Ya Allah! Selamatkan tubuhku Ya Allah, selamatkan pendengaranku. Ya Allah, selamatkan penglihatanku . Tidak ada ilah kecuali Engkau. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kekufuran dan kefakiran. Dan aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur. Tidak ada ilah kecuali Engkau."

11) (Dibaca 100 x)
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ

Subhanallah wa bi-hamdih.

Artinya: “Maha suci Allah, aku memuji-Nya.”

12) (Dibaca 100 x)
لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ

Laa ilaha illallah wahdahu laa syarika lah, lahul mulku walahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syai-in qodiir.

Artinya: “Tidak ada ilah yang berhak disembah selain Allah semata, tidak ada sekutu bagiNya. Bagi-Nya kerajaan dan segala pujian. Dia-lah yang berkuasa atas segala sesuatu.”

13) (Dibaca 3 x)
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ: عَدَدَ خَلْقِهِ، وَرِضَا نَفْسِهِ، وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ

Subhanallah wa bi-hamdih, ‘adada kholqih wa ridhoo nafsih. wa zinata ‘arsyih, wa midaada kalimaatih.

Artinya: “Maha Suci Allah, aku memujiNya sebanyak makhluk-Nya, sejauh kerelaan-Nya, seberat timbangan ‘Arsy-Nya dan sebanyak tinta tulisan kalimat-Nya.”

14) (Dibaca 100 x dalam sehari)
أَسْتَغْفِرُ اللهَ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ

Astagh-firullah wa atuubu ilaih.

Artinya: “Aku memohon ampun kepada Allah dan bertobat kepada-Nya.”

* Waktu AFHDOL Zikir Pagi, Bermula Selepas Solat Subuh Hingga Ke Waktu Dhuha Anggaran 11pagi.

Baca tiap2 hari melalui handphone, Insyaa Allah akan terhafal. Ia pendek dan mudah.

Cara penulisan berpengaruh

Dah ramai yang berjaya menulis dengan baik di media sosial guna 2-2 ebook ini.

Ada kaedah dan tatacara nak tulis ikut apa yang kita posisikan. Kalau orang bisnes, maka bisneslah. Kalau bukan bisnes pun boleh. Kalau sekadar nak tahu bagaimana nak menulis pun okey ja.

Dari 0 follower boleh naik sampai 100,000 orang okeh! Sampai orang ketagih nak baca apa yang kita tulis. Best!

Kalau nak beli hanya RM88 sahaja harga asal RM116, klik link ini ya!


https://bykhm.onpay.my/order/form/ebookkhm/mokti

My girlfriend

Night routine with my girlfriend.  The one and only (for now)

Alhamdulillah ummi dah ada kawan  jangok  dah.  Syukur manja ummi minat benda2 gurlish2 ni.  Minat barang  kemas.  Minat benda lawa2.  Haha

Ummi is cuak jugak takut dia tak minat sebab asik melasak tiru gaya abang2. Tapi satu peel dia memang garang  yakmat.  Betul2  amik gen orang ganu.  Walau muka takde ambik side ganu punnn.  Biau kan jela. 

So ni rutin tiap malam.  Since balik ganu main air pantai  aritu kaki anje macam kering dan gatal2 jadi ummi sapukan herbal cream shaklee tu.  Sesekali sapukan krim syifa sebab dia macam gatal2.

Sekarang  kaki dah ok ummi menten sapu herbal cream jela bagi lembap je selalu kaki tu.

Lavandula silera tu untuk sapu dada, belakang, ubun2 dan hidung anje since 2 3harini dia kena selsema tapi alhamdulillah  harini dah mula kering.  Takde ambik ubat pun ikhtiar sapu lavandula  saja.  Syukur serasi dengan anak2.

Serum tu untuk ummi.  Ada 2 3jenis serum actually ummi pakai malam jer gilir2 mana bekenan di hati.  Siang ummi is malas😌

Sekarang ni pun rajin sejak anak dara ni dah besar je.  Ada kawan kan jadi rajin la sikit.  Alhamdulillah  Allah  bagi peluang ummi nikmati hidup sebagai mak kepada seorang  anak perempuan.

Sebab asalnya rasa macam tipis peluang tu.  Even baby yang akan datang ni pun kalau boy again ummi redha.  Perancangan Allah  tu yang terbaik kan. 

Alhamdulillah  atas segala nikmat nya. 

Tidur malam ni bau lavander la.  Sapu ubun2 anje tadi.  Nyamannnnn jerrrr 😘

Kiamat semakin hampir

Lailahaillallah 😭

Rupanya abad kita ini di penghujung dunia... ini penjelasannya dunia yg fana ini akan hancur...
Assalamualaikum semua.ulasan di bawah ini silakan dibaca & direnungkan tentang tanda2 akan terjadinya HARI KIAMAT. berdasarkan firman Allah & hadis Rasulullah saw.
Silakan dibaca dgn tenang, perlahan2 & difahami. Insya Allah bermanfaat & menjadikan kita akan lbh bersungguh2 beribadat utk mendekatkan diri kita kpd Allah & RasulNya.
Aamiin Ya Allah Ya Mujib
 

Tidak terasa kita hidup dipenghujung zaman.
Rasul SAW Berkata: Zaman itu dibagi 5

1. Zaman Nubuwwah
(Zaman kenabian diawali dr zaman Nabi Adam AS smpai Baginda Nabi Muhammad SAW)

2. Zaman Khilafah l
(dipimpin sahabat2 Nabi Abu Bakar Umar, Utsman & Ali ra).

3. Zaman Al-mulk kerajaan (berakhir runtuhnya Dinasti Utsmani di turki.. kalau di indonesia Majapahit, Sriwijaya, Galu dsbnya).

4. Zaman Jababiro
(Zaman kebebasan maksiat di mana2 & kita hidup di zaman ini).
Fitnah2 bertebaran utk melemahkan kaum Muslimin (era fitnah terbesar akan terjadi saat Dajjal muncul), Org2 yg tdk cakap/zalim menjadi penguasa (pemimpin), jumlah umat Islam byk ttp bagaikan buih di atas laut (sedikit yg berjihad utk membela Islam)... -->
Zaman ini sdh terjadi & sdg kita lalui sekarang
Astaghfirullah.....

5. Zaman Khilafah ll
(Zaman yg mana suasana peri pd Zaman Rasulullah SAW, nanti umat Islam akan dipimpin Imam Mahdi hanya berlangsung lbh krg 9 thn.

Pd zaman ini pula Dajjal muncul, Nabi Isa AS juga muncul ditugaskan utk membunuh Dajjal dan meng-Islamkan org2 Kafir/Nashoro).

Para Ulama hadis memprediksi ttg usia umur umat Islam:

1. Ibnu Hajar Asqalani.. seorg ulama pakar hadis, kitab beliau yg popular di indonesia adalah Fathul Barri. Beliau berkata umur umat Islam smpai 1476 H.

2. Imam As-syuyuthi
Beliau mengatakan umur umat Islam smpai 1477 H

3. Ibnu Hajar Hambali .. kata Beliau umur umat Islam lbh dari 1400 H namun tdk smpai 1500 H

Allahu Akbar skrg umur umat Islam sudah smpai pd 1437 H.

Hari kiamat takde sorang pun yg tahu termsk Rasulullah SAW namun mengenai umur umat Islam, Rasulullah sdh memberi bocoran tdk sampai 1500 H.

Kelak di akhir zaman Allah SWT akan wafatkan serentak umat islam di muka bumi & yg tersisa hanyalah org kafir yg akan menyaksikan hancurnya bumi gunung laut langit & seluruh alam (baca Al-Qariah, Al-Qiyamah, Al-Waqiah).

Di antara tanda kiamat kata Rasulullah SAW akan muncul Dukhan (kabut hitam) yg menyelimuti bumi selama 40 hari 40 mlm, lalu sahabat bertanya Ya Rasulullah bila itu terjadi???
Kata Baginda Nabi SAW itu terjadi apabila yg
- pertama KALAU PENYANYI WANITA BERMUNCULAN DI MANA2
- Yg ke-2 kata Rasulullah SAW, kalau alat musik dicintai olh umatku & minuman keras di mana2....

