Amalan langsai hutang 5 angka

TIP #5 AMALAN LANGSAI HUTANG 5 ANGKA!

Terima kasih Tuan Puan yang tak putus-putus beri support untuk saya menulis. 

Sampai sekarang, masih ada yang bertanya tentang Tip bebas hutang 5 angka yang saya #SHARE sebelum ini.

Atas permintaan, hari ni saya nak sambung sikit, boleh?

.

Baik. Tip ni agak mudah sebenarnya, namun ia memerlukan kesedaran dan kesabaran.

Apa dia?..

Layan isteri sebaik mungkin. 

Ya! Layan pasangan sebaik mungkin.  Kerana ada keberkatan bila suami isteri kurang gaduh, tidak berdendam dan banyak kasih sayang!

Selalu puji masakan dia.
Tolong dia angkat pinggan lepas makan.
Tolong basuh baju.
Tolong angkat kain.
Tolong lipat kain.
Tolong tanam, letak baja dan siram pokok bunga.
Temankan dia shopping.
Temankan dia tengok TV.
Teman dia tengok FB (duduk sebelah dia).
Sedia “dileter” bab penjagaan kulit dan kesihatan.
Lebih terbuka menerima cadangan.

Itu antara perkara yang saya buat untuk rezeki mudah masuk.

Senang kan? Haha..😂😂

Mungkin ada yang kata susah.  Tapi semuanya banyak bergantung kepada kita.

Prinsip saya, bila banyak kasih sayang, kurang masalah.

Bila kurang kasih sayang, baaaaanyak masalah. Betul? 😉

So siapa yang rasa susah tu, mungkin kita kena kembali kepada yang basic. 

Banyakkan kasih sayang.  Sayang pasangan kerana Allah.  Walaupun dia ada banyak kekurangan.

InsyaAllah Allah mudahkan..

Inilah antara perkara yang saya buat untuk baiki rezeki dan kebahagiaan saya.  Tiada rahsia.

Alhamdulillah Allah bantu.  Dalam tempoh 10 hari saja, Allah beri rezeki luar jangka yang menyebabkan kami dapat selesaikan hutang 5 angka kami.

.

Apa lagi amalan lain yang boleh kita buat?

Yang tu kena baca posting saya sebelum ini.  Sebab amalan-amalan tu saya amal lepas saya baca buku ni..
.

Tuan Puan,

Saya kongsi ni bukan sebab saya baik sangat. Tak..

Saya berkongsi ni sebab ramai yang bertanya dan nak tahu.

Saya juga berkongsi sebab Nabi suka kita berkongsi.  Orang yang terbaik kata Nabi ialah orang yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain. 

Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada ramai orang.

Nak beri manfaat kepada ramai lagi ?  #SHARE posting ni kejap lagi ya ?

.

Terima kasih baca sampai habis. Moga Allah merahmatimu sahabat. 😃👍🏻👍🏻
.

Kredit ZuhairiNopiah
Inspirator LUA NLP

Bit.ly//tipstarikrezeki

No comments:

Post a Comment

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...