[Persiapan Awal]
Biasa nya kalau menginap di mana-mana hotel kami hanya bersiap dengan persalinan pakaian sahaja.
Sejak tahun 2010 suami saya bertugas sebagai salesman, setiap bulan kami akan ikut suami outstation sebulan sekali. Masa tu suami jaga book Store sekitar KL dan juga utara
Sebulan sekali dalam 4-5 hari kami akan keluar follow suami buat kerja. Bertukar dari hotel ke hotel. Dari perak, Kedah dan juga pulau pinang.
Seronok sebab masa tu saya belum buat bisnes online. Lepas lahir anak kedua baru saya serius bisnes online so dah jarang ikut sebab saya ada komitmen bisnes dari rumah.
Sekarang kami buat bisnes sama2. Tak mau sesak di hari minggu, kami putuskan berholiday di hari biasa. Ini planning yang tertangguh bulan lepas sebenarnya.
Tapi bezanya, kalini saya betul-betul buat persiapan rapi. Segala peralatan saya siapkan termasuklah pencuci pinggan, pinggan mangkuk, dan kain lap.
Sebab dah plan saya di bilik saja uruskan beberapa siri mentoring team. Sambil itu anak-anak bebas bermain air.
Makanya saya banyak di bilik. Dari bacaan, begitu banyak isu dengan bilik hotel. Saya jadi agak berhati-hati. Sehinggakan peralatan hotel seperti cawan saya tak usik. Saya bawa sendiri dari rumah siap dengan pencuci pinggan. Hahaha sebab memang selalu hadap masalah ni sebelum ni.
Kettle air pula sebelum digunakan saya cuci dulu dengan pencuci pinggan yang saya bawa. Kemudian masak air sekali dan buang. Masak kali kedua barulah saya minum airnya.
Bawa juga beberapa botol air mineral. Stock makanan seperti roti dan biskot serta meggi. Haha ini keperluan kecemasan untuk anak2 selepas naik dari main air mesti mereka kelaparan.
Sebelum keluar untuk makan berat bolehla mereka menjamah dulu apa yang ada.
Bila dah jadi mak anak ramai ni. Saya sangat teliti soal ini. Selalu berhadapan dengan tumpahan makanan di atas lantai. Tu yang saya bawakan siap-siap kain pengelap nya.
Kalau dulu nak ceck out dari hotel bersepah2 dengan sisa makanan anak. Sekrang tak lagi. Lantai juga kemas dan bersih. Seronok melihatnya
Lagi pula bila menginap lebih dari satu malam macamni. Saya tak suka panggil housekeeping untuk kemaskan setiap hari. Lebih selesa bila check out barulah mereka masuk kemaskan. Lebih privacy kononnya.
Begitulah dalam hidup ni. Kalau kita bersedia dari awal kita akan hadapinya dengan tenang. Kalau tak bersedia memang huru hara lah jadinya.
Boleh imagine tak bagaimana pengakhiran kita pula kalau tiada persiapan?
Dalam Al-Quran, Allah dah beritahu semua. Tanda-anda kiamat. Apa persiapan kita kena lakukan. Apa kejadian demi kejadian di hari akhir ni.
Kita suka mengambil jalan mudah dan selesakan diri sendiri dengan mengatakan semuanya kehendak alam. Berpandukan fakta sains dan teknologi kerana sedaya upaya mahu menyangkal peringatan yang Allah sampaikan.
Kita takut dengan bayang-bayang sendiri sehinggakan kita kerugian banyak perkara.
Sedarlah. Sedarlah. Dunia semakin menuju ke akhirnya. Jangan sampai matahari terbit dari barat baru nak bertaubat. Masa tu takde guna lagi. Pintu taubat dah ditutup serapat nya.
Bertaubatlah kita sementara masih diberikan waktu ni.
Ingatan untuk diri sendiri juga ni😭
#bicaraMokti
No comments:
Post a Comment