Saudaraku... tanda2 di atas sudah muncul semua skrg..........

masih ada waktu, mari segera bina diri, perbaiki kualiti ibadah & perbyk amal soleh utk bekal kita di akhirat nanti....Wallahu'alam.

Sudah Siapkah kita ....

Note:
BADAN Meteorologi & Geofisika menyatakan bahwa akan terjadi kemarau panjang yg akan melanda dunia.

Diperkirakan kemarau pjg tersebut akan dimulai thn 2019 - 2022. Cdgan air dunia saat ini hanya tersisa 3% saja.

Lalu apa ertinya info ini bagi kita?
Artinya adalah keluarnya Dajjal telah sgt dekat.
Dan munculnya Imam Mahdi telah berada di tengah2 kita, tanpa kita sedari

Ini bererti apa yg disabdakan Rasulullah telah terbukti.
Dlm hadis tentang kisah Tamim Ad-Dari, keluarnya Dajjal di tandai dgn keringnya danau Thabariyyah (Tiberias), keringnya mata air Zughar, & pohon kurma Baisan tidak berbuah lagi. Dan jika kita mengikuti perkembangan informasi terakhir tentang 3 pertanda tersebut, sudah nyata pun terjadi.

Sudah 2 thn ini, pohon kurma di Baisan tidak berbuah lagi.

Diikuti dgn semakin minusnya mata air Zughar. Dan yg paling mencengangkan adalah surutnya air di danau Tiberias di Israel sudah sgt mengkhawatirkan.
Sedemikian, sehingga pemerintah Israel sibuk mencari sumber air lain.

Jika di antara kita ada yg pernah berhaji dari thn 2011, 2012, 2013, 2014, maka insya Allah pernah berjumpa dgn “calon Imam Mahdi” di dekat Ka’bah. Dan hanya org2 khusus saja yg mengetahui tanda tandanya. Dan kemunculan Imam Mahdi ini spt yg pernah di nubuwahkan olh Rasulullah adalah ditandai wafatnya Raja yg namanya bermakna nama haiwan. 
Bisa jadi ia adalah Raja Fahd (Fahd: singa). Setelah itu terjadi perselisihan. Dan naik takhta raja yg byk dosa, kemudian meninggal, kemudian muncul raja yg baik. (Bisa jadi ia adalah Raja Salman). Wallahu a’lam.
Di masa atau setelah masa pemerintahan Raja Salman inilah terjadinya pembai’atan atas Imam Mahdi. Dari pertanda ayat2 qauniyah tersebut, kesimpulannya adalah akhir dari fananya dunia ini sudah demikian dekat.
Marilah kita berbuat baik semaksimum mungkin, & ajaklah setiap berjumpa sesama muslim di mana pun, utk semakin bersungguh2 memperbanyak amal akhirat.
ALLAHUAKBAR... !!!
Kiamat menurut Agama Islam ditandai dgn beberapa petanda.

- Kemunculan Imam Mahdi

- Kemunculan Dajjal

- Turunnya Nabi Isa (AS)

- Kemunculan Yakjuj & Makjuj

- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur

- Pintu pengampunan akan ditutup

- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yg sebenar2nya

- Kabut selama 40 hari akan mematikan semua org beriman sejati shg mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya

- Sebuah kebakaran besar akan menyebbkan kerusakan

- Pemusnahan/runtuhnya Kabah

- Tulisan dlm Al-Quran akan lenyap

- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang & ketakutan

- Tiupan sangkakala yg ke-2 kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati & yg ketiga yg membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali

Allah berfirman: "jika engkau lbh mengejar duniawi drpd mengejar dekat dgn Ku maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari syurgaKu"

Itulah yg dimaksud dajjal yg bermata 1: Artinya hanya memikirkan duniawi drpd akhirat.

Kerugian meninggalkn solat :
Subuh: Cahaya wajah akan pudar.
Zuhur: Berkat pendptan akan hilang.
Ashar: Kesihatan mulai terganggu.
Maghrib: Pertolongan anak akan jauh di akhirat nanti.
Isya': Kedamaian dlm tidur sukar didptkan.

Nasihat Kubur:

1). Aku adalah tmpat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah .. aku dgn TAHAJUD

2). Aku adalah tmpat yg paling sempit, maka luaskanlah aku dgn ber SILATURAHIM

3). Aku adalah tempat yg paling sepi maka ramaikanlah aku dgn perbyk baca .. AL-QUR'AN.

4). Aku adalah tmpatnya binatang2 yg menjijikan maka racunilah ia dgn Amal SEDEKAH

5). Aku yg menyempitmu hingga hancur bilamana tidak Sholat, bebaskan sempitan itu dgn SHOLAT

6). Aku adalah tmpat utk merendammu dgn cairan yg sgt amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..

7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jwpnmu dgn Perbyk mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"

Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT sangat menghargainya...
Semoga menjadi amalan kita semua
Aaminn Ya Allah Ya Mujib

Persiapan menginap di hotel

[Persiapan Awal]

Biasa nya kalau menginap di mana-mana hotel kami hanya bersiap dengan persalinan pakaian sahaja.

Sejak  tahun 2010 suami saya bertugas sebagai  salesman, setiap bulan kami akan ikut suami outstation sebulan sekali. Masa tu suami jaga book Store  sekitar KL dan juga utara

Sebulan sekali dalam 4-5 hari kami akan keluar follow suami buat kerja.  Bertukar  dari hotel ke hotel. Dari perak, Kedah  dan juga pulau pinang. 

Seronok sebab masa tu saya belum buat bisnes online.  Lepas lahir anak kedua baru saya serius bisnes online  so dah jarang ikut sebab saya ada komitmen  bisnes  dari rumah. 

Sekarang  kami buat bisnes sama2.  Tak mau sesak di hari minggu,  kami putuskan berholiday di hari biasa.  Ini planning yang tertangguh bulan lepas sebenarnya. 

Tapi bezanya,  kalini saya betul-betul buat persiapan rapi.  Segala peralatan  saya siapkan termasuklah pencuci pinggan,  pinggan mangkuk,  dan kain lap. 

Sebab dah plan saya di bilik saja uruskan beberapa siri mentoring team.  Sambil itu anak-anak bebas bermain air. 

Makanya saya banyak di bilik. Dari bacaan,  begitu banyak isu dengan bilik hotel. Saya jadi agak berhati-hati.  Sehinggakan peralatan hotel seperti cawan saya tak usik.  Saya bawa sendiri  dari rumah siap dengan pencuci pinggan.  Hahaha sebab memang selalu hadap masalah ni sebelum ni.

Kettle air pula sebelum  digunakan saya cuci dulu dengan pencuci pinggan yang saya bawa. Kemudian masak air sekali dan buang. Masak kali kedua barulah saya minum airnya.

Bawa juga  beberapa botol air mineral.  Stock makanan seperti  roti dan biskot serta meggi. Haha ini keperluan kecemasan untuk anak2 selepas naik dari main air mesti mereka kelaparan. 

Sebelum keluar untuk makan berat bolehla mereka menjamah dulu apa yang ada. 

Bila dah jadi mak anak ramai ni.  Saya sangat teliti soal ini. Selalu berhadapan  dengan tumpahan  makanan di atas lantai.  Tu yang saya bawakan siap-siap kain pengelap nya.

Kalau dulu nak ceck out dari hotel  bersepah2 dengan sisa makanan anak.  Sekrang tak lagi.  Lantai juga kemas dan bersih.  Seronok melihatnya 

Lagi pula bila menginap lebih dari  satu malam macamni.  Saya tak suka panggil  housekeeping untuk kemaskan setiap hari.  Lebih selesa bila check out barulah mereka masuk kemaskan.  Lebih privacy  kononnya. 

Begitulah dalam hidup ni.  Kalau kita bersedia dari awal  kita akan hadapinya dengan tenang.  Kalau tak bersedia memang huru hara lah jadinya. 

Boleh imagine tak bagaimana pengakhiran  kita pula kalau tiada persiapan?

Dalam Al-Quran, Allah dah beritahu semua.  Tanda-anda kiamat.  Apa persiapan kita kena lakukan.  Apa kejadian  demi  kejadian di hari akhir ni.

