Kisah nak buka akaun bank syarikat ni memang penuh dengan liku.
Dah hampir 2minggu tak siap lagi berurusan.
Diminta untuk datang isnin depan pula. Katanya jumaat ini cuti. Yaka cuti?
Bab nak cek ssm tu boleh diterima lagi lah. Yang masuk bab kita nak BUKA AKAUN okeh. Bukan kita nak buat pinjaman punnn.
Sekarang ni kita yang nak buka akaun. Makna nya kita yang nak masukkan duit dalam akaun bank tersebut.
Prosedur sekarang memang perlukan referal. Kita kena dapatkan cop dan sign dari individu lain yang memang ada akaun semasa dengan bank tersebut dan akaun itu mestilah aktif Selama setahun lebih. Dan dia boleh menjadi orang yang memperkenalkan akaun semasa ni kepada kita.
Yang macam kelakar sikit, kalau kita tiada referral tu, staff bank boleh menjadi referral kita dengan syarat kita buat simpanan rm300 setiap bulan selama 15 tahun. Bank akan auto deduct setiap bulan dari akaun kita.
Bila ditanya wajib simpan ke ni? Dijawab tak wajib tapi ini sebagai cagaran sebab saya nak jadi referral awak sedangkan saya tak kenal awak. Macamana nak jadi referral.
Kelakar tak? Dia tak kenal kita, kita ni bukan nak minta duit dia. Malah sebaliknya kita yang nak bagi duit kat dia sebab nak simpan duit dalam akaun dia.
Nampak sangatlah nak ambil kesempatan nya la haiii. Cepat2 ku cakap. Takpa saya ada referral saya. Cik tak perlu susah2. Lagipun cik tak kenal saya dan saya tak kenal cik. Huhuhu
Saya fahamlah itu kerja mereka. Cara mereka mencari klien. Supaya kita beli produk mereka. Mereka dapat untung. Bila fikir2 referal ni syarat je nak bagi kita susah buka akaun pastu mereka tawarkan menjadi referal kita then kita perlu ambik produk mereka.
Bisnes ini kejam kawan. Akan ada yang mengambil kesempatan di atas kesempitan.
Walaupun kita ni nak buka akaun semasa tu sebagai langkah maju ke hadapan jer. Bukan bermakna dah kaya sangat pun. Tapi saya suka buat persediaan secara serius dengan bisnes ini.
Just buka satu akaun atas nama syarikat, then kita boleh proceed dengan catatan wang keluar masuk perniagaan dengan lebih details.
Boleh juga asingkan gaji sendiri dan kegunaan sendiri ke akaun peribadi.
Itu sahaja. Tapi mungkin depa ingat kita ni berniaga kaya raya berjaya. Dalam akaun banyak kosong kosong.
Huhu apa- apa pun ini semua pengalaman yang tak ternilai. Pengalaman bilis yang berusaha nak jadi jerung.
Hurmmmmmm.
No comments:
Post a Comment