resepi sandwich sedap

Selamat petang semua... petang2 ni asik lapar je...ihi saya ni jarang buat sandwich... tapi sekarang teringin nak buay n nak jadikan salah satu rwsepi di rumah ni... haa nk jadi ummi yang rajin masak gituuu

So.... harini just nak tepek beberapa resipi sandwich yang
diperoleh

Layannnn


SANDWIC TELUR BERMAYONIS
Bahan-Bahan untuk Resepi Sandwich
(Sesuai untuk 5-6 orang)
4 keping roti wholemeal
2 biji telur rebus
2 sudu makanan mayonis
2 sudu makanan sos cili
Serbuk lada hitam
Serbuk lada sulah/ putih
Marjerin lembut naturel



Cara-Cara untuk Membuat Sandwic Telur Mayonis

1) Kupas kulit telur dan lecek menggunakan masher atau garfu sampai hancur atau ikut suka diri kasar sikit pun boleh.
2. Selepas itu, bubuh mayonis, sos cili, lada hitam, lada sulah dan bawang besar yang sudah dicincang halus. Gaul sebati dan ketepikan.
3. Sapukan roti dengan marjerin lembut, letakkan inti (campuran telur tadi) di atasnya, selepas itu boleh susunkan sayur kegemaran dan picitkan lagi sos dan mayonis jika suka. Sapukan marjerin lembut pada satu lagi roti dan tutupkan roti satu lagi.
4. Potongkan roti tersebut kepada bentuk segitiga dan sedia untuk dinikmati.
Tips: Inti telur tersebut boleh dibuat lebih, dan disimpan dalam bekas kedap udara atau disimpan dalam peti sejuk. Boleh menikmati Sandwich yang enak dan lazat ini sewaktu kelaparan.



SANDWICH SARDIN SEDAP
Bahan-Bahan untuk Resepi Sandwich
(Sesuai untuk 5-6 orang)

 8 keping roti putih atau 3 croissant (dibelah tengah)
1 tin sardin (dibersihkan, buang tulang dan dilenyek)
1 sudu butter
1 sudu mayonis
2 sudu minyak masak
1 biji bawang besar (dihiris dadu)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 sudu kecil bahan perasa
3 biji cili padi (dihiris halus)
1/2 biji limau nipis


Bahan-Bahan Tambahan

 Hirisan tomato
Hirisan timun
Daun salad
Capsicum
Kubis



Cara-Cara untuk Menyediakan Resepi Sandwich Sardine

1) Panaskan minyak di dalam kuali, dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
2) Masukkan sardine dan tambahkan bahan perasa. Gaul rata seketika.
3) Tambahkan pula cili padi dan kacau dengan rata dan sebati.
4) Tutupkan api kuali dan hidangkan sardine ke dalam mangkuk.
5) Campurkan mayonis, butter dan tambahkan perahan air limau nipis. Gaul rata kesemua bahan.
6) Sapukan butter pada roti dan bakarkan untuk seketika.
7) Angkat roti dan letakan sayur-sayuran (bahan tambahan) jika suka dan tambahkan sardin, kapit 2 keping roti. Siapkan untuk 4 set Sandwic.
8) Potongkan roti tersebut kepada bentuk segitiga dan sedia untuk dihidangkan.
Tips: Jika mahu menambahkan cheese juga boleh. Jika menggunakan croissant, tidak perlu dibakar. Terus masukkan sardine. Croissant disyorkan untuk digunakan kerana lebih enak.



SANDWIC KEJU
Bahan-Bahan untuk Sandwich
(Sesuai untuk 5-6 orang)

 1 buku roti
bawang besar (Dimayang)
5 biji telur ayam (Dipukul)
Serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Butter atau Mentega
Mayonis
Cheese (Diparut)


Cara-cara untuk Membuat Sandwic Keju
 1) Panaskan minyak terlebih dahulu, letakkan sedikit mentega dan tumiskan bawang yang telah dimayang.
2) Masukkan telur yang telah dipukul. Masak menjadi sehingga telur hancur.
3) Setelah masak, masukkan telur ke dalam mangkuk. Masukkan mayonis, lada hitam dan garam secukup rasa.
4) Sapukan sebelah bahagian roti dengan mentega dan buat sampai habis.
5) Pada bahagian yang tidak ada mentega, isikan telur mayonis dan ditaburkan dengan parutan cheese.
6) Tutupkan dengan sekeping roti di atasnya dan jadikan dua. Buat sampai habis.
7) Panaskan sandwich maker, masukkan kepingan Sandwic di dalam sandwich maker.
8) Masak sehingga kekuningan. Sedia untuk dimakan.

Di atas adalah bebrapa jenis Sandwich yang dimakan oleh orang ramai dari semua lapisan masyarakat tidak kira umur dan jantina. Sandwic amat disukai dan digemari oleh kanak-kanak kecil sebab keenakkan, kelazatan dan keistimewaan dapat menarik perhatian mereka. Cara-cara untuk menghidangkan Sandwic secukupnya adalah dihidangkan sebagai potongan roti yang diletakkan ke dalam piring hidangan. Tambahan pula, Resepi Sandwic boleh disediakan dengan pelbagai jenis yang tidak sama mengikut citarasa sendiri.


Jika anda berminat untuk mendapatkan PRODUK SHAKLEE

ATAU

 NAK TAHU lebih lanjut??

 JOM PM sy!! Harga ISTIMEWA menanti..

 Add fb personal sy >>>>http://www.facebook.com/CtZubaidahAbdulla?ref=tn_tnmn

 Feel free to visit my blog>>>http://ummiadamahnaf89.blogspot.com/

 HUBUNGI :

• SITI ZUBAIDAH ABDULLAH
• Shaklee ID 868415
• fb: Ct Zubaidah Abdullah
• ct_zet89@yahoo.com
 • 013-2070383 (whatsApp/sms/call)
Free consultation for every purchase

 COD area SELAYANG,GOMBAK, GREENWOOD dan KEPONG serta kawasan sekitarnya.. Perkhidmatan

POS LAJU juga disediakan untuk penghantaran ke seluruh MALAYSIA

No comments:

Post a Comment

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...