Kita suka mengambil jalan mudah dan selesakan diri sendiri  dengan mengatakan  semuanya kehendak alam.  Berpandukan  fakta sains dan teknologi  kerana sedaya upaya mahu menyangkal peringatan  yang Allah  sampaikan.

Kita takut dengan bayang-bayang sendiri sehinggakan kita kerugian banyak perkara. 

Sedarlah.  Sedarlah. Dunia semakin menuju ke akhirnya. Jangan sampai matahari  terbit dari barat baru nak bertaubat.  Masa tu takde guna lagi.  Pintu taubat dah ditutup  serapat nya.

Bertaubatlah kita sementara masih diberikan waktu ni.

Ingatan untuk diri sendiri juga ni😭

#bicaraMokti

Panduan masak kenduri

As salam...

Ok ini panduan masak kenduri utk 100pax dan ade lebihan ye..

Buffet:

Jika masak nasi utk 100pax beras cukup 8kg shj !
Lebihan ada mayb dlm 20pax lg..
Jika guna beras biasa dan masak nasi yg berperisa contohnya nasi ayam/nasi tomato/jagung dll..
Beli beras yg mengandungi 5%beras hancur..
Kt tepi plastik beras ade tulis..
Beras perlulh dibasuh dan direndam dlm 15minit pastu toskn..

Ok cara2 nk masak nasik berperisa ni perlu ukur beras=air..

Contoh: (jika guna periuk nasi biasa kita dirumah dan masak berulang kali elok guna mug tinggi ni sbg ukuran)
Jika guna periuk besar yg muat 5kg elok guna gayung mandi sederhana tu..pastikn beli gayung baru ya..)
Beras 5 mug tinggi: air 5 mug tinggi juga x termasuk rempah dan susu cair...
Jika penggunaan susu cair melebihi 3tin..
Susu cair tersebut perlu dikira sekali air...
Ukur susu dlm mug tinggi juga...

Contoh:

Beras 10mug tinggi : susu cair 2mug tinggi, air 8mug tinggi, rempah jgn kira..
4tin susu cair = 2mug tgi susu cair..

Jika guna periuk yg besar muat 5kg beras..
Ukur guna gayung yg bersih..
5 gayung beras : 1 gayung susu cair, 4 gayung air..
Rempah jgn kira..

Utk 8kg beras (100pax)
Susu cair 6 tin
Jagung (nasi jagung) 6 tin
Tomato puri (nasi tomato) 6 tin

Jika masak nasi putih pun sama 8kg utk 100pax..
Guna 10% beras hancur pun ok..
Tp nasi x brape cantik la..
Ukuran air pun sama..
1 gayung beras : 1 gayung air..

Beras basmathi pun sama ukurannya..
Jika masak guna periuk kecil dan terpaksa masak byk kali..
Guna kn mug tinggi...
1 mug tinggi beras basmathi : 1 mug air..

Jika masak dlm periuk besar yg muat 5kg..
5 gayung beras : 1 gayung susu cair, 4 gayung air..
Gayung sederhana mmg muat 1kg beras..
1kg beras=7pot beras

Utk 200pax buffet
Beras 15kg cukup ya..
Tp terpulang jika nk buat lebih..

Utk 50pax buffet
Beras 4kg cukup ya...
Tp terpulang jika nk buat lebih..

Utk mknn siap pek (dlm polisterin atau food container)
5kg beras utk 50pax..
9kg beras utk 100pax..

Ok setel bab nasi...

Bab ayam dan daging utk mkn 100pax

Buffet :
Ayam beli yg berat 1.7kg-1.8kg dipotong 14..
Itu dh ngam utk kenduri...
Klu berat kurang dr tu x sesuai potong 14..
Elok potong 12..
Utk lebih jimat kita kene timbang ayam yg range nya mcm kak sarah sebut diatas...

Klu terlalu kecil, tetamu akn ambil 2pcs..
Klu terlalu besar akn menyebabkn pembaziran..
Sb bdk2 terpksa ambil ayam potongan besar pastu x habis ...
Potong 14 adalah amat sesuai skali..
Dgn berat ayam sekitar 1.7kg-1.8kg..
Klu lbh dr 1.8kg-2kg bole potong 16..

Utk daging yg masak berkuah contoh kari:
100pax = 7kg daging
Sb kari ni muai..
Nt nak ltk ubi kentang kan..
Ubi kentang elok ltk 3kg potong 4..
Utk siap pack sama je bhn2nya..

Serbuk kari 1.250kg
Serbuk cili  150g
Santan 1kg

Utk daging masak kicap/hitam atau rendang atau beriani yg kuah kering 100pax:
Adalah digalakkn utk guna 10kg daging..
Utk siap pack bole guna 8kg dgg shj tp perlu bajet dgg yg diltk..

Utk ayam masak merah 100pax:
9 ekor ayam potong 14..
500gram cili kering direbus dan dikisar..
1kg sos cili
1kg sos tomato
Gula 700g
Garam 2senduk
Aji 2 sudu rata

Utk dalca 100pax:

Serbuk kari 1.250kg
Serbuk cili 150g
Bawang merah 1/2kg kisar
Bwg putih 250g kisar
Halia 100g kisar
Terung pjg 8btg potong kiub 1 inci
Karot 20 btg potong memanjang 3cm
Ubi kentang  3kg potong 6
Kacang pjg 1kg potong 3cm
Santan 1kg
Gula dan garam ikut rasa masing2..

Acar nenas 100pax:
Nenas moris 6bijik potong 6 menegak buang empulur pastu potong dlm 1cm lebar..
Timun 10 batang saiz bsr potong 6 menegak buang biji pastu potong 1cm lebar
Bwg besar 2kg belah dua menegak pastu potong bulat dan nipis2..
Lada merah 1/2kg potong nipis2 serong..
Gula 1kg
Garam 2senduk rata
Cuka 500ml
Masuk semua dlm besen pastu gaul sebati..

Utk masak mee goreng 50pax buffet:
Mee 5kg
Taugeh 2kg
Sawi 3 ikat
Cili kering 100g kisar
Bwg 5bijik kisar
Bwg putih 2labu kisar
Rencah ikut suka

Utk mee goreng 50pax siap packing:
Mee 7kg
Taugeh 3kg
Sawi 4 ikat
Cili kering 150g kisar
Bwg  8bijik kisar
Bwg putih 3labu kisar
Rencah ikut suka

Meehun goreng 50pax buffet:
Bihun 3.3kg
Taugeh 2kg
Sawi 3ikat
Cili kering 150g kisar
Bwg 5bijik kisar
Bwg putih 2labu kisar
Rencah ikut suka

Meehun goreng 50pax siap packing:
Bihun 4.5kg
Taugeh 3kg
Sawi 4ikat
Cili kering 150g kisar
Bwg 8bijik kisar
Bwg putih 3 labu kisar
Rencah ikut suka

Klu ada apa2 nk tny bole tny kt komen ya..
Silakn like dan share..

Jgn lupa cuba masak sendiri lbh jimat ..

In shaa Allah

Jurnal ramadan

JADUAL HARIAN SEORANG MUKMIN DI BULAN RAMADHAN 1439/2018

4.00 PAGI

1. Bangun tidur dan baca doa.
2. Berniat untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan pada hari ini.
3. Mandi dan membersihkan diri.
4. Mengambil wudhu' dan memakai pakaian yang suci dan wangian.

4.30 PAGI

1. Solat sunat Taubat (التوبة) 2 rakaat.
- Angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. - Menangislah menyesali dosa-dosa lalu.
2. Solat sunat Tahajjud 2/4 rakaat.
– Selepas solat, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
3. Solat sunat Hajat 2 rakaat.
- Ketika sujud terakhir sertakan di dalam hati segala hajat ‘DUNIAWI & UKHRAWI.
4. Solat sunat Witir 3, 5, 7, 9 ATAU 11 rakaat.
5. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita dan menerima amalan kita.
6. Baca dan tadabburlah Al- Quran.
7. Berzikir.

5.15 PAGI

1. Makan sahur.
2. Bersiwak atau mengosok gigi dan membersihkan mulut.

5.30 PAGI

1. Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat/berzikir.
2. Solat sunat Subuh, solat Subuh berjemaah dan berwirid atau membaca ma’thurat.
3. Baca dan tadabburlah Al-Quran.

