Saya kan pakai toner jenama simple je. Memang simple jela kisahnya. Hampir 4bulan tu nak abis dah.
Tadi masa jalan2 tu saja la nak try toner baru. Beli la yang eversoft tu. Tengokla macamana kang. So far try pakai lepas mengunyit tadi rasa ok.
Kulit saya jenis over sensitif. Kalau tak ngam dia terus on the spot rasa. Biasanya kalau tak serasi dia rasa tak selesa/panas/melekit/ naik jerawat halus atau besar. Semua ni muncul sebaik sahaja sekali pakai.
So test dulu malam ni. Kalau pagi esok clear takde alien baru muncul maknanya alhamdulillah serasi. Toner tu 150ml rm19 hinggit je🙈
Nak try yang harga rm39 tadi. Tapi rasa mahal pulak. Mungkin sebab di luar kemampuan sebab tu rasa mahal.
Itu bagi saya la. Saya pilih yang saya mampu jer. Bila saya mampu beli, cepat la boleh try. Kalau produk tu kita tak mampu beli. Walaupun elok tahap melangit. Tetap kita tak beli.
Itu saya lah. Korang saya tak pasti la. Harhar.
Macam scrub tu pun sebab saya mampu beli dan mampu pakai. Rm25 harga biasa. Harga promosi sekarang rm20.
Mampu ke mampu sangat? 😘
#beautyWithBrain gittew💋
No comments:
Post a Comment