Kita ini manusia biasa.
Sebagai anak kita mengharapkan redha ibu ayah untuk mendapat redha Allah.
Namun,
Sebagai ibu ayah pula kita juga mengharapkan doa anak yang soleh dan solehah untuk bantu kita di alam sana
Jangan sombong dengan Allah.
Jangan menidakkan janji Allah.
3 perkara yang boleh kita bawa selepas mati adalah
1) amal kebaikan
2) sedekah jariah
3) doa dari anak yang soleh/solehah
Yakin kah amal kebaikan kita diterima Allah? Yakin kah sedekah kita sampai padaNya?
Hingga kita menidakkan doa dari anak2 kita sendiri.
Ramai ibu ayah hari ini menidakkan janji Allah. Ego menggunung tinggi. Ibarat menongkat langit. Seolah diri paling tahu segala.
Sedikit salah anak terus di cop anak durhaka. Tanpa mahu mengambil tahu situasi si anak. Bukan saja itu, didikan dari diri sendiri juga sedari anak kecil entah kan betul entahkan tidak.
Belajarlah untuk memaafkan. Anak itu kita yang mencorak nya. Buruk anak kita,terpalit arang di muka kita. Bukan sahaja penduduk bumi yang bercerita malah Allah juga akan bertanya.
Belajarlah untuk berbagi rasa. Salah anak jangan di kira. Hitung dulu apa salah nya kita.
Jangan sombong dengan Tuhan.
Tidak hina jika kita sama beralah. Betulkan kembali apa yang silap. Kembali kepada fitrah ajaran Agama yang sebetulnya.
Menuduh anak durhaka. Tidak meredhai anak sendiri. Bukankah diri kita sendiri yang rugi? Hilang satu "harta" yang boleh kita bawa selepas mati.
Lihatlah situasi. Anak kita masih patuh pada agama. Sedikit salah faham dan ketidak sefahaman tidak bererti dia anak durhaka.
Belajarlah untuk mencari kesilapan sendiri dahulu sebelum membuat tuduhan dan telahan yang bakal merugikan diri sendiri.
Anak itu kita yang mendidik. Kaji dulu didikan seperti apakah yang kita tanam sedari dahulu. Kerana, tanpa kita sedar ia sedikit sebanyak menyumbang kepada bagaimana anak kita hari ini.
Sayang seribu kali sayang.
Rendahkanlah ego, bahagilah kasih sayangmu seadilnya. Kerana anak itu amanah Tuhan untuk mu. Anak itu ujian untuk mu. Allah tak uji untuk sia-sia. Pasti ada hikmahnya.
Aku berbicara perkara yang nyata. Kerana ramai ibu ayah yang sombong dengan janji Tuhan. Seriusly, ia nya berlaku di hadapan mata.
Hendak aku berkata. Aku sedar aku bukan siapa2. Hanya mata pena mampu aku lakarkan sebuah peringatan tulus ikhlas untuk kamu semua dan untuk aku juga yang punya anak.
Dan.
Untuk kamuuu yang setia membaca, renunglah apa yang sudah kamu beri sebelum kamu meminta yang lebih.
Titik.
#sekadarPeringatan
#KitaAnakDanKitaIbu
#LihatSituasi
#BelajarHusnudzon
#SatuJariMenudingJariPadaOrangLain4JariMenudingPadaDiriSendiri
#JanganSombongDenganAllah
#selfReminder
No comments:
Post a Comment