10.00 PAGI

1. Sembahyang sunat Dhuha 2/4/6/8 rakaat.
2. Bersedekah harta/tenaga.
3. Baca dan tadabburlah Al-Quran walaupun beberapa ayat sahaja.

1.00 tengahari

1. Bersiap untuk solat Zohor.
2. Menunggu waktu solat dengan berselawat/berzikir.
3. Solat Zohor berjemaah.
4. Laksanakan juga solat sunat Rawatib.
5. Baca dan tadabburlah Al-Quran.

4.30 PETANG

1. Bersedia untuk solat Asar.
2. Laksanakan solat sunat Qabliyah.
3. Solat Asar berjemaah.
4. Berwirid atau membaca ma’thurat.
5. Baca dan tadabburlah Al-Quran.

5.30 PETANG

1. Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih serta tidak membazir dan boros.
2. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!

7.00 PETANG

1. Siap sedia anak isteri untuk berbuka puasa.
2. Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah saat dimustajabkan doa.
3. Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak. Solat Maghrib berjemaah.

8.00 MALAM

1. Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Tarawih
2. Bacalah Al-Quran dengan penuh tadabburتدبر , seeloknya baca dengan bertadarus (seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatam-kan Al-Quran.

11.00 MALAM

1. Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2. Berniatlah untuk puasa esok hari .
3. Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4. Bacalah doa tidur.
5. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

Semoga bermanfaat

Amalan menjemput rezeki

KENAPA AMALAN2 MENGUNDANG REZEKI KITA TAK BERHASIL😥
.
.
Kadang kala Kita dah buat macam macam Amal

Dhuha 12 rakaat
Sedekah
Tahajjud
Zikir2

Tapi Kita Tak nampak sebarang keajaiban pun berlaku pada diri Kita.
.
Ada orang kita tengok buat sikit je tapi macam2 miracle dia dapatkan?
.
Okay  Ada beberapa perkara nak highlight :
.
.
===
First, TIADA AMALAN YG SIA2
===
.
.
Sebenarnya amalan dan hasilnya belum kita nampak itu bukan gagal, apalagi disebut usaha  sia-sia. Ingat, tak ada usaha yang sia-sia. inshaAllah.
.
Kalau kita sudah buat sungguh sungguh bekerja keras, tapi hasilnya belum kelihatan,
Sebenarnya Kita sedang  #bercucuk tanam.
.
Menanam pohon energi positif buat masa depan Kita.
.
.
Saat  pohonnya berbuah, Kita sendiri yang menikmati hasilnya nanti.
.
Kalau tidak di dunia inshaAllah di akhirat nanti.
.
.
===
Second : ISTIQAMAH
===
.
.
Boleh jadi mereka yang Kita Kira buat Amal sedikit tu tapi berjujuk jujuk keajaiban mendatangi mereka sebenarnya  sedikit yang sudah sekian  lama mereka #KONSISTENT buat.
.
Sayangnya kita cuma lihat hasilnya saja. Tetapi tidak  lihat pohon energy yang dia tanam dan dia rawat sekian lama.
.
.
Dan Kita Amalan yang 'banyak' Kita buat itu baru  sehari dua Kita buat. 🤣
.
.
Jadi jom  Kita bajai   pohon itu, sirami dia dengan usaha-usaha positif berterusan.
.
.
===
Third : AMALAN  vs PENGHALANG REZEKI
===
.
.
Kita asyik buat amalan2 yang mengudang keberlimpahan rezeki.
.
Tapi kita lupa untuk menambah ilmu tentang sikap sikap dan benda2 yang boleh menyekat rezeki. Dan membuatkan rezeki bocor di sana sini.
.
.
Boleh jadi amalan yang Kita sedang buat sekarang habis digunakam buat menampalkan kebocoran rezeki kita.
.
.
Itu jugak satu rahmat sebenarnya.
.
Amalan tadi Allah tukar dengan segala musibah yang dah tertulis untuk itu.
.
Ada banyak pola, ada banyak cara, untuk Kita seimbangkan antara amalan2 mengundang rezeki Dan ILMU tentang perkara2 yang membocorkan rezeki.
.
.
===
keeempat : MIRACLE yang sebenarnya
===
.
.
Ini yang paling penting harus Kita ingat dan semat
.
Rezeki itu bukan hanya soal duit tapi juga soal ke-LAPANG-an dan juga ke-SEMPAT-an.

Banyak orang yang Ada duit yang banyakkk, tapi tak ada KELAPANGAN untuk melakukan hal-hal baik.  Solat dhuha, tahajjud, etc

Banyak orang yang punya WAKTU, tapi tak ada KESEMPATAN untuk menghadiri
Hal Hal yang baik
.
Rezeki besar sebenarnya ketika Kita Mula buat amalan amalan ini.
.
.
Yang terlebih penting selalu upgrade NIAT Dan upgrade ILMU dalam beramal. hasilnya akan Kita nikmati nanti.
.

.
Dapat sesuatu? Belanja Komen YA WAHHAB seround
Thank you 😍

"Antara faktor keluarnya darah istihadhah & keguguran..adalah kerana masuk ke bilik air ketika azan berkumandang!!!..

Ketika syaitan & tenteranya berlari2 ke dalam tandas, ketika itulah juga kita menyertai mereka.

Maka, masuklah ke dalam tandas sebelum atau selepas azan..

Perasan atau tidak. Ketika kita berwudhuk, mula solat, semasa solat dan mula membaca AlQuran, ketika itulah, anak-anak kecil kita mula bergaduh..menangis..mahu itu & ini?

Di situlah syaitan memainkan peranannya mengganggu melalui bisikan:
'Mak tak dapat kacau..dapat anak pun jadilah..'
Lalu para ibu sering jadikan anak sebagai alasan untuk tidak dapat solat dengan khusyu' atau yang lebih parah, tidak solat langsung!

Maka amalkan membaca doa berikut: (doa yang Nabi SAW ajar kepada Hasan & Husin untuk berlindung dari gangguan iblis & syaitan)

Moga kita sentiasa dilindungiNya...

"Perkongsian Alfadhilah Ustazah Nor Hafizah Musa..Kelas Pengajian Fiqh Wanita Siri 3/2013 08 Mac 2013..12pm-1.30pm"

Fadhilat surah Yasin

Kita sering kali membaca Surah Yaasin.. 📖📖📖
tetapi pernahkah kita memahami setiap baris ayat tersebut..

Sekadar Perkongsian Bersama..
Surah Yaasin

Pengertian Setiap Ayat :
Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri

Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita terutama orang kafir.

Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri daripada difitnah dan kejahatan mulut.

Ayat 29 - Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita.
Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.

Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya - Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, kita umat Muhammad s.a.w, kita orang Islam dll.

Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.

Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan.
Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya : Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal, elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - dibaca untuk menjauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan ke-dua - Hancur
Tiupan ke-tiga - Semua orang dihidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.

Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3 kali.

Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.

Ayat 77 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.

Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada ayat yang bermaksud : "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?"

Ayat 78 dan 79 - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.

Ayat 80 - "Katakanlah, yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100 kali. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari.

Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan 👍
Sila kongsikan, semoga kitani sama2 dpt manfaat..😃

AlQuran pembela kita

*Ketika Mayat Meminta Tolong Kepada Seluruh Orang Yang Dikenalnya*



*Orang yang mati awalnya tidak menyedari bahwa dirinya mati. Dia merasa dirinya sedang bermimpi mati. Dia melihat dirinya ditangisi, dimandikan, dikafani, disolati hingga diturunkan ke dalam kubur. Dia merasa dirinya sedang bermimpi saat dirinya ditimbun tanah. Dia berteriak-teriak tapi tidak ada yang mendengar teriakannya*

*Beberapa waktu kemudian*

*Saat semua sudah pulang meninggalkannya sendirian di bawah tanah. Allah kembalikan ruhnya. Dia membuka mata, dan terbangun dari “mimpi” buruknya.*

*Dia senang dan bersyukur, bahwa ternyata apa yang dia alami hanyalah sebuah mimpi buruk, dan kini dia sudah bangun dari tidurnya.*

*Kemudian dia meraba badannya yang hanya diselimuti kain sambil bertanya terkejut,*

*“Dimana bajuku? Kemana seluarku?” Lalu dia meraba sekelilingnya yang berupa tanah “Dimanakah aku?” “Tempat apa ini? Kenapa bau tanah dan lumpur?” Kemudian dia mulai menyedari bahwa dia ada di bawah tanah, dan sebenarnya apa yang dialaminya bukanlah mimpi! Ya, dia sadar bahwa dirinya benar-benar telah mati.*

*Berteriak lah dia sekeras-kerasnya, memanggil orang-orang terdekatnya yang dianggap boleh menyelamatkannya:*

*“Ibuuuuu….!!!!*
*“Ayaaaaaah…!!!!”*
*“Neneeeek!!”*
*“Kakaaaaak!!!”*
*“Sahabaaaaat!!!”*

*Tidak ada seorang pun yang menjawab nya. Dia yang selama ini lupa pada Allah pun ingat bahwa ALLAH adalah satu-satunya harapan.*

*Menangis lah dia sambil meminta ampun,*

*“Ya, Allaaaaaaah…. Ya Allaaaaaaah…. Ampuni aku ya Allaaaaaaah….!!!”*

*Dia berteriak dalam ketakutan yang luar biasa yang belum pernah dirasakan sebelumnya sepanjang hidupnya.*

*Jika dia orang baik, maka muncullah dua malaikat dengan wajah tersenyum akan mendudukkannya dan menenangkannya, menghiburnya dan melayaninya dengan pelayanan yang terbaik.*

*Jika dia orang buruk, maka dua malaikat akan menambah ketakutannya dan akan menyiksanya sesuai keburukannya.*

 

*Pertolongan Al-Quran di Alam Kubur*

*Dari Sa’id bin Sulaim ra, Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda:*

*“Tiada penolong yg lebih utama darjatnya di sisi Allah pada hari Kiamat daripada Al-Qur’an. Bukan nabi, bukan malaikat dan bukan pula yang lainnya.” (Abdul Malik bin Habib-Syarah Ihya)*

*Al Bazzar meriwayatkan dalam kitab La’aali Masnunah bahwa jika seseorang meninggal dunia, ketika orang – orang sibuk dengan kain kafan dan persiapan pengebumian di rumahnya, tiba -tiba seseorang yang sangat tampan berdiri di kepala mayat. Ketika kain kafan mulai dipakaikan, dia berada di antara dada dan kain kafan.*

*Setelah dikuburkan dan orang – orang mulai meninggalkannya, datanglah 2 malaikat. Yaitu Malaikat Munkar dan Nakir yang berusaha memisahkan orang tampan itu dari mayat agar memudahkan tanya jawab.*

*Tetapi si tampan itu berkata: ”Ia adalah sahabat karibku. Dalam keadaan bagaimanapun aku tidak akan meninggalkannya. Jika kalian ditugaskan utk bertanya kepadanya, lakukanlah pekerjaan kalian. Aku tidak akan berpisah dari orang ini sehingga ia dimasukkan ke dalam syurga.”*

*Lalu ia berpaling kepada sahabatnya dan berkata, “Aku adalah Al quran yang terkadang kamu baca dengan suara keras dan terkadang dengan suara perlahan.*

*Jangan kuatir setelah menghadapi pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan mengalami kesulitan.”*

*Setelah para malaikat itu selesai memberi pertanyaan, ia menghamparkan tempat tidur dan permadani sutera yang penuh dengan kasturi dari Mala’il A’la (Himpunan Fadhilah Amal : 609)*

*Allahu Akbar, selalu saja ada getaran haru selepas membaca hadits ini. Getaran penuh pengharapan sekaligus kekhuatiran. Getaran harap karena tentu saja mengharapkan Al-Quran yang kita baca dapat menjadi pembela kita di hari yang tidak ada pembela. Sekaligus getaran takut, kalau-kalau Al-Quran akan menuntut kita.*

*Banyak riwayat yang menerangkan bahwa Al-Quran adalah pemberi syafa’at yang pasti dikabulkan Allah Subhanahu wa Ta’ala.*

*Ya Allah, ampunilah dosaku, dosa ibu bapaku, keluargaku, saudaraku dan seluruh kaum muslimin, Ya Allah, jangan Engkau cabut nyawa kami saat tubuh kami tak layak  berada di SurgaMu. Aamiin.*

*Sahabat sekarang anda memiliki dua pilihan,*

*1. Membiarkan sedikit pengetahuan ini hanya dibaca disini*
*2. Membagikan pengetahuan ini kesemua teman mu , insyallah bermanfaat dan akan menjadi pahala bagimu. Aamiin..*

*Boleh di SHARE sebanyak mungkin!*
*_Siapakah sahabatku selama di alam kubur dialah AL - QUR'ANNUL KARIM_*

Hutang dhuha

*HUTANG DHUHA*
Maaf panjang sikit tapi jangan tak baca... RUGI
Baca sampai habis tau.

Satu ilmu yang saya baru tahu yang  saya rasa terpanggil untuk berkongsi  dengan anda adalah ilmu tentang solat dhuha.

Seorang Ustaz dari Indonesia yang bernama Ustaz Yusuf Mansur sangat memperjuangkan dan membudayakan kelebihan dan manfaat melakukan solat dhuha dan sedekah di negaranya.

Didalam bukunya bertajuk “ Undang saja Allah; Belajar Syukur, Belajar Yakin” beliau memperkenalkan konsep “ Hutang 2 Rakaat Dhuha”.

Di dalam buku tersebut beliau membahaskan konsep bahawa *kita sudah terlalu banyak berhutang dengan Allah* sebenarnya.

Kerana kita terlupa untuk “membayar” bayaran kerana kita memakai mata, tangan, kaki, jantung serta organ kita yang lain kepada Allah.

Oleh kerana Allah tahu bahawa kita tidak akan mampu membayar semua nikmat tersebut menggunakan wang, oleh itu Dia dengan kasih sayangnya mensyaratkan bahawa solat sunat dhuha 2 rakaat sebagai bayarannya.

Seperti yang tercatat di satu hadis “ 
*Pada setiap manusia terdapat tiga ratus empat puluh sendi. Setiap satu sendi harus disedekahi olehnya. Para sahabat bertanya, ‘ siapakah yang sanggup melakukannya wahai Rasulullah?  Rasulullah bersabda, jika terdapat kotoran dimasjid, tutuplah dengan tanah ( buang dan bersihkan), dan jika ada sesuatu yang merintangi jalanan, jauhkanlah. Jika engkau tidak sanggup melakukannya maka solat dhuha dua rakaat sebagai gantinya bagimu”*(HR. Imam Ahmad)

Dan menurut riwayat yang lain, “ Setiap pagi semua anggota badan masing-masing dari kalian wajib disedekahi. Setiap kali tasbih adalah sedekah.

Setiap kali tahmid adalah sedekah. Setiap kali tahlil adalah sedekah. Setiap kali takbir adalah sedekah. Amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah sedekah. Semuanya terpenuhi dengan dua rakaat solat dhuha.” ( HR. Muslim ).

Melalui hadis diatas, semakin jelas kepada kita bahawa kita sudah banyak berhutang kepada Allah selama ini rupanya. Ada diantara kita yang berumur 20, 30 malah mungkin 50 tahun, akan tetapi baru tahu akan hal ini.
Kita baru tahu yang kita sedang berhutang sebenarnya. Bahkan ini baru hutang dhuha, belum lagi dikira hutang solat wajib, hutang zakat, juga hutang yang lain-lainnya.  Pasti sangat banyak kiraannya.

Jika setahun kita berhutang dhuha 2 rakaat, jika dikira agak –agak berapa rakaat yang perlu kita bayar?  Jika setiap tahun mengandungi 365 hari di darab dengan 2 rakaat dhuha yang ditinggalkan, jumlah hutang  dhuha kita pada Allah  setahun adalah 730 rakaat. Maka jika 10 tahun adalah 7300. Masha Allah.

Bagaimana pula jika 20 atau 30 tahun? Sungguh banyaklah bukan?.
Persoalannya disini, adakah betul kita harus membayar hutang hutang tersebut? Jika ya, bagaimanakah cara mahu membuatnya?.

Untuk menjawab persoalan tersebut, saya ingin berkongsi apa yang diceritakan ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut tentang hal ini.

