Dare to dreams. BIG BIG DREAMS

[DARE TO DREAMS]

Bagai masih di alam mimpi kini kita benar2 di sini.

Kalau nak tahu, kita bagai masih tak percaya kita dah duduk di sini 2tahun.

7 tahun yang lalu, masa tu kita mengandungkan anak sulung dan suami hanyalah bergaji tak sampai rm1000 sebulan waktu itu. Kita pula hanya surirumah tak bekerja. Hanya ada sebiji motor cabuk. Kereta pun tak ada.

Tapi masa tu, angan2 tu tinggi dah. di suatu ketika pernah berkata pada suami " abang, ayang nak rumah macam ni ye nanti. Rumah besar 2 tingkat, ada 4 bilik yang besar macam ni"

Masa tu kami bantu2 abang ipar yang baru pindah rumah. Depan mertua ai olss cakap gitu chuols. Haha

Suami terkebil2 jela haii. Mungkin dalam hati tinggi nya angan bini aku ni😝

Mak mertua pula menyampuk " kalau nak rumah besar macam ni awak la yang kena kerja, awak kelulusan tinggi".

Kita sengih jela kan. Tepuk kepala sendiri. Kau kalau berangan tak hagak2. Ekekeke

Dalam hati kita masa tu " tak apa, by hook or by crook, aku yakin aku boleh dapat rumah gini samada aku kerja atau tak. Aku serahkan rezeki ku pada Allah." Yang penting angan mesti ada. Haha

Sehari ke sehari. Kisah yang panjang  di pendekkan. Selepas 2 tahun, kami tanpa sengaja ter"booking" rumah ini. Eh tiba2 loan pun ter"approved" pulak dah. Maka nya ter"beli" lah ia.

Masa beli tu tapak rumah ini masih lagi ladang kelapa sawit. Tanah pun belom di ratakan. Tak nampak bayang rumah pun. Tapi seriously, dalam gambar masa tu sejibik macam ni haa.

Kagum betul kita dengan arkitek ni, dia boleh bina rumah dan landskap yang sejibik dalam draft. Ish ish ish.

Selepas 2 tahun menyulam angan, tak sabar2 nak pindah masuk. Saban hari menghitung detik. Membayangkan kebahagiaan untuk berkampung dan membina keluarga di tempat ini.

Masa hampir tiba. Rumah yang di angankan hampir siap. Masa tu hero ke 3 baru je lahir. Eh mulut ni celupar sekali lagi menjawab. Bila ada je yang tanya. " aih kau ni beranak lelaki lagi? Takde anak perempuan lah kau. Semua lelaki"

Then kita jawab dengan slumber nya. " baby girl nak duduk rumah baru, nanti bila kita dah pindah sini baru kita beranak anak perempuan"

Tup, kita rasa macam mungkin Allah angkat kata2 kita menjadi kenyataan buat kesekian kali nya. Tak sampai setahun pindah sini, baby ammar belum nak masuk 2 tahun kita dah mengandung lagi.

Dan alhamdulillah this time, rezeki anak perempuan sulung kami menjengah ke dunia. Di rumah ini kini dia sedang di besarkan seperti mana yang kita angan kan.

Allah, betapa kita terharu. Kita yang jahil ini pun Allah beri begitu banyak nikmat. Bila terasa kecewa, down, kita tak sempat nak berlama2 bila memikirkan masih begitu banyak lagi nikmat yang Allah dah beri pada kita.

So, didik diri sentiasa bersyukur dan sentiasa cuba lakukan sehabis baik. Usaha sehabis daya.

And, last but not least. Jangan lah takut untuk memasang angan2, kerana sebuah kenyataan itu sebenarnya bermula dari sebuah mimpi.

Berangan tak salah asalkan kita usaha untuk jadikan angan2 itu suatu kenyataan. Dan kerana sesungguhnya Allah itu mengikut setiap sangkaan hamba Nya.

Bila kita kira kita mampu, bila kita kira kita boleh. Maka,insyaAllah dengan izinNya kita pasti BOLEH.

And now, walaupun sudah di sini. Masih terlalu banyak yang perlu diusahakan. Angan2 masih bersambung2. Bayang nya belum ada yang pasti kita yakin Allah sentiasa tahu apa sahaja yang terdetik di hati kita.

Setiap ujian dan dugaan yang Allah kirim pasti ada hikmah besar dan rezeki hebat yang Allah sediakan di hadapan.

Kita hanya perlu bersabar dan terus kan berusaha. Terus bersangka baik kerana yang akan datang nanti juga pasti hanya lah yang BAIK untuk kita.

Sekian dulu coretan aku anak kampung yang punyai begitu banyak IMPIAN.

And YES, i am always DARE to DREAM. 😍

Cakap yang baik2 ajer tau. Allah tu sentiasa mendengar😆

#BigDreamComeTrue
#bukanAngan2MatJenin
#cakapYangBaik2Ajer

No comments:

Post a Comment

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...