Dah beberapa hari stock serai dalam esbox habis. Tapi takde masakan guna serai. So buat lex je lah.
Harini pak nye kutip serai separuh perdu yang dah dituai. Senang nak ambik katanya. Kalau perdu yang tak diusik lagi tu kena bawak cangkul segala la 😂
So, kita proses la
Sebelum ni kita tanam serai dalam peti sejuk. Lepas bersihkan serai buh air dalam bekas dan simpan. Tapi cara ni kena tukar air seminggu sekali. Kalau tak, serai akan busuk.
Kita kan sibuk. Since dah jumpa cara lebih praktikal ni. Kita sukaaa sangat cara ni.
Last time, dalam 4bulan juga dia bertahan dalam esbox. Serius memang segar je.
Cara dia.
Cuci bersih² serai macam kita nak guna dan dan lahhh. Pastu belah sikit hujung tu. Nak belah dua boleh. Nak belah empat boleh. Saya belah separuh je, so dia tak putus.
Nanti senang nak guna ambik sebatang atau 2 batang. Dia tak berpisah.
Kalau nak putus pun boleh. Nanti pandai² lah nak guna ambik banyak mana.
Pastu masukkan dalam plastik zip lock. Kebetulan je kat rumah ni ada plastik aluminium separa transparent ni buh kurma haritu.
Kita guna mana yang ada saja. Jangan membazir.
Pastu simpan peti ais bahagian beku tauuuu
Bila nak guna nanti tinggal ambik sahaja. Cubalahhh
Boleh juga guna cara sama untuk
+ Halia
+ Lengkuas
+ Kunyit hidup
+ Daun pandan
+ Daun kari
+ Daun limau purut
+ Bunga kantan
Dan sebagai nya.
Jimat weh. Sekali beli kan banyak. Guna coet je. So simpan cara ni sangatlah berguna.
Sekarang, boleh dah nak stock up. Nanti nak puasa nak raya tak kalut. Maklumlah time tu sume harga naik. Stock nak dapat pun susah lagi² bunga kantan.
Soo, selamat mencuba gais ❤️
Simpan dalam peti ais bahagian beku. Tahan lama dan memang masih segar.
No comments:
Post a Comment