Seorang pekerja kerajaan telah datang bertemunya selepas beliau menyampaikan satu ceramah dan pekerja tersebut menceritakan bahawa dia terkena satu musibah.

Wang tabungan yang sudah dikumpul selama setahun telah hilang kerana dicuri. Agak banyak jumlahnya. Dia sangat tertekan dengan hal tersebut dan pergi menemui Ustaz Yusuf Mansur.Ustaz dengan pantas bertanya, “ Ada mengamalkan solat dhuha tak selama ini?” kemudian pekerja itu menjawab bahawa dia tidak atau kalau lakukan pun agak jarang sekali. Kemudian secara langsung ustaz menjawab, “ Patutlah Allah mengambil   (melalui pencuri)  duit tersebut, diambil Allah wang tersebut untuk “bayar” hutang rupanya”. Begitu juga kalau berbisnes atau berniaga, setelah sekian lama berniaga, namun kita masih tak dapat membuat simpanan, itu mungkin kerana kita tidak berdhuha selama ini.

Berbalik kepada persoalan bagaimanakah kita ingin membayar hutang-hutang dhuha kita itu, adakah kita perlu bersolat sunat dhuha tanpa henti supaya hutang-hutang kita terbayar?

Adakah kita perlu bersedekah supaya hutang kita itu dilunasi?. Anda rasa bagaimana? Mengikut cadangan Ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut dia ada berkongsi sedikit tips dan cara bagaimana kita boleh membayar hutang-hutang Dhuha kita.

Seseorang bernama Saifullah telah menghantar satu sms
kepada ustaz :

“ Ustaz, saya baru terbaca tentang hutang dhuha di program Dhuha Coffee ustaz. Saya termasuk orang yang mempunyai hutang dhuha dengan Allah. Saya kini berumur 34 tahun 2 bulan. Ertinya jika saya akil baligh umur 10 tahun, saya sudah berhutang 24 tahun. Dalam sekitar 8,760 hari itu saya berhutang 17,520 rakaat. Mungkin ini sebabnya saya merasakan hidup saya kurang diberkati. Sekarang bagaimanakah saya mahu melunasinya? Wassalam”

Antara tips ustaz yang sangat menarik dan relevan untuk diaplikasikan adalah melalui *menyeru orang lain juga untuk berdhuha*. Ya, ceritakan juga akan konsep hutang dhuha ini kepada sebanyak mungkin orang yang anda kenal. Dengan cara ini sahajalah hutang-hutang anda mampu dilunasi kerana setiap kali orang lain berbuat kebaikan yang mereka dapat inspirasi melalui anda, secara langsung anda akan mendapat pahala. Kebaikan dan amalan yang mereka lakukan secara langsung akan menjadi saham pahala anda juga.

Namun, pasti akan ada yang bertanya, “ Tetapi bukan semua pandai untuk menceritakan perkara- perkara sebegini kepada orang lain”. Pasti akan terdetik difikiran, sesetengah antara kalian. 

Jika anda tidak mampu menceritakan akan tentang konsep hutang dhuha, apa kata anda mulai dengan mengajak orang berdhuha mengikut keadaan dan tahap yang anda selesa.

Jika anda ada Blog atau Facebook, WhatsApp, Telegram, Wechat dan sebagainya, cuba menggalakkan orang lain supaya berdhuha.

Jika anda sebagai ketua jabatan, sediakan masa 10 minit sebelum memulakan kerja dan mengajak pekerja bawahan anda melakukan solat sunat Dhuha.

Jika anda seorang pengacara Radio atau Televisyen, selitkan manfaat dan kelebihan Dhuha didalam percakapan anda. Jika anda seorang pemimpin, nasihatilah dan berikan motivasi tentang kelebihan berdhuha kepada rakyat anda. Jika anda guru atau pensyarah, sediakan waktu untuk mengajak pelajar–pelajar anda berdhuha disetiap pagi. Namun, jangan hanya menyuruh, ceritakan juga kepada mereka kelebihan melakukan solat dhuha. Supaya mereka lagi bermotivasi.

Setiap di antara anda mampu membayar hutang tersebut jika anda berterusan menyeru dan memotivasikan akan orang disekeliling anda tentang kelebihan solat sunat dhuha.

Oleh kerana penulis juga merasakan bahawa diri penulis juga mempunyai banyak hutang dhuha, maka penulis rasa penting untuk berkongsi akan konsep ini.

Moga moga jika antara kalian mengamalkan juga menyebarkan kepada orang ramai, harapnya akan terlunasi juga hutang dhuha.

Semoga amalan kita diterima sebagai amalan soleh.

Jom kita sebarkan kerana Allah...👍👍👍
In shaa Allah... Aku akan sampaikan berita

Resepi nasi kakwok

Tengah tunggu En. Hubby datang jemput

Tetiba resepi Nasi Kak Wok nie bikin ai terliur

Parking sat lah resepi
Mana tau mood rajin boleh buat

RESIPI NASI KAK WOOK BERPUAKA
==============================

Time panas panas merecikk.
Ratah ayam part paling syiokkk.

Model utama:
Nasi putih tanak letak daun pandan simpul. Khasiat banyak tauuu.

Gulai Ayam:
~bawang bombay - 4 labu
~bawang putih - 5 ulas
~halia - 1 inci setengah
~lengkuas - 1 inci setengah
rempah kari daging - 3 sudu
~rempah kerutub - 1 sudu
~Kacang panjang - potong
~Terung potong kecik2
~Leher ayam, kaki ayam, sayap dan paha dipotong2 kecil.
~Santan (jgn pekat sgt)
~ Garam dan kiub ayam
~ 1 kerek nisan

Cara-Caranya
1. Blend bawang merah putih halia & lengkuas hingga lumat dan tumis sampai wangi.
2. Rempah kari & rempah kerutub bancuh dgn air dan gaul pada ayam. Perap sekejap.
3. Kemudian masukkan kedalam bahan2 yg ditumis tadi. Masukkan ayam dan masak ayam empuk. Masukkan santan. Masak sehingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat. Masukkan terung dan kacang panjang.
4. Masuk garam, gula nisan dan serbuk kiub ayam. Masak sekejap.

Ayam Goreng Harum:
~1 ekor Ayam - potong kecik2
~Garam- 2 sudu kecik
~kunyit hidup - 2 inci tumbuk lumat
~serbuk kunyit - 1 sudu kecik
~serbuk cili - 1 sudu kecik
~*Daun kari 3 tangkai

#Tips daun kari untuk rasa, bau dan lalat tak suka bau ni. Wallllahhhh!

Cara2nya
1) Ayam basuh bersih dan toskan.
2) Potong kecik. Lumurkan ayam dgn bahan2 diatas dan perapkan sekejap.
3) Goreng ayam dlm minyak terendam sampai sederhana garing.

Sambal Belacan Ala Kak Wok:-
4 biji cili kering - direbus
Cili padi ikut pedas
2 inci belacan
1 labu bawang besar dibakar
1 labu bawang putih dibakar
Gula, garam, perasa
Air asam jawa

Cara2nya:-
Blend semua bahan diatas kemudian masukkan perahan asam limau kasturi berserta dgn kulitnya.
.
Kredit Resipi - Rusmida Rusdi

#ResepiPilihan
#JomMasak

Toner saya

Saya kan pakai toner jenama simple  je.  Memang simple  jela kisahnya. Hampir  4bulan tu nak abis dah.

Tadi masa jalan2 tu saja la nak try toner baru.  Beli la yang eversoft tu. Tengokla macamana kang.  So far try pakai lepas mengunyit tadi rasa ok.

Kulit  saya jenis over sensitif. Kalau tak ngam dia terus on the spot rasa. Biasanya  kalau tak serasi dia rasa tak selesa/panas/melekit/ naik jerawat halus atau besar.  Semua ni muncul sebaik sahaja sekali pakai.

So test dulu malam ni.  Kalau pagi  esok clear  takde alien baru muncul maknanya alhamdulillah  serasi.  Toner tu 150ml rm19 hinggit je🙈

Nak try yang harga rm39 tadi.  Tapi rasa mahal pulak.  Mungkin sebab di luar kemampuan sebab tu rasa mahal.

