Hilang nikmat sihat sehari 2malam.
Asalnya duk menjaga si fateh demam takmau baik. Ubat takmau jalan.
Dengan izin Allah, aku sulamkan ubat dia dengan absorbent c alhamdulillah barulah nak rasi. Makan ubat pun lambat sikit baru panas semula.
Kalau tak sulam. Ubat masuk tak dan 2jam dah panas balik. Aku syak dia memang ada masalah tonsils since last time dia demam pun memang payah nak kebah.
Kisahnya 4 5hari jugak lah dia demam. Tapi mak nye masih ok kan. Sambil2 jaga anak masih boleh buat kerja rumah macam biasa. Jaga anak2 yang lain. Masak and all.
Pastu dia dah kebah demam. Zappppp terus jangkit ke mak. Dia memanglah manja. Nak tidur dan bangun tidur akan datang ke muka mak dia sayang2 peluk2. Tak kira lah demam ke tak.
Demam ke tak demam memang suka minta peluk. Tak peluk dimarahnya.
Kisahnya maknya jangkit. Rupanya lagi haru biru lah dunia bila mak nya sakit.
Sebab tu lah pernah dengar satu nasihat.
Kita kan kalau anak sakit, selalu duk cakap biarlah sakit tu kita yang dapat. Asalkan anak2 sihat.
Ironinya, kalau kita yang tak sihat siapa pulak nak menjaga anak2? Nak jaga kita?
Hakikat yang pasti. Kita sebagai mak kena sihat. Usaha untuk sihat. Pulak anak2 kecik. Banyak masalah timbul kalau kita yang tak sihat.
Badan totally flat semalam
Ubat tak jalan. Makan panadol. Berselubung dalam 1-2jam badan panas dan berpeluh then dia datang balik gigil dia pekej seram sejuk. Tangkap sakit urat segala. Lenguh badan jangan cakap la.
Nak bangun tak boleh. Pening terhuyung hayang. Berat nye rasa kepala. Mata pun sama Sakit. Nak terjojol biji mata rasanya. Tak boleh tengok fon.
Tambah2 mengandung ni.
Sempat la makan ubat panadol tu 3 4kali selang setiap 4jam.
Tapi petang semalam nak makan. Hati rasa tak sedap. Risau kandungan satu hal. Badan pun rasa tak sedap perut sakit bagai mungkin efek ubat tu sangatlah tak best.
Aku ni jenis payah nak makan ubat. Dah lama tak makan ubat kalau sakit. Ambik supplement je. Bukan nak membongak ke ape tu hakikat.
Biasa kalau nak demam je ambik la vit c extra dos, ambik almanna dan juga madu.
Kalini aku paksa kan diri ambik ubat konon sebab taknak bagi melarat demam. Rupanya benda tu buat lagi worst.
Petang semalam aku dah tobat taknak ambik ubat tu. Sebab aku rasa badan tak kebah pun. Duk gigil je manjang pekej sakit urat. Aku pun tak makan mana semalam. Takde selera. Paksa makan nasi sikit sebab risaukan kandungan.
Bila aku decide untuk tak sambung makan ubat tu. Aku memang tawakkal je ambil vitamin c extra dos. Pastu sebelum tidur macam biasa aku ambik ALOE VERA dengan madu.
Mula2 masih rasa gigil masa nak tidur. Tapi dah tengah malam tu aku rasa panas dah. Dah tak gigil. Rasa nak bangun ambik lagi vitamin c. Tapi aku rasa macam tak daya lak.
So far alhamdulillah pagini. Aku dah rasa lega sikit. Dah kurang rasa lenguh. Dah kurang rasa sakit urat. Mata pun dah tak rasa senak sangat.
Sakit kepala ada lagi berdenyut2 tapi taklah sekuat semalam.
Jap lagi sambung ambik lagi vitamin c.
Bukan nak menolak ubat. Tapi badan kita, kita je tahu macamana.
Untuk badan aku dan anak2. Even terpaksa ambik ubat pun. Mesti sulam jugak dengan vitamin. Terutama vitamin c.
Sebabtu dulu aku pernah cakap. Orang lain ambik sebagai supplement. Ambik setiap hari.
Untuk aku, aku guna sebagai ubat. Ambik bila sakit je.
So bergantung la badan masing2.. Macam aku gitulah caranya untuk tidak terlalu bergantung pada supplemet atau ubat.
Kadang ambik juga waktu sihat. Tapi tidaklah setiap hari.
Cuma supplement wajib masa mengandung berpantang dan menyusukan. Aku memang ambik tiap hari la takde skip2.
So benda ni ikutlah situasi dan kesihatan diri masing2.
Untuk anak2 pun sama. Vitamin c tu benda wajib. Kalau sihat seminggu sekali camtu aku bagi. Kalau tak sihat 2 3kali sehari.
InsyaAllah badan diorang pun serasi cara camtu.
Nanti tambah propolis dengan minyak ikan lak.
Kerana kesihatan itu adalah amanah. Maka kena jaga walau apa sekalipun.
Dan ini cara dan pengalaman aku. Cara dan pengalaman korang lak pasti lah berbeza kan. Heeee
#moktiFamily
No comments:
Post a Comment