Sehari bersama Biras

Cerita 21.10.2023 kami. 

Agak padat aktiviti bila ada kenduri kendara. Tapi sejak anak² kecil yang ramai dan jarak dekat. Saya dah mula jarakkan diri dengan kenduri kendara.

Saya pernah mencuba untuk sama² bergotong rotong dan merewang. Ambil bahagian lah orang kata. 

Tapi, agak sedikit terkesan bila tahu ada yang tak suka dengan kehadiran kita. Mempersoalkan tentang anak² kita. Eh banyak lah cerita tak best didengari. Tiber, jadi buah mulut orang.

Sejak itu, saya mula kurangkan diri terlibat dengan aktiviti. Kalau menerima jemputan. Saya sekadar hadir makan dan terus balik. Jika melibatkan saudara terdekat. Cukuplah suami menjadi wakil tenaga kerja.

Saya lebih rela orang kata saya tak membantu. Dari saya tahu cerita orang mengata tentang saya dan anak² saya. 

Rapuh kan?

Begitu lah hati saya bila melibatkan anak². Kerana cerita yang di dengari itu seakan tak patut. Jadi saya pilih untuk memencil diri. Takpa, orang tetap akan mengata. Biarkan mereka.

sempat saya merakam suami yang sedang memasak. Masa ni tetamu dah mula ramai. Lebih kurang jam 12 tengahari. Tapi geng dapur masih bertungkus lumus memasak.

wakil keluarga kami membantu kenduri kalini. Hihi

Jom kita sambung cerita.

Jadi, bila ada kenduri. Ada adik beradik yang pulang ke kampung. Kebetulan 20hb hari lahir anak bongsu. Dan 18hb tu hari lahir maklong nya. Kakak biras saya.

Kami rancang untuk masak² untuk keluarga kecil kami sahaja. Cuma tambahkan kek dan sedikit dekorasi untuk merakam hari² penting ni kan.

Dah kenyang makan kenduri. Masa untuk balik. Ahaha


Nak berkumpul selalu. Payah jugak. Masing² dengan kerja dan komitmen yang banyak. Jadi, kami manfaatkan saja sebaik nya masa yang ada. 

Tak rancang beriya pun. 

Mula² kami siapkan sedikit persediaan awal di pagi hari. Kemudian bersiap untuk hadir kenduri. 

Balik dari kenduri, sempat cari kek dulu. Syukur kedai nya buka setelah berhari² tutup sebab bercuti. Alhamdulillah ada rezeki kami hari itu. 

Sampai rumah santai² dulu sembang² dan solat. Pastu barulah sambung aktiviti memasak. 

Anak² dah tak sabar nak makan. Ceritanya masa kenduri tadi, semua nya tak nak makan nasi. Kenyang makan aiskrim saja. Ishh anak² ni kan.


ini lah yang terhasil. Anak² berapa kali tunggu meja tak sabar.


Bila balik rumah. Mula lah lapar masing² tu. 

Sebab befday boy tiba²  tertidur sebab penat sangat bermain dengan kakak sepupu. Maka, kami terus kan dulu makan² dan rakam aksi maklong nya hihi

Lepas maghrib baru befday boy nya bangun. Then proceed dengan potong kek dan doa selamat by abam adam. 

selamat ulangtahun kelahiran aad dan maklong ❤️


Habis je tu, tuppp letrik nya mati pulak. 2jam lebih. Dalam takda letrik tu lah kami makan kek dan mengemas.

Semua pun terus balik malam tu dalam kegelapan malam  dan selamat tiba ke destinasi semua nya.

Simpan di sini cerita hari yang best.

Masa, walaupun tak lama. Ia cukup memberi kenangan bermakna buat kita. Ciptalah kenangan indah bersama. Selagi nyawa masih dikurnia. 

Kerana, masa kita didunia ini. Tidaklah lama. 

Apa-apa pun, alhamdulillah untuk sebuah kenangan. 

Terima kasih ya pada yang sudi membacanya. Jom layan gambar² ❤️

kakak biras saya. Cantik² kan mereka? ❤️

prank maklong harini. Dia mati² ingat celebrate befday ad ja. Rupanya celebrate befday dia sekali. Hehehe

credit pada kak laila. Hasil tangan mendeko memang mantap selalu

Azhad dah jadi azhan. Takpe lah. Oh ya, kek ni sedap. Hanya rm35. Murah kan?

petang tu panggil sekali anak² sepupu ni. Habis main. Jom makan dulu.

befday gurl ni. Kena dengan tema hihi

Hb maklong ❤️

Bacaan doa oleh abam adam

Sekian. 🌹


No comments:

Post a Comment

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...