Itu bagi saya la.  Saya pilih yang saya mampu jer. Bila saya mampu beli,  cepat la boleh try.  Kalau produk tu kita tak mampu beli.  Walaupun elok tahap melangit.  Tetap kita tak beli. 

Itu saya lah.  Korang saya tak pasti la.  Harhar.

Macam scrub tu pun sebab saya mampu beli dan mampu pakai.  Rm25 harga  biasa.  Harga promosi sekarang rm20.

Mampu ke mampu sangat? 😘

#beautyWithBrain  gittew💋

Jerawat

JANGAN BIARKAN JERAWAT MENGHANTUI DIRI ANDA

JENIS-JENIS JERAWAT

1.  Jerawat Papula - Merupakan jenis jerawat radang kulit, berbentuk benjolan lembut kemerah-merahan.
2. Jerawat Pustula - Bintik merah yang meradang dan muncul sebagai bintil merah dengan pusat putih atau kuning ( bernanah)
3. Blakheads - Biasanya terjadi apabila sebahagian pori kulit tersumbat dengan sebum (minyak), bakteria dan sel-sel kulit mati. Warna hitam itu bukan di sebabkan oleh kotoran dan di sebabkan oleh pigmen kulit-melanin, bertindak balas dengan oksigen di udara.
4. Whiteheads - Biasanya terbentuk ketika pori tersumbat sepenuhnya dan memerangkap sebum (minyak), bakteria, dan sel-sel kulit mati, menyebabkan paparan putih di permukaan kulit anda.
5. Nodule -Terdiri daripada benjolan keras di bawah permukaan kulit. Lebih besar dan sangat menyakitkan, serta kadang-kadang tidak hilang selama berbulan-bulan. Jerawat ini menyumbang kepada parut berlubang dan trauma teruk serta luka pada permukaan kulit. Jika tidak di rawat dengan betul, Nodul ini akan terbentuk semula walaupun selepas kecut. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.



BAGAIMANA JERAWAT TERBENTUK
Secara ringkasnya, apabila kita akil baligh, hormon androgen dalam badan meningkat menyebabkan kelenjar sebum yang mengeluarkan minyak di kulit kita makin aktif.

Minyak yang berlebihan di kulit kita menyebabkan folikel rambut (atau bulu roma) mudah tersumbat menyebabkan sisa sel kulit terkumpul dalam liang folikel dan membentek 'mikrokomedo'.

Mikrokomedo ini kemudian membesar lalu menjadi jerawat yang dapat dilihat dengan mata kasar. Jika komedo tertanam di dalam liang, ia menjadi komedo tertutup dan menghasilkan 'jerawat batu'.

Pembentukan komedo ini akan menyebabkan pertumbuhan kuman, ini akan menyebabkan sel-sel badan yang melawan penyakit (leukosit) berkumpul pada komedo lalu menyebabkan keradangan (inflammation).

Pengumpulan sel ini menyebabkan jerawat jadi merah dan dikenali sebagai papule. Jika bertambah teruk, nanah akan terkumpul dalam komedo lalu hasilkan jerawat berpustul. Jika pustule ini tidak dirawat, jerawat boleh pecah dan menjangkiti bahagian kulit lain. Semasa postule pecah, kesan parut akan tertinggal dan ini akan mencacatkan paras rupa kulit jika jerawat ini tumbuh di muka.




PUNCA MUKA NAIK JERAWAT
Pengaruh Hormon
Bagi seorang remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Hmm sebab tulah kalau kita tengok hari ini lebih ramai dari kalangan remaja perempuan dan awal dewasa yang mengalami masalah jerawat berbanding wanita dewasa. Walaubagaimanapun, kebiasaannya, liang sebaceous yang hasilkan sebum ni akan semakin berkurangan apabila meningkat dewasa. Tapi benda ni bergantung juga, hormon tak stabil pon boleh menjadi punca jerawat juga tau.

Tekanan (Stress)
Percaya atau tidak, lagi anda stress, lagi banyaklah jerawat yang akan keluar. Berterusan dalam stress hanya akan memburukkan lagi simptom jerawat anda. Walaubagaimanapun, dengan rawatan yang betul, jerawat masih boleh dicegah. Stress teruk boleh menyebabkan radang terhadap jerawat. Hal ini kerana adrenalin serta hormon androgen yang ada dalam badan dikeluarkan secara berlebihan apabila kita stress dan menjadi punca lebih banyak jerawat yang akan timbul hewhew. Jangan stress, banyak jerawat jangan dok tengok cermin sangat nanti lagi stress sebab muka tak licin.


Pemakanan
Isu pemakanan jadi punca jerawat sebenarnya masih tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Tapi memandangkan diet pemakanan kita mempunyai kesan langsung terhadap insulin dalam badan kita, maka ia juga boleh mempengaruhi hormon-hormon lain dalam tubuh termasuklah hormon androgen tadi. So, secara tak langsung, adalah juga kaitannya pemakanan kita tadi sebagai penyebab pertumbuhan jerawat. Seeloknya elakkan makanan yang berminyak dan pedas. Makanan pedas jika selalu diambil boleh mengaktifkan keradangan pada jerawat. Seafood juga tidak digalakkan bagi penghidap jerawat ni, sebab seafood mengandungi toksin yang tinggi dan menyebabkan usus kotor jesteru menjadi punca timbulnya jerawat. Selain itu pemakanan yang sihat juga perlu diamalkan bagi menghasilkan kulit yang baik, we are what we eat right ??

Pakaian
Haa. Jangan tak tau. Pakaian anda juga boleh jadi punca anda ditumbuhi jerawat terutamanya pada bahagian belakang badan. Belakang badan kita juga mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum dan minyak. Oleh itu, pakailah pakaian yang sesuai dengan iklim tropika di Malaysia ni. Pakaian yang sesuai ialah yang memudahkan pengudaraan pada kulit anda dan bersih. Bukanlah bermaksud anda perlu mendedahkan aurat yer. Menurut satu kajian, memakai pakaian tertutup yang tidak mendedahkan kulit anda secara langsung semasa keluar boleh mengelakkan masalah seperti kanser kulit dan jangkitan bakteria akibat pencemaran. Itulah salah satu hikmahnya orang Islam disuruh menutup aurat. Selain menjaga maruah dan keaiban diri (Mendedahkan parut dan sebagainya yang tidak elok dilihat). Orang yang malas mandi juga lebih berisiko mendapat jerawat pada bahagian badan. Ye anak-anak?? Yang paling penting jaga kebersihan pakaian, nak muka cantik kena jadi pembersih sikit tau! Jangan muka cantik tapi mak oih baju kepams.

Penggunaan produk kosmetik dan kecantikan
Jika anda selalu menggunakan alat solek dan kosmetik pada wajah, tetapi tidak membersihkannya dengan baik, maka ini boleh menjadi penyebab tumbuhnya jerawat. Pilihlah alat solek yang berasaskan bahan semulajadi untuk kulit lebih sihat. Memilih alat solek yang mengandungi bahan terlarang dan merbahaya hanya akan memburukkan lagi keadaan anda.

Jangkitan bakteria
Terdapat bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium Acnes. Ini adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang mempunyai masalah jerawat biasanya mempunyai lebih banyak bakteria ini pada kulit mereka. Oleh itu, berhati-hati semasa menyentuh jerawat kerana ia boleh memindahkan bakteria ini ke bahagian yang lain pula. Anda juga perlu lebih peka dengan keadaan sekeliling yang akan menjadi punca jerawat, elakkan pakai tudung yang sama berulang kali dan juga basuh cadar dengan kerap. 

KESAN JERAWAT KEPADA KULIT

Walaupun jerawat ini bukanlah satu penyakit yang membahayakan, tetapi ia boleh menyebabkan kesan jangka pendek dan juga jangka panjang.

Kesan jangka pendek akibat jerawat:
1. Bintik merah di muka
2. Rasa malu yang teruk
3. Sakit
4. Kulit jadi kering, kusam dan gatal.
5. Kulit jadi terlalu berminyak.
6. Warna kulit jadi tidak sekata

Kesan jangka panjang jerawat:
Jerawat teruk yang tidak dirawat dengan baik boleh menyebabkan
[+] Parut yang brekekalan
[+] Kulit muka jadi berlekuk dan tidak rata
[+] Bintik hitam dan putih pada muka
[+] Rasa kurang keyakinan diri.
[+] Alami tekanan perasaan.


