MAB New Packaging
Alhamdulillah dan syukur kepada Tuhan kerana telah memberi peluang dan kesempatan kepada MAB untuk terus berdaya maju dan bersaing di pasaran bagi memastikan MAB tetap menjadi Produk Pilihan Masakini bagi ibu-ibu yang ingin merancang keluarga sambil menjaga dan merawat Sistem Dalaman Wanita di samping untuk berikhtiar zuriat.
Dengan ini, pihak MAB ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda dan pengguna setia MAB kerana terus menyokong Produk MAB sehingga ke peringkat ini. Untuk makluman anda, MAB akan bertukar wajah dan melancarkan Packaging Baharu tidak lama lagi. Ini kerana, pihak MAB telah pun mendapat kelulusan LAB TEST (Merkuri/Steroid) daripada badan yang diiktiraf oleh pihak kerajaan dan terpaksa mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Dengan ini diisytiharkan bahawa Produk MAB dijamin selamat dan berkesan.
Oleh yang demikian, sudah tentunya akan berlaku sedikit perubahan harga bagi menampung kos-kos pertukaran botol baharu, pembesaran kilang yang lebih standard, pertambahan tenaga kerja, kenaikan kos bahan mentah dan lain-lain. Oleh itu, para pengguna MAB dinasihatkan tidak perlu membuat pembelian panik kerana pihak MAB tidak akan melakukan penjualan CLEARANCE STOCK kerana hanya botol sahaja yang ditukar kepada yang lebih standard mengikut garis panduan yang telah diberikan bagi memastikan Produk MAB lebih selamat digunakan.
Harga baru akan diumumkan secara serentak tidak lama lagi dan diharap semua pengguna MAB bersabar dan terus berdoa akan kejayaan MAB untuk terus bersaing di pasaran dan terus maju selangkah ke hadapan. Harapan kami agar anda terus SIHAT, ANGGUN dan BERTENAGA! Gunalah MAB untuk kesejahteraan keluarga tercinta....
No comments:
Post a Comment