Tiba² hantu rajin datang harini.
Rasa nak kemas² stock ubat² ni. Tahun lepas sebelum pergi umrah memang banyak beli ubat. Sebab bawak baby setahun. Tapi tak guna pun. Hanya minum air zam zam dan minum aloe vera dan antibiotik semulajadi forever jugak
So, pilih² harini yang mana dah expired. Tak payahla simpan.
Ini lah salah satu sebab kenapa lebih 10 tahun aku tetap berniaga produk² makanan tambahan.
Sejak 13tahun lepas. Aku lahirkan anak sulung yang sebaik sahaja lahirnya dia. Diuji dengan kesihatan. Sebulan 2kali akan berkunjung ke hospital. Setahun banyak kali warded.
Kalau ingat balik. Itulah ujian Allah nak ajar erti sabar dan nak didik kami supaya kuat mengharungi hidup berkeluarga.
Mungkin dari pengalaman, aku jadi sangat ambil berat soal kesihatan. Lagi² kesihatan anak².
Tapi, melalui pengalaman juga aku belajar. Tak banyak yang ubatan ini membantu kesihatan. 😀
Anak sulung bergantung dengan inhaler biru dan coklat setahun lamanya. Dan lepas setahun, totally off guna inhaler. Alhamdulillah tiada lagi athma nya sampai sekarang.
Masalah tonsil menyebabnya dia bergantung pada antibiotik klinik lebih 3botol seminggu. Tetap tak kebah. Hingga doctor up kan dos.
Dan doctor ada bagitahu jika berlarutan begini, satu masa nanti ubat tidak lagi relevan pada tubuh nya.
Di situ, aku kaji banyak supplement. Aku cuba bermacam², aku study habis². Aku tak jemu cuba satu per satu.
Hinggalah aku jumpa yang betul² serasi. Alhamdulillah.
Dari pengalaman aku belajar, tak semua situasi bila sakit kena cepat2 ke klinik.
Mungkin ada altenatif lain yang kita boleh cuba dulu. Jangan lupa perhatikan setiap masa. Kena monitor juga. Bukan biar saja²
Ahh, kalau nak cerita. Banyakkk pengalaman nya.
+ Anak lahir hernia, opret masa kecil sebelum usia 6 bulan. 3 orang.
+ Anak prolong joundis lebih sebulan.
+ Anak G6PD deficiency 2orang
+ Anak asma,semput sampai umur setahun
+ Anak ada masalah tonsil lebih setahun alhamdulillah now dah beransur pulih. Anak itu berumur 13tahun sekarang.
+ Anak kerap kena cirit birit. Banyak kali warded
+ Anak lahir pramatang 31minggu 1.4kg lepas sebulan baru balik rumah. Now 5tahun usia nya.
Itu sebahagian rencah hidup kami. Membesarkan anak 7 orang.
Apa pun ujian ini mungkin kecil pada orang lain. Ada orang ujian nya jauh lebih hebat lagi.
Alhamdulillah atas setiap ujian ini. Tidak lain tidak bukan. Ujian biasa nya datang bersama kasih nya Allah pada makhluk nya.
Dan dengan ujian² ini, aku jadi faham bagaimana hidup ini difungsikan oleh manusia disekeliling kita.
Apa pun ujian nya. Tetaplah bersyukur dan teruslah melangkah. Kerana hidup tidak akan berhenti memberikan kita pengalaman ❤️
Jika ada yang berminat nak tahu supplement apa saga gunakan boleh wassap 0132070383 terus ye.
Tekan Bit.ly/FMAByCtZ pun boleh
#TheCtZ
#CtZStory
#asma #semput #g6pd #herniaBaby #hernia
No comments:
Post a Comment