Oleh itu bagus jika ambil langkah berjaga2 dengan menscrub wajah dengan mk beauty scrub kami.  Hanya rm25 seboto 3minggu penggunaan 

Hubungi saya jika berminat 
013 207 0383 

Cara berdoa

*TUKAR CARA BERDOA.*

Moga sahabat yg membaca beroleh manfaat yg sebanyaknya ..
Inshaa Allah siapa yang betul-betul amalkan, The Power of Doa ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. Inshaa Allah..

*#FORMULA_1*

Sebelum ini kita selalu berdoa, "Ya Allah berikanlah aku kekuatan." Jika kita berdoa begitu, maka Allah akan sentiasa UJI untuk test kekuatan kita. Faham faham?

Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,

"Ya Allah lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya Allah keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya Allah bantulah aku ".

*#FORMULA_KE_2*

Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, "Ya Allah BERILAH aku...". Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,

"Ya Allah KURNIAKANLAH aku..."

Kerana apa? Jika kita sebut BERI maka bila-bila masa Allah boleh ambil balik. Namun, jika sebut KURNIA, maka Allah akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila InshaaAllah.

*#FORMULA_KE_3*

Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, "Semoga DIMURAHKAN rezeki". Selepas ini, latihkan baca doa begini:

"Semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat."

Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita Allah dengar dan yakin Allah makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.

*#FORMULA_KE_4*

Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contohnya, “Ya Allah, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah” dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan Allah.

Kalau selama ni kita hanya minta pada Allah sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya:

"Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya Allah..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya Allah..

Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Tuhan yang Maha mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku. '

Amin Ya Mujib.

Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada Allah yang memberikan nikmat itu.

*#FORMULA_KE_5*

Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada Allah.. hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yg telah Allah beri.. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yg sudah ada di hadapan kita..

Jadinya, bersyukur dulu atas apa yg Allah dah beri, maka Allah akan tambahkan lagi.. Sebagai contoh:

"Ya Allah, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya Allah.."

*#FORMULA_KE_6*

Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di Arasy akan turut mengaminkan doa kita.. satu contoh,

"Ya Allah, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya Allah.. bantulah dia ya Allah, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya Allah.."

Moga Bermanfaat. 🙂

Jemput SHARE supaya lebih ramai lagi yg mendapat manfaatnya.. 🤗

Tips anak bijak

Hajat pada anak...

Aku ada seorang kakak. Akak aku ni biasa-biasa je tapi Alhamdulillah anak-anak dia bijak bijak. Selalu terima anugerah kat sekolah.

Pagi tadi dia reveal satu petua. Sangat simple. Cuma tinggal rajin ke tak rajin je nak buat. Kau malas memang tak kemana laa.

Caranya:

Setiap pagi kau baca ayat ke 82 surah Yaasiiin. "INNAMA AMRUHU IZA ARA DA SHAI AN AYYAQUULALAHU KUN FAYA KUUUN"

*Ni aku galakkan kau baca yang jawi ye. Supaya sebutan tak lari.

Bila sampai part "KUN" (berhenti sekejap dan niatkan dalam hati kau apa sahaja hajat kau untuk anak kau. Nak cerdik ke nak pandai ke nak apa sahaja). Kemudian baru sambung "FAYA KUUN".

Lepas tu kau tiup la atas ubun-ubun anak kau. Buat setiap pagi. Insya Allah.

Kalau kau rasa tips ni bermanfaat, silakantekan butang share tu ya. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat pahala amal. Aameeen.

#puakabersekutu
#ahboonohahboon

Perisai hidup

FAEDAH: AMALAN RASULULLAH SOLLALLAHU ALAIHI WA SALLAM SEBAGAI PERISAI

Diceritakan oleh Syeikh Wahid Abdussalam Bali di dalam Kitab Sorim al-Battar fi Tasoddi Li al-Saharat al-Asyrar:

"Seorang suami telah datang membawa isterinya kepadaku, dan menceritakan bahawa isterinya sangat membenci dirinya, dan berasa selesa ketika suaminya tidak berada bersama-sama di rumah.

Maka tatkala aku tanyakan kepada isteri tentang beberapa gejala sihir, ternyata wanita tersebut terkena sihir pemisah (sihir Tafriq).

Tatkala dia mendengar ayat-ayat ruqyah, maka jin yang ditugaskan untuk menjayakan sihir tersebut berbicara melalui lisan wanita tersebut, dan terjadilah dialog sebagaimana berikut. Aku akan sebutkannya secara ringkas.

Aku kata: Siapa namamu?

Jin: Aku tidak akan memberitahu kepadamu siapa namaku.

Aku kata: Apa agamamu?

Jin: Islam.

Aku kata: Apakah seorang muslim diharuskan untuk menyakiti seorang wanita muslimah?

Jin: Aku mencintainya, dan aku tidak bermaksud menyakitinya, tetapi aku ingin agar suaminya menjauhinya.

Aku kata: Kamu ingin memisahkan antara keduanya?

Jin: Ya, benar.

Aku kata: Tidak harus kamu melakukan begini. Keluarlah dari jasad wanita ini, demi ketaatan kepada Allah.

Jin: Tidak, tidak...aku mencintainya.

Aku kata: Tetapi wanita ini membencimu.

Jin: Tidak, dia mencintaiku.

Aku kata: Kamu bohong. Wanita ini membencimu, dia datang ke sini untuk mengusirmu dari jasadnya.

Jin: Aku tidak akan keluar.

Aku kata: Baiklah kalau begitu, aku akan membakarmu dengan ayat-ayat al-Quran. dengan pertolongan dan kekuatan Allah.

Kemudian aku bacakan kepadanya ayat-ayat al-Quran. Maka dia pun menjerit kesakitan.

Aku kata: Adakah engkau akan keluar?

Jin: Ya, aku akan keluar, tetapi dengan satu syarat.

Aku kata: Apa syaratnya?

Jin: Aku akan keluar dari jasad wanita ini, dan akan masuk ke dalam jasadmu.

Aku kata: Tidak mengapa. Keluarlah darinya, dan masuklah engkau ke dalam jasadku jika engkau mampu.

Kemudian aku menunggu sejenak, lalu Jin tersebut menangis.

Aku kata: Apa yang menyebabkan engkau menangis?

Jin: Hari ini, tiada satu jin pun yang mampu masuk ke dalam jasadmu.

Aku kata: Kenapa?

Jin: Kerana pada hari ini, engkau telah membaca 100 kali di waktu pagi :

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِير

“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Zat Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya pula segala pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu…”

Aku kata: Benarlah Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam yang telah bersabda:

مَنْ قَالَ: لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ، كَانَتْ لَهُ عَدْلَ عَشْرِ رِقَابٍ، وَكُتِبَ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ، وَمُحِيَتْ عَنْهُ مِائَةُ سَيِّئَةٍ، وَكَانَتْ لَهُ حِرْزًا مِنَ الشَّيْطَانِ، يَوْمَهُ ذَلِكَ حَتَّى يُمْسِيَ، وَلَمْ يَأْتِ أَحَدٌ بِأَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ إِلَّا رَجُلٌ عَمِلَ أَكْثَرَ مِنْهُ

“Sesiapa yang membaca:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ ، وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ ، وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدْيرٌ

sebanyak 100 kali pada suatu hari, pahalanya menyamai membebaskan 10 orang hamba, dituliskan baginya 100 kebaikan dan dipadam 100 kejahatan, serta menjadi perisai baginya daripada syaitan pada hari tersebut sehingga petang. Tiada seorang pun yang melakukan amalan lebih afdhal daripada amalannya melainkan orang yang melakukan amalan lebih banyak daripada itu."(Sahih al-Bukhari dan Muslim).

Aku kata: Apabila aku mengeluarkannya daripada wanita itu, kami berjanji dan dia pun keluar.

Segala kurniaan hanya bagi Allah semata-samata."

Jom kita beramal!!!

Sumber: Koleksi Q&A Ustaz Alyasak
https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel
@muslimahcircle🐝

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...